Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.13 Kaitan Tembok Zulqarnain dengan Tembok Besar China

10.3.13 Kaitan Tembok Zulqarnain dengan Tembok Besar China

183
0
Iklan

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.13 Kaitan Tembok Zulqarnain dengan Tembok Besar China (هل لسد ذي القرنين علاقة بسور الصين العظيم ؟)

هناك فرق بين سد ذي القرنين وسور الصين من عدة أوجه:
1- أن أن السد بناه ذي القرنين لصد هجوم يأجوج ومأجوج ,والسور بناه أباطرة الصينين لحماية ممتلكانهم
2- أن المواد السد مذذكورة في الآية الحديد والنحاس, واما مادة سور الصين الحجارة والآجر
3- سد يأجوج ومأجوج مبني بين جبلين يسد الفتحة بينهما, وهو الممر الوحيد ,أما سور الصين فهو مبني على قمم الجبال والممرات وممتد
من شرق الصين إلى غربها آلاف الأميال
4- سد يأجوج ومأجوج لا يمكن اختراقه إلا إذا شاء الله في آخر الزمان ,أما سور الصين فقد تهاوى منه مواقع , والناس يدخلون منه ويخرجون ,بل نقض الناس أجزاء منه

Menjawab teori sesetengah pihak bahawa kemungkinan Tembok Besar China adalah Tembok Zulqarnain.

Dr Al Areefi menolak teori tersebut kerana keduanya berbeza, antaranya:

🔘 Tembok Zulqarnain khusus dibina untuk menghalang kaum Ya’juj dan Ma’juj, manakala Temmbok China dibina untuk melindungi kerajaan Maharaja China;

🔘 Material untuk membina tembok Zulqarnain disebut dalam Al-Qur’an ialah daripada besi dan tembaga, manakala bahan asas tTmbok Besar China ialah batu dan batu bata;

🔘 Tembok Zulqarnain (Ya’juj & Ma’juj) dibina antara dua buah gunung, manakala Tembok China merentasi gunung-ganang dan banyak lembah dan ia dari timur hingga barat China, ribuan batu*.

🔘 Tembok Ya’juj Ma’juj mustahil dibolosi kecuali dengan izin Allah ‎ﷻ, manakala Tembok Besar China boleh dimasuki manusia dan ia boleh rosak disebabkan faktor cuaca.

_____________________
* Tembok Besar China sepanjang 21,000 KM, sudah berusia 2,300 tahun.

 

Komen dan Soalan