Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.14 Kenapa satelit tidak mampu mengesan lokasi Tembok Ya’juj-Ma’juj?

10.3.14 Kenapa satelit tidak mampu mengesan lokasi Tembok Ya’juj-Ma’juj?

86
0

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.14 Kenapa satelit tidak mampu mengesan lokasi Tembok Ya’juj-Ma’juj (لماذا لم تكشف الأقمار الصناعية سد يأجوج ومأجوج؟)

معرفة جميع بقاع الأرض والإحاطة بما فيها من المخلوقات لا يقدر عليها إلا الله عز وجل الذى أحاط بكل شيء علما ,ولا يزال من عدم اكتشافنا لمكان سد يأجوج ومأجوج ,أو مكان الدجال ,أو غيرهم من المخلوقات أنهم غير موجودين؛فقد يكون الله عز وجل صرف الناس عن رؤية يأجوج ومأجوج ورؤية السد ,أو جعل بينهم وبين الناس أشياء تمنع من الوصول إليهم كما حصل لنبي إسرائيل حين ضرب الله عليهم التيه(*) فضلوا أربعين سنة في فراسخ قليلة من الأرض ,فلم يطلع عليهم الناس حتى انتهى أمد التيه,والله عز وجل على كل شيء قدير, جعل لكل شيء أجلا ووقتا, قال تعالى:{ وَكَذَّبَ بِهِ قَوْمُكَ وَهُوَ الْحَقُّ قُلْ لَسْتُ عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ (٦٦) لِكُلِّ نَبَإٍ مُسْتَقَرٌّ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (٦٧) }(2) .وما عجز الأوائل عن اكتشاف ما اكتشفه المتأخرون إلا لأن الله عز وجل جعل لكل شيء أجلا.

Ringkasan:
Kunci pengetahuan tentang rahsia alam dan isinya dengan terperinci hanya di sisi Allah ‎ﷻ. Maka tidaklah pelik jika manusia tidak mengetahui lokasi Tembok Zulqarnain atau lokasi di mana Dajjal Al Masih berada. Sebagai contoh Bani Israel yang sesat di padang pasir Tih selama 40 tahun, sedangkan Tih itu cuma sempit sahaja, tetapi mereka tidak dapat keluar darinya atau memasuki Palestine.

Maka tidak ada seorang pun yang tahu akan lokasi sebenar Tembok tersebut hinggalah tiba masanya di akhir zaman (sebagai salah satu Tanda Kiamat yang Besar). Firman Allah ‎ﷻ:

لِكُلِّ نَبَإٍ مُسْتَقَرٌّ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Untuk setiap berita (yang dibawa oleh rasul-rasul) ada (waktu) terjadinya dan kelak kamu akan mengetahui.

[Al an’am: 67]

وختاما..قال القاضي عياض:[ الأحاديث الواردة في يأجوج ومأجوج : هذه الأخبار على حقيقتها يجب الإيمان بها ؛لأن خروج يأجوج ومأجوج من علامات الساعة, وقد ورد خبرهم أنه لا يقدر لأحد على قتالهم من كثرتهم ,وأنهم يحصرون نبي الله عليسى عليه السلام ومن مهع من المؤمنين الذين نجوا من الدجال ,فيدعو عليهم فيهلكهم الله عز وجل أجمعين بالنغف- وهو الدود في رقابهم- فيؤذون الأرض والمؤمنين بنتنهم ,فيدعو عيسى وأصحابه ربهم فيرسل الله طيرا فتحملهم حيث شاء الله ] ( نقله عنه القاري في مرقاة المصابيح شرح مشكاه المصابيح(16-2).)

Rumusan oleh Al Qadhi Iyadh (kelahiran Sepanyol, wafat Morocco, 540H):

🗯 Tsabit daripada hadith, umat Islam wajib mempercayai akan keluarnya Ya’juj Ma’juj di akhir zaman sebagai tanda kiamat besar.

🗯 Penduduk dunia tidak mampu memerangi mereka kerana bilangan mereka yang terlalu ramai.

🗯 Nabi Isa عليه السلام dan orang mukmin yang terselamat daripada Dajjal akan terkepung dengan Ya’juj dan Ma’juj.

🗯 Nabi Isa عليه السلام mendoakan, kemudian Ya’juj dan Ma’juj binasa dengan ulat (atau istilah sekarang virus).

🗯 Kemudian masalah bangkai Ya’juj dan Ma’juj yang terlalu banyak, maka Allah ‎ﷻ mengutuskan burung untuk membersihkannya.

(Mulla Ali Al Qari, Mirqatul Masabih, jld 2/16 )

Komen dan Soalan