Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Masalah Kekurangan Magnesium

Soal Jawab Bersama Doktor: Masalah Kekurangan Magnesium

152
0
Fresh fruits vegetables and pulses with magnesium nutrition
Iklan

Soalan:
Apa itu Magnesium?

Jawapan:
Magnesium merupakan mineral keempat terbanyak dalam tubuh dan penting untuk kesihatan badan. Kira-kira 50% Magnesium badan kita berada dalam tulang. Yang lain boleh dijumpai dalam sel-sel tisu dan organ badan.
Magnesium diperlukan untuk lebih daripada 300 tindakbalas biokimia dalam badan. Ia membantu mengekalkan fungsi otot dan saraf, mengekalkan kestabilan rentak jantung, menyokong sistem imun badan, dan mengekalkan kekuatan tulang. Magnesium juga membantu mengawal paras gula dalam darah dan tekanan darah, serta membantu dalam metabolisma tenaga dan proses sintesis protein. Justeru itu, Magnesium boleh mencegah terjadinya masalah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kencing manis.

Soalan:
Mengapa Magnesium penting untuk kesihatan tubuh badan manusia?

Jawapan:
Makanan yang mengandungi magnesium adalah sangat diperlukan untuk kesihatan sel-sel badan dan ia juga penting agar fungsi biokimia di dalam badan dapat berfungsi dengan sempurna.
Oleh kerana badan menggunakan magnesium untuk pelbagai fungsi, seseorang itu berkemungkinan tinggi untuk menghadapi masalah kekurangan magnesium khasnya apabila makanan yang dimakannya tidak mengandungi kandungan magnesium yang mencukupi.

Soalan:
Apakah masalah-masalah kesihatan akibat kekurangan magnesium?

Jawapan:
Antara masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan kekurangan magnesium adalah seperti berikut:
• Ketidakseimbangan hormon
• Serangan sakit jantung
• Diabetes Type 2
• Osteoporosis
• Sembelit
• Sakit kepala dan migraine
• Keletihan berpanjangan

Soalan:
Bagaimanakah untuk meningkatkan pengambilan magnesium?

Jawapan:
Cara yang paling utama ialah dengan mengambil makanan yang mengandungi magnesium. Makanan yang mengandungi paling banyak magnesium ialah sayur-sayuran berdaun hijau, yang mana padat dengan klorofil. Bagi tumbuh-tumbuhan, klorofil adalah seperti darah kepada manusia dan berupaya untuk menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga. Perbezaan di antara darah manusia dan klorofil pada tumbuh-tumbuhan ialah sel darah manusia mengadungi zat besi (iron) manakala tumbuhan-tumbuhan mengandungi magnesium di tengah-tengah selnya.

Pilihan utama ialah makanan daripada tumbuhan yang ditanam magnesium secara organik di kawasan tanah yang masih mengekalkan keasliannya. Tanah daripada kawasan industri tanaman biasanya mengandungi magnesium yang kurang. Biasanya pengusaha-pengusaha di sini hanya meletakkan kembali nitrogen, phosphorus dan potasium kepada tanah itu sebelum ditanam kembali dan mereka melupakan magnesium.

Soalan:
Apakah punca kekurangan magnesium?

Jawapan:
Antara punca utama kekurangan magnesium ialah:

• Mengambil kurang dari 3 kali (3 servings) sayur-sayuran setiap hari
• Mengambil diet yang tinggi kandungan gula
• Pengambilan ubat-ubatan tertentu (contoh: antibiotik dan diuretik)
• Kurang penyerapan akibat masalah di usus

Komen dan Soalan