Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor — Masalah Berkaitan Hempedu

Soal Jawab Bersama Doktor — Masalah Berkaitan Hempedu

399
0
Iklan

Soalan:
Apakah diet terbaik untuk orang yang sudah tiada hempedu?

Jawapan:
Kurangkan minyak sebab bila pundi hempedu sudah tiada, pencernaan lemak menjadi lemah.

Hempedu penting untuk memecahkan minyak menjadi halus untuk proses penyerapan.


Soalan:
Bagaimana pula untuk “fatty liver” (hati berlemak)? Adakah senaman boleh membantu?

Jawapan:
“Fatty liver” ialah pengumpulan lemak di hati disebabkan paras lemak dalam darah tinggi, senaman dapat membantu dengan menurunkan paras lemak di dalam darah.

 

Soalan :
Boleh saya tahu apakah ubat yang saya perlu makan untuk hilangkan sendawa saya yang keterlaluan. Dua tahun lepas saya jalani pembedahan buang hempedu. Adakah ini ada kaitan? Sendawa sampai rasa hampir pitam dan rasa hendak muntah. Berdiri pun rasa macam terhoyong-hayang.

Jawapan:
Bila hempedu tiada pencernaan akan menjadi sukar terutamanya rantaian panjang (LCFA). Sistem pencernaan mudah rosak. Selain daripada sendawa, senang untuk mendapat masalah sensitif lain seperti kulit, deria dan juga masalah emosi. Penjelasan ini hipotesis sahaja tetapi saintifik.

Solusinya kenalah pilih makanan yang sesuai.


Soalan:
Apakah kesannya apabila hempedu dibuang?

Jawapan:
Proses pencernaan lemak akan menjadi kurang cekap. Hempedu penting untuk membantu mencernakan lemak.

Komen dan Soalan