Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 255: Demikianlah Anda diciptakan (هكذا خُلِقت)

La Tahzan 255: Demikianlah Anda diciptakan (هكذا خُلِقت)

24
0
Iklan

👤👤👤👤

La Tahzan 255-1: Demikianlah Anda diciptakan (هكذا خُلِقت)

Hadith Ali رضي الله عنه

فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

Setiap orang diciptakan menurut bakat (keupayaan) masing-masing.”

(HR Bukhari 4568, Muslim)

وما هناك أتْعَسُ نفْساً وأنْكدُ خاطراً من الذي يريدُ أنْ يكون غَيْرَ نَفْسِه ، والذكيُّ الأريبُ هو الذي يدرسُ نفسهُ ، ويسدُّ الفراغ الذي وُضع له ، إن كان في السَّاقةِ كان في السَّاقةِ ، وإنْ كان في الحراسةِ كان في الحراسةِ

Orang yang paling teruk ialah seseorang yang ingin menjadi orang lain. Orang yang bijak ialah yang orang yang mempelajari dirinya (kuat, lemah, bakat, kekurangan) dan selalu memperbaiki dirinya. Jika dia pekerja bawahan dia menjadi orang bawahan yang cemerlang. Jika dia berada di atas sebagai pemimpin dia menjadi pemimpin yang terbaik.

👤👤👤👤

La Tahzan 255-2: Demikianlah Anda diciptakan (هكذا خُلِقت)

Kisah Sibawaih

هذا سيبويه شيخُ النَّحْوِ ، تعلَّم الحديث فأعياهُ ، وتبلَّد حسُّهُ فيع ، فتعلَّم النحو ، فَمَهَرَ فيه وأتى بالعَجَب العُجاب . يقولُ أحدُ الحكماءِ : الذي يريدُ عملاً ليس منْ شأنِهِ ، كالذي يزرعُ النَّخْل في غوطةِ دمشق ، ويزرعُ الأتْرُجَّ في الحجازِ

Kisah Sibawaih* seorang pakar nahu (grammar arab), pada mulanya dia menuntut ilmu hadith tetapi dia tidak mampu, kemudian dia beralih kepada ilmu nahu. Ternyata dia cemerlang dalam bidang bahasa dan mencipta beberapa teori baru dalam ilmu nahu.

Berkata hukama’, “Seseorang yang berusaha menguasai kemahiran yang bukan bidangnya atau bakatnya adalah seumpama cuba menanam kurma di Ghuthah** di Damsyiq atau menanam pokok limau di Hijaz (Saudi arabia).”

✳️ Sibawaih atau Abu Bishr Amr Ibn Uthman Ibn Qanbar (عمرو بن عثمان بن قنبر ). w.180H di Syiraz, Iran)

✳️ Bandar Ghuthah di pinggir Damsyiq adalah kawasan penempatan kosmopolitan, maka tidak sesuai untuk kawasan pertanian. Sekarang ia musnah akibat perang saudara yang berlanjutan, hampir 70% penduduknya telah melarikan diri.

👤👤👤👤

La Tahzan 255-3: Demikianlah Anda diciptakan (هكذا خُلِقت)

Posisi kerjaya sesuai dengan bakat

حسانُ بنُ ثابتٍ لا يُجيدُ الأذان ، لأنهُ ليس بلالاً ، وخالدُ بنُ الوليد لا يقسمُ المواريث ، لأنه ليس زيد بن ثابتٍ ، وعلماءُ التربيةِ يقولون : حدِّدْ موقِعَكَ

Hasan bin Thabit* tidak dikenali dalam bidang azan sebab beliau bukan setanding Bilal**; Khalid Al Waleed pula tidak pakar dalam pembahagian harta pesaka (Fiqh Al Mawarith) sebab itu merupakan kepakaran Zaid bin Thabit****

Ulama’ pendidikan berkata, tempatkanlah diri anda di tempat yang tepat.

✳️ Hasan bin Thabit (Abu Waleed) merupakan penduduk Ansar Madinah daripada Kabilah Khazraj, wafat 54H ketika Kerajaan Muawiyah bin Abi Sufyan. Beliau merupakan seorang penyair RasuluLlah ﷺ.

✳️ Bilal bin Rabah dilahirkan di Mekah, berketurunan Habshah, merupakan seorang bilal Madinah dan wafat di Syria tahun 23H.

✳️ Khalid Al Waleed seorang Bani Makhzum adalah panglima Islam yang terhebat, wafat di Syria tahun 21H.

✳️ Zaid bin Thabit seorang Bani Ansar Madinah, pakar Al-Qur’an dan fiqh faraid, w. 45H di Madinah.

Artikel sebelumnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-81 hingga Ke-85
Artikel seterusnyaTahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bila Kubur Berbicara Dengan Penghuni Baru Tiba

Komen dan Soalan