Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Anjuran Memilih Kubur Ramai Orang Soleh

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Anjuran Memilih Kubur Ramai Orang Soleh

187
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 35-1: Anjuran Memilih Kuburan Di Mana Terdapat Banyak Orang-orang Soleh

(باب يختار للميت قوم صالحون يكون معهم)

خرج أبو سعيد الماليني في كتاب المؤتلف و المختلف ، و أبو بكر الخرائطي في كتاب القبور ، من حديث سفيان الثوري ، عن عبد الله بن محمد بن عقيل ، عن ابن الحنفية ، عن علي رضي الله عنه قال : أمرنا رسول الله صلى الله عليه و سلم أن ندفن موتانا وسط قوم صالحين . فإن الموتى يتأذون بالجار السوء كما يتأذى به الأحياء

Abu Sa’id al-Malini * dalam kitab Al-Mu’talaf Wa Al-Mukhtalaf, dan Abu Bakar Al-Khara’ithi** dalam kitab Al-Qubur telah mengeluarkan sebuah hadith, daripada Sufyan Ats-Tsauri***, daripada Abdullah bin Muhammad bin Uqail****, daripada Ibnul Hanafiyah^, daripada Ali رضي الله عنه , dia berkata, “Rasulullah ﷺ menyuruh kami supaya menguburkan mayit-mayit kami di tengah orang-orang soleh, kerana sesungguhnya mayat-mayat itu merasa terseksa ketika jirannya buruk, sebagaimana orang-orang yang masih hidup merasa terseksa (jika berjiran dengan jiran yang buruk)”

Tahqiq✍️:
Hadith palsu, Al Albani, silsilah al dhaifah, #613 .

————————-
* Abu Sa’id Al Malini , Abu Said Ahmad, Al sufi Al syaafi’iy, wafat 412, Cairo , thiqah (الشيخ العارف بالله أبو سعيد أحمد بن محمد بن أحمد بن عبد الله الماليني الهَرَوي الأنصاري الصوفي الشافعي (2)، المتوفى بمصر سنة اثنتي عشرة وأربعمائة) rujukan: Siyar A’lam An Nubala’ 17/301-303 (سير أعلام النبلاء” (17/ 301 – 303))

Abu Bakar al Kharaithi, sufi, Palestina, w. 327H
*Sufyan Ats Thauri, w.161 Basrah,
**** Abdullah bin Muhammad bin Uqail bin Abi Thalib w.145 Madinah, ahlil bayt
^ Ibn Al Hanafiyah=Muhammad bin Ali bin Abi Thalib, anak Ali daripada isteri Khaulah Bani Hanafiyah di Nejd, wafat 81H Madinah, Tabi’in, ahlil bayt .

Kod/Bab 35-2: Anjuran Memilih Kuburan Di Mana Terdapat Banyak Orang-orang Soleh

(باب يختار للميت قوم صالحون يكون معهم)

Hadith Ibn Abbas رضي الله عنهما (palsu)

و عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إذا مات لأحدكم الميت فحسنوا كفنه ، و عجلوا إنجاز وصيته ، و أعمقوا له في قبره و جنبوه جار السوء قيل : يا رسول الله : و هل ينفع الجار الصالح في الآخرة ؟ قال : هل ينفع في الدنيا قالوا : نعم . قال : كذلك ينفع في الآخرة . ذكره الزمخشري في كتاب ربيع الأبرار

Dan daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما , daripada Nabi ﷺ , Baginda bersabda:
“Apabila seorang daripada keluarga kamu meninggal, maka perbaikilah kafannya, laksanakan wasiatnya dengan segera, gali kuburnya dalam-dalam, dan hindarkan dia daripada tetangga yang jahat.”

Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah ﷺ , apakah tetangga yang soleh bermanfaat di akhirat?” Rasulullah ﷺ balik bertanya, “Apakah dia bermanfaat di dunia?”
“Ya,” jawab mereka. Maka Baginda bersabda, “Demikian pula dia bermanfaat di akhirat.” Hadith ini disebutkan pula oleh Az-Zamakhsyari* dalam kitab Rabi’ Al-Abrar) .

Tahqiq✍️:
Palsu oleh Al Syuyuti, Al Laali Al Mashnu’ah 2/439 (ذكره السيوطي في (اللآلئ المصنوعة في الأحاديث الموضوعة) ، يعني المكذوبة على النبي – صلى الله عليه وسلم – (ج 2 ص 439))
Juga disebutkan palsu oleh Al-Kattani dalam Tanzih Asy-Syari’ah;

—————————————-
✏️Al Zamakhshari, muktazilah era Abbasiyah, wafat 538H, Uzbekistan .

Kod/Bab 35-3: Anjuran Memilih Kuburan Di Mana Terdapat Banyak Orang-orang Soleh

(باب يختار للميت قوم صالحون يكون معهم)

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (palsu)

و خرجه أبو نعيم الحافظ بإسناده من حديث مالك بن أنس عن عمه نافع بن مالك ، عن أبيه عن أبي هريرة : قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أدفنوا موتاكم وسط قوم صالحين . فإن الميت يتأذى بالجار السوء

Dan diriwayatkan pula sebuah hadith oleh Abu Nu’aim Al-Hafizh (Esfahan, w.430H) dengan isnadnya daripada Malik bin Anas daripada bapa saudaranya Nafi’ bin Malik, daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, dia berkata, sabda Rasulullah ﷺ :

“Kuburkanlah mayat-mayat kamu sekalian bersama orang-orang yang soleh, kerana sesungguhnya mayat itu merasa terseksa dengan tetangga yang jahat (mayat orang fasiq).”

Tahqiq✍️:
فهو حديث موضوع ، انظر “سلسلة الأحاديث الضعيفة” (563) للألباني
(Hadith Maudhu’; As-Silsilah Adh-Dha’ifah [563] karya Al-Albani) .

Kod/Bab 35-4: Anjuran Memilih Kuburan Di Mana Terdapat Banyak Orang-orang Soleh**

(باب يختار للميت قوم صالحون يكون معهم)

Rangkuman:

1⃣. Mustahab (disukai) mayat dikuburkan berjiran dengan kubur orang soleh

فصل قال علماؤنا : و يستحب لك ـ رحمك الله ـ أن تقصد بميتك قبور الصالحين . و مدافن أهل الخير . فندفنه معهم ، و تنزله بإزائهم ، و تسكنه في جوارهم ، تبركا بهم ، و توسلاً إلى الله عز و جل بقربهم

Kata Al Qurthubi, berkata ulama kami (mazhab Maliki, dan Abu Muhammad Abdul Haq, Andalus, w. 581, dalam Al Aqabah ms 219) disukai menguburkan mayat dan disemadikan berhampiran dengan kubur orang soleh ini bertujuan berjiran dengan orang soleh dan mendapat berkat dan mendapat tawassul daripada orang soleh tersebut .

Ulasan muhaqqiq, Dr Sadiq Ibrahim. Ini isu akidah, isu tabaruk (mengambil berkat) dan tawassul daripada orang soleh yang sudah mati. Dalam manhaj salafiyah, tidak ada tabaruk dengan makhluk baik yang hidup apatah lagi yang sudah mati. Ia khusus untuk Nabi ﷺ . Juga tidak boleh bertawassul dengan orang yang sudah mati .

* Ini merupakan manhaj Al Qurthubi, beliau menganut aliran sufi, bolehnya bertabaruk dan bertawassul dengan mayat orang soleh. Maksudnya jika mayat dikuburkan berhampiran kubur orang soleh, maka mayat tadi boleh mengambil berkat daripada mayat orang soleh dan boleh bertawassul (meminta sesuatu daripada mayat orang soleh). Ini adalah akidah yang salah kata Dr Sadiq Ibrahim.

** Amalan yang mutawatir di Malaysia, memadai dikuburkan mayat-mayat Islam di perkuburan Islam dan tidak mencampurkan dengan mayat bukan Islam. Menurut Mausu’ah Al Fiqhiyah Kuwait:

تفق الفقهاء على أنه يحرم دفن مسلم في مقبرة الكفار وعكسه إلا لضرورة

“Ulama sepakat, haram memakamkan muslim di kuburan orang kafir dan sebaliknya, kecuali kerana darurat.” (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Al Kuwaitiyyah, 19/21) .

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan