Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 233: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

La Tahzan 233: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

109
0
Iklan

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-1: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا مَا حَوْلَكُم مِّنَ ٱلْقُرَىٰ وَصَرَّفْنَا ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitarmu

[Al Ahqaf: 27]

(Maksudnya kota tsamud, Aad, Madyan, Lut)

وممَّنْ نُكِب نكبةً داميةً ساحقةً ماحقةً : البرامكةُ ، أُسرةُ الأُسرةُ الأُبَّهةِ والتَّرَفِ والبذْلِ والسَّخاءِ ، وأصبحتْ نكْبتُهم عِبرةً وعظةً ومثلاً ، فإنَّ هارون الرشيد سطا عليهمْ بيْن عشيَّةٍ وضُحاها ، وكانوا في النعيمِ غافلين ، وفي لحافِ الرَّغدِ دافِئين ، وفي بستانِ الترفِ مُنعَّين ، فجاءهم أمرُ اللهِ ضُحىً وهم يلعبون ، على يدِ أقربِ الناسِ إليهم ، فخرَّب دُورهم ، وهدمَ قصورهُم

Ia terjadi kepada keluarga al Baraamikah* yang kaya dan berpengaruh, gemar berfoya-foya dan bergelumang dengan kemewahan. Apa yang terjadi kepada mereka adalah suatu iktibar. Khalifah Harun Al Rashid menghancurkan mereka dalam satu hari sahaja.

______________________________

*⃣ Al Baraamikah adalah keluarga bangsawan di zaman empayar Farsi, mereka memeluk Islam ketika era kerajaan Umayyah menakluk Farsi. Keluarga Al Baraamikah membantu kerajaan Ummayah dan kemudian Abbasiyah, kerana mereka adalah pegawai tadbir yang cekap dan pernah mengurus empayar Farsi yang besar. Namun oleh kerana keluarga Al Baraamikah semakin berpengaruh dan mengancam kerajaan Abbasiyah, maka, Khalifah Harun al Rasyid bertindak menghancurkan dinasti Al Baraamikah. Ia sama dengan kerajaan saud sekarang, yang mengurus kerajaan Al Saud ialah keluarga Kashoggi dan Ben Laden. Keluarga Kashoggi akhirnya dimusnahkan oleh kerajaan Al Saud kerana mengkritik dasar-dasar pentadbiran kerajaan al Saud.

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-2: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Mengimbau kisah-kisah bersama orang yang telah pergi:

روى الترمذيُّ ، عن عطاءٍ ، عنْ عائشة – رضي اللهُ عنها وأرضاها – أنَّها مرَّتْ بقبرِ أخيها عبدِالله الذي دُفن فيه بمكة ، فسلَّمت عليهِ ، وقالتْ : يا عبداللهِ ، ما مثلي ومثُلك إلا كما قال مُتمِّمٌ ثمَّ بكتْ وودَّعتْه

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi daripada Atha’ daripada Aisyah رضي الله عنها, bahawa Aisyah رضي الله عنها pernah melintas kubur saudaranya, Abdullah bin Abu Bakar As Siddiq yang dimakamkan di Mekah (di Habasyi, 12 km dari Mekah), beliau mengucapkan salam kepadanya dan berkata, “Wahai Abdullah, perumpamaan antara diriku dan dirimu sama seperti apa yang diungkapkan oleh Mutammim.” (Mutammim bin Nuwairah, sahabat dan penyair dari Bani Tamim, wafat tahun 30H) menceritakan keakraban Aisyah dengan saudaranya Abdullah. Kemudian Aisyah menangis dan mengucapkan selamat tinggal.

Tahqiq:

723- باب مَا جَاءَ في كَرَاهِيَةِ زِيَارَةِ الْقُبُورِ لِلنّسَاء
ولم يحكم الترمذي على حديث الباب بشيء من الصحة والضعف

Imam Tirmidzi tidak menghukum status hadith (athar) ini sama ada sahih atau dhaif.
Bab 723, Bab apa ada dengan larangan menziarahi kubur terhadap wanita, cetakan Tuhfah Al Ahwazi Syarah Jami Tirmidzi, Al Mubarakfuri.

🧨🧨🧨🧨

La Tahzan 233-3: Hiburkan dengan Kehancuran (تعزَّ بالمنكوبين)

Mengimbau kisah-kisah bersama orang yang telah pergi: bersama Umar Al Khattab رضي الله عنه

وكان عمرُ رضي اللهُ عنهُ يقولُ لمتمِّمِ بن نويرة : يا متمِّم ، والذي نفسي بيده ، لَوَدِدْتُ أني شاعرٌ فأرثي أخي زيداً ، واللهِ ما هبَّتِ الصّبا منْ نجد إلاَّ جاءتني بريحِ زيدٍ . يا متممُ ، إنَّ زيداً أسلم قبلي وهاجرَ وقتل قبلي ، ثمَّ يبكي عمر

Manakala Umar al khattab رضي الله عنه pernah berkata kepada Mutammim bin Nuwairah (sahabat, penyair, w.30H), “Wahai Mutammim, demi Zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya, ingin rasanya aku menjadi seorang penyair untuk aku lantunkan syair duka untuk abang aku Zaid*. Demi Allah, angin sepoi bahasa dari Nejd (kubur Zaid) dan bertiup ke arahku dan membawa bau harumnya. Wahai Mutammim, Zaid terlebih dahulu memeluk Islam daripada aku, dia berhijrah dan terbunuh lebih dahulu daripada aku.” Kemudian Umar رضي الله عنه menangis. (Al Asfahani, Al Aghani, 15/227)

*⃣ Zaid Al Khattab, abang kandung Khalifah Umar رضي الله عنه, wafat syahid di Yamamah (Nejd atau Riyadh sekarang) tahun 12H, dalam peperangan Yamamah, beliau dikuburkan di Nejd dan kuburnya menjadi kubur keramat, ia kemudian dihancurkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab رحمه الله.

Komen dan Soalan