Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.12 Apakah Orang pernah melihat atau kemungkinan melihat Tembok Zulqarnain?

10.3.12 Apakah Orang pernah melihat atau kemungkinan melihat Tembok Zulqarnain?

499
0
Iklan

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.12 Apakah Orang pernah melihat atau kemungkinan melihat Tembok Zulqarnain?

(السد الذي بناه ذو القرنين على يأجوج ومأجوج.
هل رآه أحد؟ أو يمكن لأحد رؤيته؟)
رآه أحد الصحابة…فقد ذكر البخاري معلقا بصيغة الجزم:[ قال رجل للنبي صلى الله عليه وسلم رأيت السد مثل البرد المحبر(1) فقال صلى الله عليه وسلم مصدقا له صحة الصفة:<<رأيته> (فتح الباري(129/10))

Salah seorang sahabat (majhul/tidak diketahui), yang dinukil oleh Bukhari dalam sahihnya secara mu’allaq (sanad tiada) dengan sighah jazam (indikasi kepastian dan ia adalah sahih menurut standard Bukhari), bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi ﷺ bahawa dia pernah melihat tembok tersebut seperti corak pakaian dua warna. Nabi ﷺ membenarkan khabar tersebut dengan sabdanya, “Engkau memang melihatnya.”

(Fathul Bari, 10/129)

Hadith-hadith mu’allaq akan disyarah dan ditahqiq oleh Ibn hajar Asqolani ketika mensyarah sahih Bukhari, komen beliau mengenai hadith mu’allaq ini:

قال ابن حجر :[ الحديث وصله ابن أبي عمر من طريق سعيد بن أبي عروبة عن قتادة عن رجل من أهل المدينة أنه قال للنبي صلى الله عليه وسلم :يا رسول الله ,قد رأيت سد يأجوج ومأجوج .فقال صلى الله عليه وسلم :<< كيف رأيته؟>> قال:مثل البرد المحبر طريقة حمراء وطريقة سوداء .فقال صلى الله عليه وسلم مقرا له :<<قد رأيته>

Berkata Ibn Hajar رحمه الله:
Hadith itu bersambung daripada Ibn Abi Umar daripada Sa’id bin Abi Urubah daripada Qatadah daripada lelaki warga Madinah dan hadith tu seperti dinyatakan di atas.

وذكر الحافظ ابن كثير – رحمه الله – قصة عن السد ومحاولة بعض الملوك الصول إليه فقال: [ وقد بعث الخليفة الواثق(*) في دولته أمرائه وجهز معه جيشا سرية ليبظروا إلى السد ويعاينوه وينعتوه له إذا رجعوا فوصلوا من بلاد إلى بلاد, ومن ملك إلى ملك ,حتى وصلوا إلبه , ورأوا بناءه من الحديد ومن النحاس , وذكروا أنهم رأوا فيه بابا عظيما وعليه أقفال عظيمة وورأوا بقية اللبن والعمل في برج هناك, وأن عنده حراسا من الملوك المتاخمة له, وأنه عال منيف شاهق ,ولا يستطاع ,ولا ما حوله من الجبال , ثم رجعوا إلى بلادهم , وكانت غيبتهم أكثر من سنتين,وشاهدوا أهوالا وعجائب]. ولم يذكر الحافظ ابن كثير – رحمه الله – سندا لهذه القصة , ولم يتكلم عليها بشيء فالله أعلم بها.

Al Hafiz Ibn Kathir رحمه الله mencatat kisah tembok tersebut dan usaha beberapa raja untuk menjejakinya; antaranya ialah Khalifah al Wathiq * di mana baginda membentuk satu pasukan penyelidik (yang diketuai oleh Sallam) untuk mengumpul maklumat mengenai tembok tersebut. Mereka mengembara dari satu negara ke satu negara dan akhirnya sampai ke Tembok Zulqarnain yang diperbuat daripada besi dan tembaga. Tembok itu ada pintu gerbang raksasa dengan beberapa kunci yang besar juga, juga terdapat menara tinggi dan dikawal oleh beberapa raja. Kemudian pasukan ekspedisi tersebut pulang ke Baghdad dan menghilangkan diri selama 2 tahun lantaran banyak melihat keanehan dan misteri semasa ekspedisi tersebut.

(Ibn Kathir, Al Bidayah, 7:128)

Komen Al Areefi:
Ibn Kathir رحمه الله tidak menyebut sanad atau memberi komen mengenai hadith mu’allaq Bukhari, (ada sahabat Madinah pernah melihat Tembok Zulqarnain). Maka kisah ini statusnya dhaif. (Imam al Alusi, Ruh al-Ma’ani, 16/482)


  • Khalifah Al Wathiq Billah merupakan Khalifah Bani Abbasiyah yang ke 9 dari 227H — 232H.

Komen dan Soalan