Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.10 Tidak ada lagi Peperangan (Besar) selepas Musnahnya Ya’juj dan Ma’juj (لا...

10.3.10 Tidak ada lagi Peperangan (Besar) selepas Musnahnya Ya’juj dan Ma’juj (لا قتال بعد يأجوج و مأجوج)

49
0

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.10 Tidak ada lagi Peperangan (Besar) selepas Musnahnya Ya’juj dan Ma’juj (لا قتال بعد يأجوج و مأجوج)

بعد ما يهلك الله عز وجل يأجوج ومأجوج ,لا يبقى إلا المؤمنون ,وتنتشر البركات والخيرات,ونفوسهم صافية ,ولا يبقى قتال ولا حروب

Selepas Allah ‎ﷻ membinasakan Ya’juj dan Ma’juj, tidak tersisa manusia kecuali orang mukmin, maka meratalah keberkatan dan kebaikan, bumi dihuni jiwa yang suci, tiada sengketa mahupun peperangan.

👁‍🗨 Nas Hadith

وأخرج ابن سعد وأحمد، والنسائي، والبغوي والطبراني ، وابن مردويه، عن سلمة بن نفيل قال : بينما أنا جالس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ جاءه رجل فقال : يا رسول الله، إن الخيل قد سيبت ووضع السلاح، وزعم أقوام أن لا قتال وأن قد وضعت الحرب أوزارها . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : كذبوا فالآن جاء القتال ولا تزال طائفة من أمتي يقاتلون في سبيل الله لا يضرهم من خالفهم، يزيغ الله قلوب قوم ليرزقهم منهم، ويقاتلون حتى تقوم الساعة، ولا تزال الخيل معقودا في نواصيها الخير حتى تقوم الساعة، ولا تضع الحرب أوزارها حتى يخرج يأجوج ومأجوج .(رواه النسائي في السنن الكبرى,والطبراني في الكبير,ورواه أحمد والنسائي بلفظ قريب منه وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة, برفم (1935))

Dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad (Tabaqat Al Kubra), Ahmad (Musnad), An Nasa’iy (Al Kubra), Tabrani (Al kabir, Al Baghawawi (Syarah Sunnah), Ibn Mardawaih daripada perawi akhir, Salmah bin Nufail Al Sakuni, katanya, “Ketika aku duduk bersama Nabi ﷺ, datang seorang lelaki yang berkata, “Wahai Rasulullah, kuda-kuda telah ditinggalkan (tiada lagi peperangan), juga senjata, perang telah tamat.” Nabi ﷺ bersabda, “Mereka telah berdusta (orang yang menyebarkan berita tersebut), perang sentiasa ada, sentiasa ada golongan daripada umatku yang tidak dapat dikalahkan atau dimudharatkan. Allah ‎ﷻ memalingkan hati sesuatu kaum dan saling berperang di antara mereka, mereka akan terus menerus berjihad hingga kiamat, dan tiada lagi peperangan hanya selepas keluarnya (dan musnahnya) Ya’juj dan Ma’juj.”

✍ Disahihkan oleh Al Albani, Silsilah Al Sahihah (1935) dan sahih An Nasa’iy (3563)

الراوي : سلمة بن نفيل السكوني | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 3563 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Komen dan Soalan