Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 216: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

La Tahzan 216: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

113
0
Iklan

💎💎💎💎

La Tahzan 216-1: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

إنَّ ميزان السعادةِ في كتابِ اللهِ العظيمِ ، وإنَّ تقدير الأشياءِ في ذِكْرِهِ الحكيم ، فهو يقرِّرُ الشيء وقيمتهُ ومردودَهُ على العبدِ في الدُّنيا والآخرةِ

Neraca kebahagiaan itu ada terdapat dalam Al-Qur’an, ada dalam zikrullah. Allah ‎ﷻ yang menetapkan segala sesuatu, sistem nilai dan pembalasan baik di dunia dan akhirat. Firman-Nya:

وَلَوْلَا أَنْ يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً لَجَعَلْنَا لِمَنْ يَكْفُرُ بِالرَّحْمَٰنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًا مِنْ فِضَّةٍ وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (daripada perak juga). [Az-Zukhruf: 33]

وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا وَسُرُرًا عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ

Dan juga pintu-pintu rumah mereka (daripada perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (daripada perak juga). [Az-Zukhruf: 34]

وَزُخْرُفًا ۚ وَإِنْ كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَالْآخِرَةُ عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (daripada emas untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [Az-Zukhruf: 35]

Fiqh ayat:

هذهِ هي حقيقةُ الحياةِ ، وقصورُها ودُورُها ، وذهبُها وفضَّتُها ومناصبُها .
إنَّ منْ تفاهتِها أنْ تعطي الكافر جملةً واحدةً ، وأن يُحْرَمَهَا المؤمنُ ليبيّن للناسِ قيمة الحياةٍ الدنيا

Hakikat kehidupan/dunia: istana, villa, banglo, emas, perak dan status sosial atau kasta. Dimewahkan orang kafir dengan jumlah harta yang banyak manakala diharamkan ke atas mukmin. Betapa tidak bernilainya kehidupan dunia.

💎💎💎💎

La Tahzan 216-2: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

إنَّ عتبة بن غزوان الصحابيَّ الشهير يستغربُ وهو يخطبُ الناس الجمعة : كيف يكونُ في حالةٍ مع رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، مع سيِّدِ الخَلْقِ يأكلُ معهُ وَرَقَ الشجرِ مجاهداً في سبيلِ اللهِ ، في أرْضى ساعاتِ عمرِهِ ، وأحلى أيامِهِ ، ثمَّ يتخلَّفُ عنْ رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، فيكونُ أميراً على إقليمٍ ، وحاكماً على مقاطعةٍ ، إنَّ الحياة التي تُقبلُ بعد وفاةِ الرسولِ – صلى الله عليه وسلم – حياةٌ رخيصةٌ حقّاً

Kisah Utbah bin Ghazwan رضي الله عنه (ahli Badar, sahabat awal, wafat 17H) ketika berkhutbah Jumaat menceritakan saat manis nostalgia bersama Nabi ﷺ, ada ketika terpaksa makan daun ketika keluar berperang. Itulah saat paling manis dalam hidupnya.

Apabila Nabi ﷺ wafat, beliau dilanjutkan usia dan menjawat jawatan tinggi, namun, kehidupan selepas kewafatan Nabi ﷺ adalah tidak berharga lagi.

“Susah payah bersama Nabi ﷺ jauh lebih manis daripada hidup mewah selepas kewafatan Nabi ﷺ.”

💎💎💎💎

La Tahzan 216-3: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

Kesusahan bersama Rasulullah ﷺ lebih baik

سعدُ بنُ أبي وقَّاصٍ يصيبُهُ الذهولُ وهو يتولَّى إمرة الكوفةِ بعدَ وفاةِ الرسولِ – صلى الله عليه وسلم – ، وقدْ أكل معه الشجر ، ويأكلُ جلداً ميِّتاً ، يشويهِ ثمَّ يسحقُه ، ثم يحتسيهِ على الماءِ ، فما لهذهِ الحياةِ وما لقصورِها ودُورِها ، تُقبلُ بعد إدبارِ الرسولِ – صلى الله عليه وسلم – ، وتأتي بعد ذهابهِ – صلى الله عليه وسلم –

Sahabat Sa’ad bin Waqash رضي الله عنه merasa bingung apabila dilantik (oleh Khalifah Abu Bakar رضي الله عنه) menjadi gabenor Kufah selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Beliau dapat merasakan perubahan kehidupannya (ketika bersama Rasul ﷺ) dan pasca kewafatan baginda.

Saat bersama Rasul ﷺ, mereka pernah merasai kesusahan bersama, ketika susah hatta mereka terpaksa memakan daun-daun, bahkan kulit kambing yang sudah kering (dipanggang kulit tersebut, ditumbuk dan dijadikan sup).

(Selepas menjadi Gabenor) Saad merasakan betapa tidak bernilainya istana dan rumah rumah besar (di Kufah).

Firman Allah ‎ﷻ:

(وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى )

Sungguh, akhirat itu lebih baik bagi kamu (daripada dunia).

[Adh-Dhuha: 4]

💎💎💎💎

La Tahzan 216-4: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

Rahsia tersembunyi di sebalik dunia yang tidak berharga

إذنْ في الأمر شيءٌ ، وفي المسألةِ سرٌّ ، إنها تفاهةُ الدنيا فَحَسْبُ

Ada rahsia dalam hal ini (urusan dunia dan isinya), ada rahsia di sebalik masalah (kekayaan dan kemiskinan) iaitu kehidupan dunia yang tidak berharga. Firman Allah ‎ﷻ:

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ {54} نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ ۚ بَلْ لَا يَشْعُرُونَ {55

Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar.

[Al-Mukminun: 54-55]

Kata Ibn Katsir رحمه الله, kekayaan yang diberikan kepada orang kafir adalah sebenarnya istidraj.

Hadith Amru bin Auf رضي الله عنه:

فوالله لا الفقر أخشى عليكم

Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku takutkan atas diri kalian”.

(HR Bukhari 4015, Muslim 2961)

💎💎💎💎

La Tahzan 216-5: Hakikat Dunia (حقيقةُ الدُّنيا)

Nabi ﷺ memilih miskin daripada kaya

لمَّ دخل عُمر على رسولِ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – وهو في المشْرَبِة ، ورآه على حصيرٍ أثَّر في جنبهِ ، وما في بيتهِ إلا شعيرٌ معلّقٌ ، دمعتْ عينا عُمَرَ .
إنَّ الموقف مؤثِّرٌ ، أنْ يكون رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – قدوةُ الناسِ وإمامُ الجميع ، في هذهِ الحالةِ

Kisah suatu hari di mana Umar al Khattab رضي الله عنه masuk menziarahi Rasulullah ﷺ (rumah Aisyah رضي الله عنها), Umar رضي الله عنه tersentuh melihat apa yang beliau lihat, serba kekurangan sedangkan Nabi ﷺ adalah pemimpin negara, seorang Nabi dan Rasul. Ia seperti apa yang disebut oleh Al-Qur’an:

وَقَالُوا مَالِ هَٰذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ ۙ لَوْلَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا

Dan mereka berkata: “Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? [Al Furqan: 7]

ثمَّ يقولُ له عُمَرُ – رضي اللهُ عنه – : كسرى وقيصر فيما تعلمُ يا رسول اللهِ ! قال رسولُ الله – صلى الله عليه وسلم – : (( أفي شكٍّ أنت يا بن الخطاب ، أما ترضى أن تكون لنا الآخرةُ ولهم الدنيا ))

Umar رضي الله عنه berkata, “Ya Rasulullah, engkau patut tahu bagaimana kehebatan Kisra (maharaja Farsi) dan Kaisar (Maharaja Rom).”

Nabi ﷺ menjawab:
“Wahai anak al Khattab, apakah engkau masih ragu, sepatutnya engkau redha akhirat milik kita dan mereka dapat dunia.”

Takhrij/tahqiq:

أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (3/ 278)، برقم (1648)، والطبراني في المعجم الكبير (20/ 60)، برقم: (111)، وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير وزيادته (2/ 1221)، برقم: (2531).

HR Baihaqi, Syu’ab Al Iman, 1648 Tabrani Al Kabir 111, disahihkan oleh al Albani, sahih Al Jaami’ 2531.

Komen dan Soalan