Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 215: Musuh-musuh Manhaj Rabbani (Musuh Allah ‎ﷻ/Islam (أعداءُ المنهجِ الرَّبانيّ)

La Tahzan 215: Musuh-musuh Manhaj Rabbani (Musuh Allah ‎ﷻ/Islam (أعداءُ المنهجِ الرَّبانيّ)

208
0
Iklan

🗡🗡🗡🗡

La Tahzan 215-1: Musuh-musuh Manhaj Rabbani (Musuh Allah ‎ﷻ/Islam (أعداءُ المنهجِ الرَّبانيّ)

قرأتُ كتباً للملاحدِة الصَّادِّين عنْ منهج اللهِ شعراً ونثراً ، فرأيتُ كلام هؤلاءِ المنحرفين عنْ منهجِ الله في الأرضِ ، وطالعتُ سخافاتِهم ، ووجدتُ الاعتداء الجارف على المبادئِ الحقةِ ، وعلى التعاليمِ الرَّبّانيَّة ، ووجدتُ هذا الرُّكام الرخص الذي تفوَّهَ به هؤلاء ورأيتُ منْ سُوءِ أدبِهم ، ومنْ قلَّةِ حيائِهم، ما يستحي الإنسانُ أنْ ينقُل للناسِ ما قالوه وما كتبوه وما أنشدوهُ.

“Aku (Al Qarni) telah membaca puisi, syair, prosa, hasil karya golongan ingkar (atheis, kuffar, fasiq), aku simpulkan karya mereka memang menampakkan sikap kurang ajar mereka kepada Allah ‎ﷻ, sikap permusuhan terhadap agama Allah ‎ﷻ sikap permusuhan terbuka kepada prinsip-prinsip kebenaran dan ajaran Rabbani. Kita sepatutnya merasa malu untuk memetik apa yang mereka kata, tulis dan ungkapkan.”

وعلمتُ أنَّ الإنسان إذا لمْ يحملْ مبدأً ولم يستشعِرْ رسالةً ، فإنَّهُ يتحوَّلُ إلى دابَّةٍ في مِسْلاخ إنسانٍ ، وإلى بهيمةٍ في هيكلٍ رجُلٍ

“Aku akhirnya mengerti manusia yang tiada prinsip hidup tidak berpegang kepada mana-mana risalah, sebenarnya mereka telah berubah kepada haiwan dalam bentuk manusia. Firman Allah ‎ﷻ akan fenomena manusia bertukar menjadi binatang:”

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا

Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)

[Furqan: 44]

🗡🗡🗡🗡

La Tahzan 215-2: Musuh-musuh Manhaj Rabbani (Musuh Allah ‎ﷻ/Islam (أعداءُ المنهجِ الرَّبانيّ)

Musuh manhaj Rabbani sebenarnya Tidak Bahagia!

كيف يَسْعَدُ هؤلاءِ وقدْ أعرضُوا عنِ اللهِ الذي يملكُ السعادة ويعطيها سبحانه وتعالى لمنْ يشاءُ ؟!

Bagaimanakah musuh manhaj (Islam) beroleh kebahagiaan sedangkan mereka berpaling daripada Pemilik Kebahagiaan itu sendiri yang akan memberi (kebahagiaan itu) kepada sesiapa yang Dia kehendaki?

ولكنِّي وجدتُ أنَّ أول النَّكالِ أخذ يُصيبُهم في هذه الدارِ بمقدِّماتِ نكالٍ أخرويٍّ – إنْ لم يتوبوا – في نار جهنمِّ ، نكالُ الشقاءِ ، وعدمُ المبالاةِ ، والضِّيقُ ، والانهيارُ والإحباطُ :

Namun hukuman pertama yang menimpa orang yang dimurkai di dunia sebagai petanda awal kesengsaraan akhirat yang bakal diterima kelak (jika mereka tidak bertaubat: iaitu api jahanam) ialah kesengsaraan hidup, stress dan tekanan mental. Firman Allah ‎ﷻ:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

Dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

[Thaha: 124]

Komen dan Soalan