Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 213: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ...

La Tahzan 213: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

72
0
Iklan

👑👑👑👑

La Tahzan 213-1: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

مطلوبٌ من العبدِ لكيْ يكسب السعادة والأمن والراحة ، أن يُبادر إلى الفضائل ، وأنْ يُسارع إلى الصفاتِ الحميدةِ والأفعالِ الجميلةِ (( احرصْ على ما ينفعُك واستعِنْ باللهِ )

Untuk meraih kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan fadhail amal (amal-amal yang berfadilat), memiliki sifat-sifat mulia dan melakukan tindakan yang baik-baik. Seperti dalam hadith:

( احرصْ على ما ينفعُك واستعِنْ باللهِ )

Kerjakanlah apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah ‎ﷻ.

Takhrij: (HR Muslim no 2664 dari sanad Abu Hurairah).
رواه مسلم (2664).

👑👑👑👑

La Tahzan 213-2: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

أحدُ الصحابةِ يسألُ الرسول – صلى الله عليه وسلم – مرافقَتَهُ في الجنةِ فيقول : (( أعِنِّي على نفسِك بكثْرةِ السجودِ ، فإنَّك لا تسجُدُ للهِ سجدةً ، إلاَّ رَفَعَك بها درجة ))

Pernah seorang sahabat bertanyakan cara agar di syurga kelak, beliau dapat menjadi teman Rasulullah ﷺ di sana. Maka Rasulullah ﷺ memberi solusi: Hadith Tsauban, maula Rasulullah ﷺ yang bertanyakan baginda, maka baginda menjawab:

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ ، فَإِنَّكَ لَا تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً ) رواه مسلم في ” صحيحه ” (488).

Hendaklah kamu memperbanyak sujud (salat) kepada Allah ‎ﷻ, kerana tidaklah kamu bersujud kepada Allah ‎ﷻ sekali saja, melainkan Allah ‎ﷻ akan mengangkatmu satu darjat.”

(HR Muslim 488)

والآخرُ يسألُ عنْ بابٍ جامعٍ من الخيرِ ، فيقولُ له : (( لا يزالُ لسانُك رطباُ من ذكر اللهِ ))

Manakala sahabat yang lain meminta satu kebaikan (jika dikerjakan) mencakupi seluruh amal. Nabi ﷺ bersabda:
“Selalulah lidahmu basah dengan zikrullah.

(HR Tirmidzi, 3375, disahihkan oleh al Albani, sahih al Jaami’ no 7695)

(أخرجه الترمذي في “سننه”: أبواب الدَّعوات، باب ما جاء في فضل الذكر، برقم (3375)، وصححه الألبانيُّ في “صحيح الجامع”، برقم (7695).)

👑👑👑👑

La Tahzan 213-3: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

وثالثٌ يسألُ فيقولُ له: «لا تسُبَّنَّ أحداً، ولا تضرِبنَّ بيدِك أحداً، وإنْ أحدٌ سبَّك بما يعلمُ فيك فلا تسُبَّنَّه بما تعلمُ فيه، ولا تحقِرنَّ من المعروفِ شيئاً، ولو أنْ تُفْرِغ منْ دَلْوِك في إناءِ المستقي»

Ini adalah di antara kesilapan Dr al Qarni, di mana beliau telah menggabungkan beberapa hadith:

Sahabat bertanyakan Nabi ﷺ amalan-amalan yang berfadilat tinggi yang dapat membawa ke syurga: Nabi ﷺ bersabda: “Dan jangan engkau mencaci seseorang.” Ini terdapat dalam satu hadith:

Daripada Abu Jurayy Jabir ibn Salim al-Hujaymi, Nabi ﷺ bersabda (‏ لاَ تَسُبَّنَّ أَحَدًا) “Jangan engkau mencaci seseorang.” (HR Abu Daud, al Albani, silsilah al sahihah (1109)).

Kemudian, (ولا تضرِبنَّ بيدِك أحداً،) “Jangan engkau menggunakan tangan engkau untuk memukul orang.”

Ini tidak ada dalam kitab hadith. Tidak diketahui dari mana Dr Aidh mendapatkannya.

Kemudian (وإنْ أحدٌ سبَّك بما يعلمُ فيك فلا تسُبَّنَّه بما تعلمُ فيه) “Jika seseorang mencaci kamu dengan info yang dia ada tentang kamu, maka jangan kamu balas mencacinya dengan info yang engkau ada mengenai dirinya.”

Ini juga tidak ada dalam kitab sunan.

Kemudian (وَلا تَحقِرنَّ مِنَ المعروفِ شَيْئاً ) “Jangan sekali-kali engkau meremehkan makruf (kebaikan) walaupun sekecil mana.” (HR Abu Daud, al Albani, silsilah al Sahihah (1109).

Kemudian matan (ولو أنْ تُفْرِغ منْ دَلْوِك في إناءِ المستقي) “Meskipun sekadar engkau menuangkan air dari bejana ke bejana orang yang memerlukan air.”

الراوي : سليم بن جابر الهجيمي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 521 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Hadith ada terdapat dalam sahih Ibn Hibban, sahih, Arnout, tahqiq sahih Ibn hibban no 521

Maka amalan yang sahih daripada hadith cuma tiga: iaitu amalan yang banyak fadilatnya:
✴️ Jangan mencaci orang
✴️ Jangan meremehkan amalan walaupun kecil
✴️ Amalan menuangkan air kepada orang

▶️ Amalan menuangkan air kepada orang akan anda alami apabila berada di Mekah dan Madinah. Sebaik sahaja anda menunggu giliran untuk meminum air zam-zam, maka ada orang yang membawakannya kepada anda. Jika anda berbuka puasa sunat Isnin Khamis atau menunaikan salat tarawih di Mekah dan Madinah, ada orang yang menghidangkan air buat anda.

👑👑👑👑

La Tahzan 213-4: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Cepat dan segera dalam mengejar keutamaan

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.

[Ali Imran: 133]

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik

[Al anbiyaa’: 90]

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه

بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ ( أخرجه مسلم حديث (118) )

Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap.” (HR Muslim No. 118)

Hadith Abdullah bin Abbas رضي الله عنه

اغْتَنِمْ خَمْسًا قبلَ خَمْسٍ :

Raihlah 5 perkara sebelum lima.”

(HR Ibn Abi Dunya, Qashr amal, 111; Al Haakim, 7846 dan Al Baihaqi, Syu’ab, 10248)

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب
الصفحة أو الرقم: 3355 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل)) (111)، والحاكم (7846)، والبيهقي في ((شعب الإيمان)) (10248)


  • Lima sebelum lima:
    1. Muda sebelum tua
    2. Sihat sebelum sakit
    3. Kaya sebelum fakir
    4. Lapang sebelum sibuk
    5. Hidup sebelum mati

👑👑👑👑

La Tahzan 213-5: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Cepat dan segera dalam mengejar keutamaan

عمرُ بنُ الخطابِ بعد أنْ طُعِن وثَجَّ دمُه ، يرى شابّاً يجرُّ إزاره ، فقال له عمرُ : (( يا ابن أخي ، ارْفَعْ إزارك ، فإنهُ أتقى لربِّك ، وأنْقى لثوبك )) . وهذا أمرٌ بالمعروفِ في سكراتِ الموتِ * لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ *

(Khalifah) Umar al Khattab رضي الله عنه, selepas ditikam (oleh Abu Lu’luah, si majusi), di mana darahnya masih mengalir deras, bila beliau melihat seorang pemuda yang melabuhkan jubahnya (isbal), maka beliau menegurnya, “Wahai anak saudaraku (ibnu akhi), angkatlah kainmu, kerana ia lebih taqwa di sisi Tuhanmu dan lebih bersih untuk pakaianmu.”

(HR al Bukhari no 3700 daripada Amru bin Maimun)

Apa yang dilakukan Umar رضي الله عنه termasuk dalam bab melakukan amar makruf pada saat sakaratul maut.

▶️ Maksudnya ketika sakarat pun masih mengejar kebaikan/pahala.

Takhrij
الراوي : عمرو بن ميمون | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 3700

👑👑👑👑

La Tahzan 213-6: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

إنَّ السعادة لا تحصلُ بالنومِ الطويلِ ، والخلودِ إلى الدَّعةِ ، وهَجْرِ المعالي ، واطِّراحِ الفضائلِ

Kebahagiaan tidak dapat diraih dengan tidur yang panjang, pesimis, meninggalkan nilai-nilai tinggi dan mengetepikan keutamaan-keutamaan (agama), sebagaimana Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

…. tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. Dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu.” [At Taubah :46]

👑👑👑👑

La Tahzan 213-7: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

إنَّ منطق أصحابِ الهممِ الدَّنيَّةِ والنفوسِ الهابطةِ يقولُ :

Orang yang menolak kebahagiaan dan keutamaan ialah orang yang bercita-cita rendah dan berjiwa kerdil.

Firman Allah ‎ﷻ:

Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini (* لاَ تَنفِرُواْ فِي الْحَرِّ )

[At Taubah: 81]

Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh (لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا)
[Ali Imran: 156]

👑👑👑👑

La Tahzan 213-8: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Tidak boleh bermalasan dan bertangguh dalam mengejar fadhail kehidupan

وقد نهي العبدُ بالوحي عن التَّأخرِ عنْ فِعلِ الخيرِ

Sesungguhnya seorang hamba ditegah daripada melengah-lengahkan waktu untuk melakukan kebaikan.

Firman Allah ‎ﷻ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

[At Taubah: 38]

Hadith Anas

اللَّهمَّ إني أعوذُ بك من الكسلِ

Ya Allah, aku berlindung daripada sifat malas

Tahqiq: Matan ini diambil secara spontan, matan yang betul ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،

Daripada Anas, Nabi ﷺ bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas.”

(HR al Bukhari, No. 6363)

Hadith 2: Orang yang cerdik

Daripada Syaddad bin Aus رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

والكيُسُ منْ دان نفْسه وعمِل لما بعد الموتِ ، والعاجزُ منْ أتْبَعَ نَفْسَه هواها ، وتمنَّى على اللهِ الأماني

Orang yang cerdik ialah siapa saja yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari setelah kematian (yakni hari akhirat). Sedangkan orang yang bodoh ialah siapa saja yang senantiasa mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah ‎ﷻ (tetapi tanpa beramal)”.

(HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, Al-Baihaqi, Ath-Thobroni)

Tahqiq: dha’if

الراوي : شداد بن أوس | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5319 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه الترمذي (2459)، وأحمد (17164)

Muhaddith al Albani, Silsilah Al Dhaifah No 5319, perawi dhaif ialah Abu Bakar bin Abi Maryam. Namun kata al Albani, maksudnya adalah sahih.

Komen dan Soalan