Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 207: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan...

La Tahzan 207: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

253
0
Iklan

💥💥💥💥

La Tahzan 207-1: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

Firman Allah ‎ﷻ:

وَكَذَٰلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىٰ وَهِيَ ظَالِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ

Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras. [Hud: 102]

إنَّ منْ تعِاسةِ العبدِ ، وعثْرةِ قدمِهِ وسقوطِ مكانتِهِ : ظُلمُهُ لعبادِ اللهِ ، وهضْمُهُ حقوقهم ، وسحْقُه ضعيفهم ، حتى قال أحدُ الحكماءِ : خفْ ممَّن لم يجدْ له عليك ناصراً إلا الله

Yang menjadi punca kecelakaan seseorang ialah apabila dia melakukan kezaliman kepada sesama manusia, merampas hak orang lain, menindas golongan yang lemah. maka berkatalah hukama’ (ahli hikmah, ahli ilmu), “Takutlah kalian kepada orang tidak lagi punya sebarang penolong (daripada kezaliman kamu) melainkan dari Allah ‎ﷻ (azab yang keras)”.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-2: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

ولقدْ حفظ لنا تاريخُ الأممِ أمثلةً في الأذهانِ عنْ عواقبِ الظَّلمةِ .
فهذا عامرُ بنُ الطفيل يكيد للرسول – صلى الله عليه وسلم – ، ويحاولُ اغتيالهُ ، فيدعو عليه – صلى الله عليه وسلم – ، فيبتليه اللهُ بغدَّةٍ في نحْرِه ، فيموتُ لساعتِه ، وهو يصرخُ من الألمِ .

Akan dipaparkan sebahagian kisah-kisah seksaan Allah ‎ﷻ yang keras ke atas manusia-manusia zalim sepanjang sejarah.

💭 Kisah pertama: Kisah Aamir bin Thufail yang menipu Rasulullah ﷺ dengan licik sekali (iaitu dengan membunuh kesemua utusan Nabi ﷺ)* Kemudian Nabi ﷺ melakukan Qunut Nazilah. Aamir bin Thufail terkena penyakit bengkak kelenjar di lehernya dan mati dalam raungan kesakitan.

——————-
*Secara ringkas kisah Aamir bin Thufail ialah dia merupakan ketua suku amir di Nejd. Pada suatu hari di dalam tahun ke 4 Hijrah dia mengutus seorang utusan bernama Amir bin Malik ke Madinah. Mereka menjemput mubaligh ke perkampungan bani Amir untuk menjelaskan mengenai Islam. Nabi ﷺ menghantar 70 orang sahabat ke sana. Setiba mereka di Wadi bir Maunah, Aamir bin Tufail dan tenteranya menyerang dan membunuh kesemuanya kecuali seorang. Apabila berita itu sampai kepada Nabi ﷺ, baginda amat berdukacita dan melakukan Qunut Nazilah selama 1 bulan. Kisah ini disebut dalam Ibn Hisham, Seerah an Nabawiyah, Ibn Saad, Tabaqat al Kubra, Ibn Kathir dalam al Bidayah, dan al Syuyuthi dalam al Khashaish al Kubra.

*ذكر ابن هشام في “السيرة النبوية”، وابن سعد في “الطبقات الكبرى”، وابن كثير في “البداية والنهاية”، والسيوطي في “الخصائص الكبرى”

💥💥💥💥

La Tahzan 207-3: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

وأربدُ بنُ قيسٍ يؤذي رسول اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، ويسعى في تدبيِر قتْلِهِ ، فيدعو عليه ، فيُنزلُ اللهُ عليه صاعقةً تحرقُه هو وبعيرُه

💭 Kisah kedua: Mengenai Arbad bin Qis yang selalu menyakiti dan cuba membunuh Rasulullah ﷺ. * Namun dia gagal berbuat demikian dan dalam perjalanan pulang dari Madinah, Allah ‎ﷻ menurunkan petir dan dia terbakar bersama untanya.

—————————————-
* Arbaad bin Qais adalah rakan kpd Aamir bin Tufail dari Bani Amir, di Nejd (lihat siri 207-2). Setelah satu demi satu kabilah Arab di Hijaz datang memeluk Islam di Madinah, maka mereka berdua (Aamir bin Tufail dan Arbaad bin Qais akhirnya datang juga mengunjungi Nabi ﷺ di Madinah. Bukan untuk memeluk Islam, tetapi mereka ingin membuat perjanjian khas dengan Nabi ﷺ untuk memerintah kawasannya secara autonomi. Jika rundingan gagal, mereka berdua akan membunuh Nabi ﷺ. Dalam rundingan itu, Nabi ﷺ menolak semua permintaan mereka berdua, di waktu yang sama mereka tidak berdaya melakukan rancangan membunuh Nabi ﷺ. Nabi ﷺ mendoakan keburukan menimpa ke atas kedua-duanya kerana telah membunuh 69 mubaligh yang dihantar oleh Nabi ﷺ suatu ketika dulu. Ketika dalam perjalanan pulang dari Madinah menuju Nejd, Arbaad ditimpa panahan petir dan terbakar bersama untanya; manakala Tufail, rakan karibnya terkena penyakit bengkak kelenjar dan mati dalam keadaan mengerikan. (Seerah Ibn Hisham, 2:568)

💥💥💥💥

La Tahzan 207-4: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah ketiga: Al Hajjaj membunuh Said bin Jubair

وقبل أنْ يقتُل الحجاجُ سعيد بن جبيرٍ بوقتٍ قصيرٍ ، دعا عليه سعيدٌ وقال : اللَّهمَّ لا تسلِّطْهُ على أحدٍ بعدي . فأصاب الحجاجَ خُرَّاجٌ في يدهِ ، ثمَّ انتشر في جسمِهِ ، فأخذ يخوُر كما يخورُ الثورُ ، ثم مات في حالةٍ مؤسفةٍ

Beberapa saat sebelum al Hajjaj* membunuh Sa’id bin Jubair رحمه الله, Said berdoa kepada Allah ‎ﷻ, “Ya Allah jangan Engkau jadikan dia berbuat jahat kepada orang lain setelahku.” Setelah Hajjaj menyembelih Said, Al Hajjaj telah ditimpa penyakit kulit seperti bisul di seluruh tubuhnya, dia menggelupur seperti lembu dan mati dalam keadaan yang mengerikan. (Mulla Ali al Qari, Mirqat al Mafaatih, atsar no 364)

——————————
* Al Hajjaj bin Yusof al Tsaqafi, (w.95H) kelahiran Thaif adalah Gabenor Daulah Ummayah di bawah Khalifah Abdul Malik bin Marwan, dia menjadi Gabenor Iraq dan terkenal dengan kekejamannya. Antara yang dibunuhnya ialah Abdullah bin Zubair رضي الله عنه, anak saudara kepada Ummul Mukminin, Aisyah رضي الله عنها.

Said bin Jubair (w. 95H) adalah tabi’in Kabir, murid Ibn Abbas, Anas, Abdullah bin Zubair al Awaam dan Aisyah. Al Hajjaj menangkap dan membunuhnya kerana Said bin Jubair menyertai pemberontakan di Iraq untuk menjatuhkan al Hajjaj yang diketuai oleh Abd Rahman al Asy’ath.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-5: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah keempat: Sufyan ats Tsauri dengan Khalifah Abu Ja’afar al Mansur

واختفى سفيانُ الثوريُّ خَوْفاً منْ أبي جعفرِ المنصورِ ، وخرج أبو جعفر يريدُ الحرمَ المكِّيَّ وسفيانُ داخل الحرمِ ، فقام سفيانُ وأخذ بأستارِ الكعبةِ ، ودعا الله عزَّ وجلَّ أن لا يُدِخِلَ أبي جعفر بيته ، فمات أبو جعفر عند بئرِ ميمونٍ قبل دخولِه مكَّةَ

Imam Sufyan ats Tsauri رحمه الله (pendiri mazhab Thauri, w. 161H) menjadi pelarian kerana takutkan Khalifah (Abbasiyah) Abu Ja’afar al Mansur (w.158H). Ketika Sufyan bersembunyi di Mekah, pada tahun itu Abu Jaafar mengerjakan Haji (tahun 158H).

Sufyan ketika berada dalam Masjidil Haram, sambil memegang dinding Kaabah berdoa agar Abu Jaafar tidak dapat memasuki Masjid. Berkat doa (dan karomah) Sufyan, Abu Jaafar tiba-tiba rebah di perigi Maimun (berdekatan perkuburan Ma’ala sebelum dia sempat masuk ke Mekah (Masjidil Haram).

————————————-
* Kisah secara ringkas, Imam Sufyan Tsauri رحمه الله dipaksa oleh Khalifah Abu Jaafar untuk menyertai kerajaannya, namun beliau menolaknya sebagaimana Abu Jaafar juga pernah menyebat dan memenjara Imam Abu Hanifah رحمه الله kerana enggan menyertai kerajaannya. Maka Sufyan melarikan diri ke Mekah dari Basrah dan bersembunyi di sana hingga kedatangan Abu Jaafar untuk mengerjakan haji dan juga memerintahkan agar Sufyan ditangkap dan disalib.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-6: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah kelima: Imam Ahmad رحمه الله dengan Ahmad bin Duad

وأحمدُ بن أبي دؤادٍ القاضي المعتزليُّ يُشاركُ في إيذاءِ الإمامِ أحمدِ بن حنبل فيدعو عليهم فيُصيبُه اللهُ بمرض الفالجِ فكان يقول : أمَّا نصفُ جسمي ، فلوْ وقع عليه الذبابُ لظننتُ أنَّ القيامة قامتْ ، وأمَّا النصفُ الآخرُ ، فلو قُرِض بالمقاريض ما أحسستُ

Kemudian kisah Ahmad bin Duad Al Qadi Al Mu’tazili* yang menjadi dalang dalam menyeksa Imam Ahmad ibn Hanbal رحمه الله, lantas Imam Ahmad رحمه الله mendoakan orang yang menyeksanya termasuk Qadhi Ahmad bin Abu Duad yang terkena penyakit strok yang mati sebelah tubuhnya, namun masih angkuh dengan kata-katanya, “Kalau bahagian tubuhku yang masih hidup dihinggapi lalat, tanda kiamat akan berlaku, jika tubuhku yang telah mati itu tidak mengapa kalau digergaji.”

———————————————
* Ini berlaku pada zaman Kerajaan Abbasiah di mana doktrin Muktazilah menjadi doktrin rasmi negara. Ia bermua pada pemerintahan al Ma’mun, al Mu’tasim dan al Wathiq. Qadhi Ahmad Abu Duad merupakan antara hakim atau qadhi yang menguatkuasakan doktrin muktazilah dan menangkap dan menghukum semua ulama’ yang menentang fahaman muktazilah antaranya Imam Ahmad رحمه الله. Ahmad Abu Duad yang menjatuhkan hukum sebatan dan penjara kepada Imam Ahmad رحمه الله. Lantas Imam Ahmad رحمه الله mendoakan kepada Allah ‎ﷻ dan dengan karomah Imam Ahmad رحمه الله qadhi Ahmad Abu Duad terkena strok. Dia meninggal pada tahun 240 Hijrah.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-7: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah keenam: Imam Ahmad رحمه الله dengan Ibn Zayyaat

ويدعو أحمدُ بنُ حنبل أيضاً على ابن الزَّيّاتِ الوزيرِ ، فيسلِّطُ اللهُ عليه منْ أخذَهُ ، وجعَلَهُ في فرنٍ من نارٍ ، وضرب المسامير في رأسِه

Imam Ahmad رحمه الله (w.242H) juga pernah mendoakan kebinasaan Menteri Kerajaan Bani Abbasiah, Ibn Zayyaat)* yang banyak menyeksa tahanan dengan kejam termasuk Imam Ahmad رحمه الله sendiri. Dia sendiri akhirnya diseksa dan dibunuh oleh Khalifah Al Mutawakkil (w. 247H) dengan cara yang kejam juga, di mana dia telah dipanggang di atas api dan kepalanya disalib dengan paku.

——————————————-
* Ibn al Zayyaat (محمد بن عبد الملك بن أبان بن حمزة، أبو جعفر، المعروف بابن الزيات ) wafat 233H adalah Muhammad bin Abdul Malik bin Abaan bin Hamzah Al Ma’aruf Ibn Zayyat merupakan Menteri Kanan Kerajaan Abbasiah semasa era al Mu’tasim, al Wathiiq dan al Mutawakkil. Beliau mati dibunuh oleh Khalifah al Mutawakkil.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-8: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah ketujuh: Kisah Ikhwan Muslimin

وحمزةُ البسيونيُّ كان يعذِّبُ المسلمين في سجنِ جمالِ عبدِالناصر ، ويقولُ في كلمةٍ له مؤذية : « أين إلُهكمْ لأضعَهُ في الحديدِ » ؟ تعالى اللهُ عمَّا يقولُ الظالمون علوّاً كبيراً . فاصطدمتْ سيارتُه – وهو خارجٌ من القاهرةِ إلى الإسكندريةِ – بشاحنةٍ تحملُ حديداً ، فدخل الحديدُ في جسمه منْ أعلى رأسِهِ إلى أحشائِه ، وعَجَزَ المنقذون أنْ يُخرجوُه إلا قطعاً

Ini adalah cebisan kisah Ikhwan Muslimin (di mana Dr Aidh al Qarni pernah menyertai Ikhwan Saudi Arabia):

Hamzah al Bassioni* yang mengazab (Ikhwan Muslimin) di penjara di zaman pemerintahan Gamal Abdel Nasser, dia mendakwa dirinya Tuhan Penjara, melakukan penyeksaan yang keras kepada tahanan Ikhwan, pernah mengucapkan kata-kata, “Sekarang aku memenjarakan kamu, di manakah Tuhan yang kamu sembah itu untuk menyelamatkan kamu?” Kerana kekejamannya dia terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya antara Cairo ke Iskandariah, di mana keretanya bertembung dengan lori membawa cerucuk besi dan Hamzah mati dengan ngeri kerana banyak batang besi menusuk tubuhnya.


  • Hamza al Bassioni meninggal 19 Nov 1971 adalah Ketua Warden Penjara Mesir semasa pemerintahan Gamal Abdel Nasser (m. 1970), antara mangsa kekejamannya ialah Syed Qutub, SU Ikhwan, Dr Ali Garishah, Syeikh Muhammad al Ghazali dan dr Yusof al Qardhawi.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-9: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

💭 Kisah kelapan: Kisah Ikhwan Muslimin 2

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ

Dan berlaku angkuhlah Fir’aun dan bala tentaranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami. [Qasas: 39]

Lagi cebisan kisah Ikhwan Muslimin Egypt zaman Presiden Gamal Abdel Nasser.

وكذلك صلاحُ نصرٍ منْ قادةِ عبدِ الناصرِ ، وممَّنْ أكثرَ في الأرضِ الظلُّم والفساد ، أصيب بأكثر منْ عشرةِ أمراضٍ مؤلمةٍ مُزمِنةٍ ، عاش عدَّة سنواتٍ منْ عمرِهِ في تعاسةٍ ، ولم يجدْ لهُ الطبُّ علاجاً ، حتى مات سجيناً مزجوجاً بهِ في زنزاناتِ زعمائِه الذين كان يخدمُهمْ .

Kisah seorang lagi pegawai tinggi Gamal Abdel Nasser, Solah Nashr (m. 1982) yang merupakan Ketua Jabatan Perisikan Mesir yang banyak melakukan kezaliman dan kerosakan khususnya penangkapan besar besar aktivis Ikhwan dan menyeksanya. Akhirnya dia diserang pelbagai penyakit kronik dalam waktu yang lama. Sebagai balasan dia turut dipenjara oleh Presiden Anwar Saddat dan dia mati dalam penjara.

💥💥💥💥

La Tahzan 207-10: Apabila Allah ‎ﷻ mengazab sesuatu kaum yang zalim dengan azab yang amat pedih (وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىوَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )

Celaan kepada penzalim dari Al-Qur’an dan as Sunnah

الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ
Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu,  kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. [Fajr 11-13]

207 – وعن أبي موسى رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله ليملي للظالم فإذا آخذه لم يفلته ( متفق عليه)

Hadith Abu Musa رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:”Sesungguhnya Allah ‎ﷻ memberi tempoh kepada orang zalim dalam melakukan kezalimannya sehinggalah Allah ‎ﷻ membinasakannya, mereka memang tidak akan dilepaskan.” (Muttafaq alaih, Riadhus Solihin, Syarah Ibn Othaimin, no 207)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى اليَمَنِ، فَقَالَ: اتَّقِ دَعْوَةَ المَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ رواه البخاري (2448) ، ومسلم (19).

Takutlah akan doa orang yang dizalimi kerana sungguh tidak ada penghalang antara doa itu dengan Allah. (HR Bukhari, 2448, Muslim 19)

Komen dan Soalan