Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.2.14 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

TBK 10.2.14 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

137
0
Iklan

TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيسى بن مريم عليه السلام)

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 1)

وبعد نزول عيسى عليه السلام وقتله الدجال واستقرار أمور المؤمنبن يكون لعيسى عليه السلام عدة مهام يقوم بها,ويقع في عهده أمور:
تحكيم الإسلام وإخضاع الناس للشريعة والقضاء على الأديان النحرفة
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم بن مريم حكما عدلا ,فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية>

Setelah Isa عليه السلام turun, selepas baginda membunuh Dajjal kemudian menstabilkan urusan pentadbiran orang beriman, maka Isa عليه السلام menetapkan beberapa dasar besar:

  1. Menegakkan kembali hukum Islam dan memastikan manusia mematuhi syari’at Islam dan menghapuskan semua agama-agama yang menyimpang.

Hadith Abu Hurayrah رضي الله عنه: bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Demi yang jiwaku ditangan-Nya, sungguh hampir saja turun kepada kamu semua Isa bin Maryam عليه السلام sebagai Hakim yang Adil, baginda menghancurkan salib, dan membunuh babi, dan menghapuskan jizyah (cukai). (Mutaffaq alaih).

Memahami kosa kata hadith turunnya Isa عليه السلام dan KPInya: (Key Performance Index)

🔘 Mematahkan Salib:
Nabi Isa عليه السلام benar-benar akan mematahkan salib dan menghapuskan amalan Kristian yang memuliakan salib. Ertinya: baginda akan membatalkan agama kristian. (Syarah Sahih Muslim 2/190, Fathul Bari 6/491)

Pada zaman itu, gereja akan menjadi kosong kerana masing-masing berbondong-bondong akan masuk Islam. Namun, menakwilkan makna tersirat dengan menafikan makna tersurat adalah satu bentuk takalluf. Maka nas hadith hendaklah difahami secara zahir di samping makna simbolik daripadanya (melenyapkan agama kristian).

🔘 Membunuh babi:
Kata Ibn Hajar رحمه الله: Maksudnya di sini memerintahkan dilenyapkan babi-babi, sebagai menyerlahkan ia haram dimakan. Ia juga membawa erti celaan kepada kristian yang mendakwa pengikut Nabi Isa عليه السلام kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya. (Fathul Bari 4/414).

🔘 Menghapuskan jizyah:
Ada beberapa tafsiran ulama’:
☆Kerajaan dan umat Islam ketika itu tidak memerlukan lagi jizyah kerana kekayaan melimpah ruah.
☆Tiada lagi pilihan bagi mereka untuk membayar jizyah. Sama ada mereka memeluk Islam ataupun mereka akan diperangi. Inilah yang dipilih oleh Imam Nawawi. (Syarah Sahih Muslim 2/190).

*Jizyah = cukai tambahan ke atas non muslim kerana mereka menjadi warga negara dalam negara Islam.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 2)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :<<الأنبياء إخوة لعلات ,أمهاتهم شتى ودينهم واحد وأنا أولى الناس بعيسى بن مريم ,لأنه لم يكن بيني وبينه نبي وإنه نازل ,فإذا رأيتموه فاعرفوه , رجلا مربوعا إلى الحمرة والبياض عليه ثوبان ممصران(2) كأن رأسه يقطر وإن لم يصبه بلل, فيدق الصليب, ويقتل الخنزير ,ويضع الجزية….ويدعو الناس إلى الإسلام ,فيهلك الله في زمانه الملل كلها إلا الإسلام ويهلك الله في زمانه المسيح الدجال ,وتقع الأمنة على الأرض حتى ترتع الأسود مع الإبل, والنمار مع البقر, والذئاب مع الغنم, ويلعب الصبيان بالحيات , لا تضرهم , فيمكث أربعين سنة ثم يتوفى ويصلي عليه المسلمون>

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, mafhumnya: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam عليه السلام kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya baginda akan turun. Apabila baginda turun nanti, kenalilah sifatnya, untuk mengenalinya… orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Baginda memakai dua helai pakaian yang kuning muda. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Baginda akan mematahkan salib, membunuh khinzir, menghapus jizyah. Baginda akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti baginda akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Juga membinasakan Dajjal al Masih. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga seekor singa dan unta boleh berkawan. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak mematuk mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa عليه السلام wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Tahqiq:

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 9270 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Disahihkan oleh Syaikh Syu’aib al Arnaou, muhaqqiq al Musnad, no 9270.

Dalam hadith ini, antara tugasan Nabi Isa عليه السلام ialah:

🔘 membunuh Dajjal
🔘 menegakkan hukum Allah ‎ﷻ
🔘 mengembalikan keamanan sejagat

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 3)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< فيكون عيسى ابن مريم في أمتي حكما عدلا وإماما مقسطا , يدق الصليب , ويذبح الخزير , ويضع الجزيه , ويترك الصدقة فلا يسعى على شاة ولا بعير وترفع الشحناء والتباغض وتنزع حمة كل ذات حمة حتى يدخل الوليد يده في الحية فلا تضره وتفر الوليدة (7) الأسد فلا يضرها ويكون الذئب في الغنم كأنه كلبها وتملأ الأرض من السلم كما يملأالإناء من الماء وتكون الكلمة واحدة فلا يعبد إلا الله وتضع الحرب أوزارها وتسلب قريش ملكها ويكون الأرض كفاثورالفضة تنبت نباتها بعهد أدم حتى يجتمع النفر على القطف من العنب فيشبعهم ويجتمع النفر على الرمانه فتشبعهم ويكون الثور بكذا وكذا من المال ويكون الفرس بالريهمات>

Daripada Abu Umamah al Bahili رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Isa bin Maryam عليه السلام akan menjadi Hakim dan Penguasa yang adil pada umatku, baginda akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan cukai (yang membebankan), dan mengagihkan sedekah dengan adil, tidak perlu mengusahakan ternakan kambing dan lembu, dendam kesumat akan dihapuskan, binatang berbisa juga akan lenyap sehingga tangan budak boleh dimasukkan ke dalam mulut ular, singa tidak lagi membahayakan, ternakan tidak lagi diusik oleh haiwan buas, dunia melimpah ruah dengan kedamaian, kalimat menjadi satu, tiada yang disembah melainkan Allah ‎ﷻ, tamatlah zaman perang, hilanglah penguasaan kaum Quraish, bumi menjadi seperti periuk dari perak, bumi begitu subur mengeluarkan hasilnya, setangkai anggur dapat mengenyangkan ramai orang, juga buah delima yang banyak, harga seekor lembu amat murah, dan harga seekor kuda hanya beberapa dirham sahaja.” (HR Ibn Majah, komen Dr al Areefi, hadith ini diperselisihkan)

Tahqiq al Albani, dhaif:

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الجامع
الصفحة أو الرقم: 6384 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

التخريج : أخرجه أبو داود (4322) بنحوه مختصراً، وابن ماجه (4077) باختلاف يسير.

Dhaif al Jaami’, no 6384
Tahqiq Ibn Katsier, tafsir an Nisaa’: ayat 155-159. Kata Ibn Kathier, amat gharib (dhaif) kerana semua muhaddith mutaqaddimin mendhaifkannya kerana perawi Abdul rahman bin Muhammad al Muharibi.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 4)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< طوبى لعيش بعد المسيح يؤذن للسماء في القطر ويؤذن للأرض في النبات حتى لو بذرت حبك على الصفا لنبت وحتى يمر الرجل على الأسد فلا يضره ويطأ على الحية فلا تضره ولا تشاحن ولا تحاسد ولا تباغض> رواه الديلمي في (الفردوس) حديث رقم (3943). وأشار الهندي في (كنز العمال) و المناوي في (فيض القدير)

Daripada sanad Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Berbahagialah ke atas orang yang hidup ketika turunnya Isa عليه السلام, maka lantas langit pun menurunkan hujan dan bumi kembali subur bahkan jika kamu campak biji benih ke atas batu sekalipun ia akan tumbuh. Jika seorang melintas di hadapan singa tidak memudharatkan dia dan jika seorang terpijak ular berbisa tidak juga membahayakannya; tidak ada lagi saling dendam, dengki dan kebencian (sesama manusia).” (HR ad Dailami dalam Musnad al firdaus no 3943, al Hindi dalam Kanz al Ummal, al Munawi dalam Faidhul Qadir).

Tahqiq al Albani رحمه الله:

ان الشيخ الألبانى صححه فى الصحيحة برقم 1926وفى صحيح الجامع برقم 7366

Disahihkan oleh Syaikh al Albani رحمه الله dalam silsilah al Sahihah no 1926 dan sahih al Jaami’ no 7366

Fiqh hadith:
Beradanya Isa al Masih عليه السلام di dunia, maka dunia akan kembali subur dengan pengeluaran yang banyak, manusia dan alam flora dan fauna akan kembali harmoni, dunia akan aman damai, tanpa peperangan akibat kebencian, dendam dan permusuhan antara kaum dan etnik.

 

10.2.14 Tindakan Tindakan Isa عليه السلام dan Kejadian pada zaman pemerintahannya (أعمال عيسى عليه السلام وما يقع في عصره)
(Bahagian 5)

⚖ KPI Isa al Masih عليه السلام

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< ينزل عيسى بن مريم إماما عادلا وحكما مقسطا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويرجع السلم ويتخذ السيوف مناجل وتذهب حمة كل ذات حمة وتنزل السماء رزقها وتخرج الأرض بركتها حتى يلعب الصبي بالثعبان….ويراعي الغنم الذئب فلا يضرها ويراعي الأسد البقر فلا يضرها>

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Akan turun Isa bin Maryam عليه السلام, akan menjadi Imam dan hakim yang adil, baginda akan menghancurkan salib (cross), membunuh babi, mengembalikan perdamaian, pedang pedang akan digunakan untuk pertanian, hilang bisa daripada semua haiwan berbisa, langit menurunkan rezeki (hujan), bumi mengeluarkan hasilnya. (Semua akan elok) sehingga kanak-kanak bermain ular, kambing dan lembu berdekatan dengan singa, namun semua tidak membahayakan.” (HR Ahmad)

Tahqiq:

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 10261 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al Arnaout رحمه الله, takhrij al Musnad no 10261.

Artikel sebelumnyaSIRI LA TAHZAN: Bab 201 – Semua Orang Mencari Kebahagiaan, Tetapi… (كلٌّ يبحثُ عنِ السعادةِ ولكنْ)
Artikel seterusnyaTafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-231 dan 232

Komen dan Soalan