Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Tentang Kematian Dan Jenazah

Soal Jawab: Tentang Kematian Dan Jenazah

1756
0
Iklan

๐Ÿ”ด Saya ingin bertanya berkenaan dengan jenis-jenis mati syahid.
1. Syahid dunia dan akhirat
2. Syahid akhirat
3. Syahid dunia
Saya kurang faham mengenai jenis mati syahid yang no. 3. No. 1 dan 2 saya sudah faham.

๐Ÿ”ท Nampak seperti mati syahid tetapi di akhirat tidak dapat apa-apa. Contoh: Mujahidin yang berjihad kerana ada โ€˜self- interestโ€™ (kepentingan peribadi).

 

๐Ÿ”ด Adakah seseorang meninggal dunia dalam bulan Ramadhan akan terlepas seksa kubur sehingga kiamat?
๐Ÿ”ด Adakah hanya orang-orang yang dipilih oleh Allah ๏ทป sahaja yang akan meninggal dunia pada bulan Ramadhan?
๐Ÿ”ด Adakah orang yang meninggal dunia pada hari Juma’at dalam bulan Ramadhan juga akan mendapat balasan yang sama?

๐Ÿ”ท Tidak lepas seksa kubur. Mati sememangya tidak mengira hari atau bulan. Nabi ๏ทบ wafat pada hari Isnin bukan hari Juma’at dan dalam bulan Rabiul Awal bukan bulan Ramadhan.

 

๐Ÿ”ด Jikalau kita menerima berita kematian daripada kalangan keluarga yang bukan Islam, bolehkah diucapkan sepertimana yang biasa kita ucapkan untuk orang muslim?

๐Ÿ”ท R.I.P (Rest In Peace) tidak boleh. Hanya โ€˜condolenceโ€™ (ucapan takziah).

 

๐Ÿ”ด Adakah jenazah wajib disegerakan pengurusannya? Apakah hukumnya jika jenazah ditangguhkan sehingga dua hari?

๐Ÿ”ท Boleh ditangguhkan jika ada sebab. Contohnya: Jenazah Nabi ๏ทบ ditunda tiga hari iaitu wafat pada hari Isnin dan dikebumikan pada hari Rabu. Urusan pengebumian ditunda disebabkan oleh para sahabat berada dalam keadaan keliru dan gawat untuk urusan perlantikan ketua kerajaan yang baru dan di mana harus dimakamkan jenazah baginda.

 

๐Ÿ”ด Jikalau jenazah raja/ sultan bolehkah ditunda beberapa hari untuk memberi masa kepada orang lain untuk melihat jenazah?

๐Ÿ”ท Boleh. Mufti negeri telah โ€˜endorsedโ€™ (mengesahkan). Urusan jenazah raja/ sultan diuruskan oleh mufti dan Majlis Raja-Raja. Kita tidak boleh menegur urusan golongan elit ini. Ia dibawah kawalan Akta Hasutan.

 

๐Ÿ”ด Sementara menunggu pengurusan jenazah apakah yang patut dilakukan oleh waris-waris atau orang-orang yang datang menziarahi keluarga si mati kerana tahlilan ditiadakan?

๐Ÿ”ท โ€˜Mostly technicalโ€™ (kebanyakannya urusan teknikal):
i.Urusan menggali kubur
ii.Melaporkan kematian kepada pihak polis
iii.โ€˜Contactโ€™ (hubungi) pihak pengurusan masjid- urusan mandi dan salat jenazah
iv.Mendapatkan kereta jenazah
v.Urusan membeli nasi bungkus
vi.Urusan ke bank untuk sediakan โ€˜cashโ€™ (wang tunai)
vii.Urusan memaklumkan/ berita kematian kepada sanak saudara dan sahabat handai

 

๐Ÿ”ด Benarkah selepas seorang anak yang memandikan jenazah ayahnya perlu mandi hadas besar terlebih dahulu sebelum salat jenazah?

๐Ÿ”ท

ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ู…ูŽู„ููƒู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุงู„ุดู‘ูŽูˆูŽุงุฑูุจู ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ู…ูุฎู’ุชูŽุงุฑู ุนูŽู†ู’ ุณูู‡ูŽูŠู’ู„ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุตูŽุงู„ูุญู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุบูุณู’ู„ูู‡ู ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุญูŽู…ู’ู„ูู‡ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุงุจ ุนูŽู†ู’ ุนูŽู„ููŠู‘ู ูˆูŽุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ุญูŽุฏููŠุซู ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑููˆููŠูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู…ูŽูˆู’ู‚ููˆูู‹ุง ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ูููŠ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูุบูŽุณู‘ูู„ู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูŽุนู’ุถู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูู…ู’ ุฅูุฐูŽุง ุบูŽุณู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽูŠู‘ูุชู‹ุง ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ู ูˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูŽุนู’ุถูู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ูˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุงู„ููƒู ุจู’ู†ู ุฃูŽู†ูŽุณู ุฃูŽุณู’ุชูŽุญูุจู‘ู ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุบูุณู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชู ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽุฑูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ ูˆูŽุงุฌูุจู‹ุง ูˆูŽู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงููุนููŠู‘ู ูˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏู ู…ูŽู†ู’ ุบูŽุณู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽูŠู‘ูุชู‹ุง ุฃูŽุฑู’ุฌููˆ ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ูŠูŽุฌูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ู ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ููŽุฃูŽู‚ูŽู„ู‘ู ู…ูŽุง ู‚ููŠู„ูŽ ูููŠู‡ู ูˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุณู’ุญูŽู‚ู ู„ูŽุง ุจูุฏู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑููˆููŠูŽ ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู ู…ูŽู†ู’ ุบูŽุณู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูŠู‘ูุชูŽ

Daripada Abu Hurairah: Nabi ๏ทบ bersabda, ” Setelah memandikan mayat, maka dia wajib mandi dan setelah mengangkatnya dia harus berwudhu “. (Abu Isa At-Tirmizi) berkata; Hadith semakna diriwayatkan daripada Ali dan ‘Aisyah. Abu ‘Isa berkata; Hadith Abu Hurairah merupakan hadith hasan. Hadith ini juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah secara mauquf. Para ulama berselisih pendapat mengenai orang yang memandikan mayat. Sebahagian mereka daripada kalangan sahabat Nabi ๏ทบ yang lainnya berpendapat; ‘ Jika dia memandikan mayat maka dia wajib mandi ‘. Dan sebahagian daripada mereka berpendapat; ‘ Dia hanya wajib berwudhu’ ‘. Malik bin Anas berkata; ” Saya lebih suka mandi setelah memandikan mayat, namun tidak menganggapnya wajib “. Demikian juga, pendapat Asy-Syafi’iy dan Ahmad berkata; ” Seseorang yang telah memandikan mayat, aku berharap dia tidak wajib untuk mandi, namun minima dia berwudhuโ€™ “. Ishaq berkata; ” Dia wajib berwudhuโ€™ “. (Abu Isa At-Tirmizi) berkata; Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mubarak berkata; ” Seseorang yang memandikan mayat tidak wajib baginya untuk mandi atau juga berwudhu โ€™ “. (At-Tirmizi No.914)

Status hadith:

ุนู† ุญุฏูŠุซ ุงู„ุจุงุจ ุจุฃู†ู‡ ุถุนูŠู ุŒ ู‚ุงู„ ุนู„ูŠ ุจู† ุงู„ู…ุฏูŠู†ูŠ ุŒ ูˆุฃุญู…ุฏ ุจู† ุญู†ุจู„ : ู„ุง ูŠุตุญ ููŠ ุงู„ุจุงุจ ุดูŠุก ุŒ

Mutaqaddimin seperti Ibn al-Madini dan Imam Ahmad, hadith-hadith dalam isu ini semuanya tidak sahih dan daif semuanya.

Isu yang anda kemukakan soalan itu terbalik, isu yang diperselisihkan ialah hukum mandi selepas memandikan jenazah dan mengusungnya bukan sebelum memandikan/ salat jenazah. Mandi selepas menguruskan jenazah hukumnya sunat. Tidak mandi pun tidak mengapa kerana hadithnya tidak sahih.

 

๐Ÿ”ด Benarkah air mata orang yang mencium jenazah apabila terkena kepada jenazah itu akan menyakiti jasad jenazah? Adakah sebarang riwayat berkenaan perkara ini?

๐Ÿ”ท Tiada.

 

๐Ÿ”ด Adakah khairat kematian itu bidโ€™ah?

๐Ÿ”ท Khairat kematian itu adalah takaful (Insuran islamik).

 

๐Ÿ”ด Untuk orang yang tidak mampu bagaimana? Adakah keluarga si mati perlu membayar kos pengurusan jenazah tersebut atau pihak masjid yang sepatutnya menggunakan dana daripada tabung masjid untuk tujuan tersebut?

๐Ÿ”ท InsyaAllah. Adalah caranya nanti.

 

๐Ÿ”ด Perlukah membayar upah kepada orang yang membaca talkin?

๐Ÿ”ท Bayar. Lebai sekarang tiada yang โ€˜freeโ€™ (percuma).

 

๐Ÿ”ด Bukankah jika dibayar upah bermakna dia tidak ikhlas?

๐Ÿ”ท Memang boleh menerima upah. Dikiaskan dengan guru yang mengajar Al-Qurโ€™an atau KAFA (Kelas Al-Qurโ€™an Dan Fardhu Ain). Boleh mengambil upah untuk memandikan mayat. Di Kelantan, salat jenazah pun diupah RM10 seorang.

 

๐Ÿ”ด Adakah pernah diajar tentang pengurusan jenazah dari awal hingga akhir yang mematuhi sunnah di dalam bilik ini? Talkin susah hendak dielakkan. Jika dapat mengelak tahlilan sudah memadai.

๐Ÿ”ท Belum pernah kerana bab pengurusan jenazah ini tajuk satu kitab. Kitab terbaik adalah Ahkam al Janaiz oleh Syeikh al-Albani. Talkin dan tahlilan itu satu pakej yang standard kecuali anda mempunyai โ€˜powerโ€™ (kuasa) dalam โ€˜familyโ€™ (keluarga) anda untuk mencegahnya. Paling kurang anda kenalah setaraf ustaz untuk berdepan dengan tuan imam masjid kariah anda kerana dia sudah bersiap sedia untuk membaca talkin dan hendak makan kenduri arwah.

 

๐Ÿ”ด Apakah status hadith ini?
โ€œ Daripada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada โ€˜Aisyah bahawa beliau telah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang yang sakit dan orang yang bersedih atas kematian seseorang. Beliau berkata: ” Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda, ” Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan “. ”

๐Ÿ”ท Bukhari memang paling sahih.

ูุฅู†ูŠ ุณู…ุนุชู ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ูŽู‘ู…ูŽ ูŠู‚ูˆู„ :ุงู„ุชู„ุจูŠู†ุฉู ู…ูุฌู…ุฉูŒ ู„ูุคุงุฏู ุงู„ู…ุฑูŠุถูุŒ ุชุฐู‡ุจ ุจุจุนุถู ุงู„ุญุฒู†ู

โ€œSesungguhnya aku (โ€˜Aisyah) pernah mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda: “Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian rasa sedih.” โ€ (HR Bukhari-Muslim)

Ini dinamakan sunnah Jibliyah. Sunnah yang berkaitan dengan budaya Arab 1400 tahun dahulu. Sunnah Jibliyah ini berubah mengikut tempat dan masa. Maksudnya, bubur talbinah (bubur gandum) adalah makanan yang dapat memberi kesukaan dan ketenangan kepada orang Arab yang telah ditimpa musibah.

Ia mungkin tidak sesuai dengan budaya Melayu. Jika ada โ€˜familyโ€™ (keluarga) kita yang kematian perlulah disesuaikan dengan budaya kita. Apakah makanan yang dapat mengurangkan kesedihan mereka? Mungkin laksa, mungkin โ€˜spaghettiโ€™ (sejenis mi dari Itali), mungkin serawa durian atau mee soto. Amalan di Malaysia, โ€˜tok lebaiโ€™ telah mentakwil bubur talbinah ini supaya diganti dengan kenduri doa selamat untuk arwah. Antara sebab utama kenduri dan jamuan ialah untuk menyukakan/ mengembirakan keluarga si mati. Daripada sunnah Jibliyah bertukar menjadi bid’ah pula.

 

๐Ÿ”ด Merujuk semula kepada hadith di atas, adakah penyediaan bubur talbinah disebabkan oleh budaya masyarakat setempat atau kerana khasiat talbinah itu sendiri dapat mengurangkan rasa sedih?

Jika sekarang ditanyakan kepada orang Arab Saudi, mereka tidak tahu apakah bubur talbinah. Resepi juga telah tiada. Begitu juga dengan khasiat habbatus sauda mereka pun tidak tahu. Ini isu Jibliyah atau budaya. Kita perlu mengkaji apakah makanan yang sesuai untuk orang yang sedang sakit dan orang yang menghadapi kematian anggota keluarga. Apakah makanan pesakit itu suka, apakah makanan yang digemari oleh โ€˜familyโ€™ tersebut. Contoh: Pesakit A jika sakit dia suka makan bubur nasi dengan ikan bilis. Ada โ€˜familyโ€™ A, makanan kesukaan mereka ialah laksa utara. Oleh itu, jika ada kematian dalam โ€˜familyโ€™ A, maka ada jiran yang akan membuat laksa dan mengirimkan kepada mereka.

Talbinah itu bubur gandum beserta madu yang โ€˜famousโ€™ (terkenal) pada zaman Nabi ๏ทบ. Jika orang Arab mendapat bubur talbinah ini mereka berasa sangat suka. Satu perkara lagi, orang Arab paling suka air sejuk mineral di dalam botol jika musim panas mencecah 44โ„ƒ.

Orang yang menjual agama pula akan mengambil kesempatan atas nama “makanan sunnah”. Mereka akan memasarkan bubur talbinah dengan โ€˜taglineโ€™ (slogan iklan) “MAKANAN SUNNAH-UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT DAN KESEDIHAN”. Ini tidak boleh. Ia adalah kes “menjual agama”.

Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ menjelaskan;

ุทุนุงู… ูŠุชุฎุฐ ู…ู† ุฏู‚ูŠู‚ ุฃูˆ ู†ุฎุงู„ุฉ ุŒ ูˆุฑุจู…ุง ุฌูุนู„ ููŠู‡ุง ุนุณู„ ุŒ ุณู…ูŠุช ุจุฐู„ูƒ ู„ุดุจู‡ู‡ุง ุจุงู„ู„ุจู† ููŠ ุงู„ุจูŠุงุถ ูˆุงู„ุฑู‚ุฉ ุŒ ูˆุงู„ู†ุงูุน ู…ู†ู‡ ู…ุง ูƒุงู† ุฑู‚ูŠู‚ุงู‹ ู†ุถูŠุฌุงู‹ ุŒ ู„ุง ุบู„ูŠุธุงู‹ ู†ูŠุฆุงู‹ โ€

โ€œMakanan yang dibuat daripada tepung (gandum) atau dedak tepung terkadang ditambahkan dengan madu. Dinamakan talbinah kerana mirip dengan susu, warnanya putih dan lembut. Bermanfaat bagi tubuh dan lembut serta matang, tidak keras lagi mentah.โ€œ

Menurut Ibn Hajar pula ia adalah daripada tepung gandum.

Yang penting ia adalah โ€˜porridgeโ€™ atau bubur. Di Malaysia, berkaitan dengan makanan orang sakit ini biasanya bubur nasi, bubur โ€˜oatโ€™ (gandum), ada juga bubur pulut hitam. Perlu dilihat budaya juga. Jika bulan Ramadhan ada pula bubur lambuk.

Oleh kerana itulah dinamakan sunnah Jibliyah. Ia โ€˜relevanโ€™ (terkait) untuk suatu zaman, untuk kabilah dan untuk orang Arab.

 

 

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan