Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.13 al Masih al Dajjal

TBK 10.1.13 al Masih al Dajjal

96
0
Iklan

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.13 Dajjal mempengaruhi dunia dengan pantas sekali.

سرعة الاعور الدجال في الارض

Dajjal dapat menguasai dunia dengan cepat.

Dalil hadith Nawwas رضي الله عنه:

سئل صلى الله عليه وسلم عن إسراع الدجال في الأرض فقال:«كالغيث استدبرته الريح
(رواه مسلم)

Terjemahan:

“Kami bertanya wahai Rasulullah ﷺ, bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi ﷺ menjawab, kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang (seperti taufan atau tornado).”
(HR Muslim no 2937, perawi akhir Nawwas bin Sam’an رضي الله عنه)

Dalil hadith Jabir رضي الله عنه:

والمعنى: أن الدجال يسرع في الأرض يتجول في الأقطار الأرض كلها :عن جابر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«يخرج الدجال في خفة من الدين وإدبار من العلم وله أربعون وما يسيحها (2) اليوم منها كالسنة واليوم كالشهر واليوم كالجمعة ثم سائر أيامه مثل أيامكم وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه اربعون ذاعا يأتي الناس فيقول :أنا ربكم وإن ربكم ليس بأعور مكتوب بين عينيه(ك ف ر)يقرأه كل مؤمن كاتب وغير كاتب يمر بكل ماء ومنهل إلا المدينة ومكة حرمهما الله عليه وقامت الملائكة بأبوابهما
(رواه أحمد والحاكم في المستدرك وصححه وقال الهيثمي في مجمع الزوائد “رواه أحمد بإسنادين رجال أحدهما رجال الصحيح)

Terjemahan:
“Dajjal akan muncul ketika agama diabaikan dan ilmu mengalami kemunduran. Selama empat puluh malam ia mengembara ke segenap penjuru bumi. Sehari seperti satu tahun, dan ada yang seperti satu bulan, dan ada yang seperti satu minggu, kemudian seluruh hari-harinya seperti hari-hari kamu. Ia memiliki keldai yang ditungganginya. Jarak antara kedua telinganya empat puluh lengan. Ia berkata kepada umat manusia: “Aku adalah Rabb atau tuhan kalian.” Ia adalah makhluk yang buta sebelah matanya, sedangkan Tuhan kalian tidak buta sebelah mata. Di antara kedua matanya tertulis kata “kafir” (kaf fa raa) yang dapat dibaca oleh orang mukmin yang mengerti membaca, menulis atau tidak. Ia mendatangi setiap air dan sumbernya, selain Madinah dan Mekah, dan para malaikat berjaga-jaga di kedua-dua pintu gerbangnya…” menurut
Dr al Areefi, HR Ahmad dan al Haakim, disahihkan olehnya dan disepakati az-Zahabi.

Tahqiq hadith:
al Haithami mensahihkannya
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/346 | خلاصة حكم المحدث : [روي] بإسنادين رجال أحدهما رجال الصحيح‌‏

Syeikh al-Albani رحمه الله menilainya dhaif
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 1969 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Syarah:
Daripada dua hadith ini Dajjal dapat mempengaruhi dunia dengan media dalam sekelip mata. kita sudah dapat menyaksikan sekarang, bila sudah ditularkan, maka ia akan pantas sekali merebak melalui FaceBook, Youtube, Twitter dan Whatsapp.

Maka jika ditakwil hadith di atas dengan pengaruh media sosial sekarang, maka logiklah pengaruh Dajjal akan mudah ditularkan dan mempengaruhi manusia.
Artikel sebelumnyaAsma’ul Husna: Tauhid
Artikel seterusnyaTalbis Iblis: Sentiasa Rasa Selamat Walaupun Berbuat Dosa

Komen dan Soalan