Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Soal Jawab: Fiqh Asasi

Soal Jawab: Fiqh Asasi

134
0
Iklan

☘️SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Adakah sunat jika tidak mengelap badan menggunakan tuala?

🔵 Ia perkara harus sahaja. Mengikut pilihan kita sendiri. Tiada sunat antara salah satu.

Ada orang kesejukan. Maka dia mengelap badannya.

Ada orang hari itu dia nak sejukkan badan dia, maka dia biarkan air itu kering sendiri.

2. Adakah perlu memasukkan air ke dalam telinga?

🔵 Tidak perlu.

3. Adakah meratakan air ke seluruh tubuh badan itu hanya dilakukan sekali sahaja?

🔵 Ya, hanya sekali sahaja.

4. Adakah kiraan satu sha’ itu seperti kiraan satu gayung?

🔵 Berapa pula kadar satu sha’ itu? Huraian mengenai had air yang digunakan oleh Rasulullah ‎ﷺ ketika mandi junub sebagaimana yang dinyatakan di dalam Mu’jam Lughah al-Fuqaha, muka surat 33.

1 faraq = 3 sha’ (gantang)
1 sha’ = 5.6 liter
3 sha’ = 16 rathol
1 rathol = lebih kurang 1 liter
16 rathol = 16 liter air
1 maquq 4.125 liter (mengikut selain mazhab Hanafi)
5 maquq = 20.625 (mengikut selain mazhab Hanafi)
1 mud = 2 liter

5. Kalau perempuan yang memakai subang, perlukah memasukkan air ke dalam lubang subang telinga itu?

🔵 Tidak perlu. Bahagian luar sahaja.

6. Manakah cara yang lebih afdhal ketika mandi? Adakah lebih afdal ketika mandi menggunakan paip atau mengikut kiraan sha?

🔵 Tiada yang lebih afdhal antara satu atas lainnya. Yang hendak diberitahu adalah jangan berasa kena mandi menggunakan air yang banyak. Air yang sedikit pun sudah cukup.

7. Bagaimana pula dengan mereka yang memakai cincin? Adakah perlu menanggalkan cincin tersebut?

🔵 Tidak perlu tanggalkan cincin itu. Asalkan ia longgar dan boleh diselak sedikit supaya air akan terkena pada bahagian kulit.

8. Adakah Rasulullah ‎ﷺ berdiri atau mencangkung semasa mandi?

🔵 Saya tidak tahu.

9. Adakah boleh berwudhu’ selepas mandi wajib?

🔵 Boleh tetapi tidak perlu.

10. Kenapakah perlu menggosok tangan pada dinding dan tanah?

🔵 Dinding rumah pada zaman tersebut diperbuat daripada tanah. Maka, menggosok tangan ke dinding atau tanah adalah seperti membersihkan tangan dengan sabun.

11. Adakah pada zaman Rasullullah ‎ﷺ mempunyai krisis untuk mendapatkan air?

🔵 Ya, pada zaman dahulu memang ada krisis untuk mendapatkan air. Kebiasaannya mereka akan gunakan sumur atau telaga. Tambahan lagi, di kawasan yang gersang dan kering memang susah untuk mendapatkan air.

12. Adakah sunat berkumur dan istinsyaq ketika mandi wajib?

🔵 Ya, sunat. Maka perlu dilakukan.

13. Adakah perlu mencurahkan air ke kepala sebanyak tiga kali juga?

🔵 Ya. Sunat dilakukan tiga kali.

14. Adakah dibolehkan untuk tidak menghirup air ke dalam lubang hidung kerana rasa sakit?

🔵 Ia boleh diperbaiki keadaan tersebut. Ini adalah kerana teknik yang salah semasa istinsyaq. Perkara ini tidak diterapkan semasa di sekolah.

Ia sebenarnya tidak menyakitkan. Jika ia menyakitkan, sudah tentu tidak syariatkan untuk dilakukan.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan