Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Ramadhan: Amalan khatam Al-Quran

Ramadhan: Amalan khatam Al-Quran

477
0
Iklan

๐Ÿ“šโœ

๐Ÿ”ด Sahihkah Imam Asy Syafi’iy rhm mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali di bulan Ramadhan?

โœ…

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงููุนููŠู‘ู ูŠูŽุฎู’ุชูู…ู ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูููŠ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุณูุชู‘ููŠู’ู†ูŽ ุฎูŽุชู’ู…ูŽุฉู‹

โ€œImam Asy Syafiโ€™i rhm biasa mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan sebanyak 60 kaliโ€
Ditambahkan oleh Ibnu Abi Hatim bahawa khataman tersebut dilakukan di dalam solat.
(Siyar Aโ€™lam An-Nubalaโ€™, 10: 36).

Ini menjelaskan Imam Asy Syafiโ€™i rhm mengkhatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari.

๐Ÿ”ด Bagi orang awam pula, bagaimana kaedah mengkhatamkan Al-Quran sesuai sunnah?

โœ…
Panduan dari sunnah berkaitan mengkhatamkan Al-Quran.

Mengkhatamkan Al-Quran dalam masa seminggu sekali sahaja.

Dalil hadith:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ุงู‚ู’ุฑูŽุฅู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูููŠ ุดูŽู‡ู’ุฑู. ู‚ูู„ู’ุชู: ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุฌูุฏู ู‚ููˆูŽู‘ุฉู‹ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ู‡ู ูููŠ ุณูŽุจู’ุนู ุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุฒูุฏู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ

Terjemahan:
โ€˜Abdullah bin โ€˜Amru ra berkata, Rasulullah saw bersabda: “Bacalah (khatamlah) Al-Quran dalam masa sebulan. saya menjawab: Sesungguhnya saya mampu (lebih daripada itu) sehinggalah baginda berkata: (khatamlah al-Quran) dalam masa seminggu, jangan engkau tambah melebihi itu”
(Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadith no: 5054)

Mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 3 hari.

Dalil hadith:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุŒ ุฃูŽู†ู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‹ู‘ู…ูŽ ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : โ€ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ู’ ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูููŠ ุฃูŽู‚ูŽู„ูŽู‘ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงุซู

Terjemahan:
โ€˜Abdullah bin โ€˜Amru meriwayatkan Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan mendapat kefahaman sesiapa yang membaca (khatam) Al-Quran kurang daripada tiga hari”
(Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Qiraat, Hadis no: 2949, menurut Imam Abu Isa rhm: hadith ini hasan sahih)

Maka, petunjuk dari as-sunnah, Nabi SAW dengan jelas menyebut dalam masa ketiga hingga ketujuh hari untuk mengkhatamkan Al-Quran.

Mana-mana sahabat atau tabi’in yang mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari, ianya tidak patut di contohi atau di ikuti.

Contoh:
Imam Asy Syafi’iy mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali sehari.

Sekiranya berlaku perselisihan atau kekeliruan, ikutilah saranan dari Nabi SAW iaitu anjuran kembali kepada as-sunnah.
Barang siapa yang berbuat melebihi anjuran daripada Nabi SAW, boleh dikatakan tidak ittiba’ terhadap Nabi SAW.

Siapa yang kita perlu ikuti, Nabi SAW atau pun Imam Mazhab?

Kaedah Emas:
Amalan sedikit tetapi berterusan.

Dalil hadith:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุŒ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ุŒ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุตูู…ู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ู‡ู’ุฑู ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉูŽ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู .ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูุทููŠู‚ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ููŽู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ :ุตูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ูˆูŽุฃูŽูู’ุทูุฑู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู‚ู’ุฑูŽุฅู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูููŠ ุดูŽู‡ู’ุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูุทููŠู‚ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ููŽู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูููŠ ุซูŽู„ุงูŽุซู

Terjemahan:
โ€˜Abdullah bin โ€˜Amru ra, meriwayatkan Nabi SAW bersabda:
“Puasalah setiap bulan tiga hari. โ€˜Abdullah menjawab: Aku mampu melakukan lebih daripada itu. Hal itu berterusan sehinggalah baginda berkata: Puasalah sehari, dan tidak berpuasa sehari. Lalu baginda berkata pula: Bacalah (khatamlah) Al-Quran dalam masa sebulan. โ€˜Abdullah menjawab: Aku mampu melakukan lebih daripada itu. Hal itu berterusan sehingga baginda berkata (khatamlah al-Quran) dalam masa tiga hari”
(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, Hadith no: 1978)

Amalan sedikit tetapi berterusan:

1. Berpuasa sunat, 3 hari dalam satu bulan.

2. Mengkhatamkan Al-Qur
an, dalam satu bulan sekali sahaja.

Ulasan:
Amalan inilah yang terbaik. Sedikit tetapi konsisten untuk umat Nabi Muhammad SAW.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan