Utama Tazkirah Admin Mukmin Bukan Seorang Pelaknat, Pencela….

Mukmin Bukan Seorang Pelaknat, Pencela….

235
0
Iklan

Channel Tazkirah Harian UiTO:
๐ŸšฆLentera Wahyu 4โƒฃ0โƒฃ

โœ‹ Bukan Merupakan Akhlak Mukmin

โ˜๏ธDari Abdullah bin Masโ€™ud radhiyallahu โ€˜anhu, Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda,

ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ุทูŽู‘ุนูŽู‘ุงู†ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ุนูŽู‘ุงู†ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ููŽุงุญูุดู ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุจูŽุฐููŠุก
ู

๐Ÿ—ฃโ€œSeorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berkata keji, dan suka berkata kasar.โ€

๐Ÿ“– [Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bukhary dalam Al-Adab Al-Mufrad, At-Tirmidzy dan Al-Hakim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albany dan Syaikh Muqbil.]

#lentera_wahyu

Join channel telegram
๐ŸŒ https://goo.gl/8TGjRf

Panel: BroSyarief

CAKAP LAIN, BUAT LAIN!

Dari Urwah ibn Zubayr radhiyalLaahu ‘anha, beliau meriwayatkan bahawa,

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽุŒ ุฃูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽุชู’ู‡ู: ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุฐูŽู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ:

‘Aisyah radhiyalLaahu ‘anha dahulu memberitahunya:

Pernah seorang lelaki meminta izin untuk bertemu RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Lalu baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata:

ุงุฆู’ุฐูŽู†ููˆุง ู„ูŽู‡ูุŒ ููŽุจูุฆู’ุณูŽ ุงุจู’ู†ู ุงู„ุนูŽุดููŠุฑูŽุฉู – ุฃูŽูˆู’ ุจูุฆู’ุณูŽ ุฃูŽุฎููˆ ุงู„ุนูŽุดููŠุฑูŽุฉู –

Izinkan dia masuk. Sungguh dia adalah seburuk-buruk orang bagi keluarganya.

ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุฃูŽู„ุงูŽู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุงู„ูƒูŽู„ุงูŽู…ูŽ

Apabila lelaki itu masuk, Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam melembutkan bicaranya kepada orang tersebut.

ููŽู‚ูู„ู’ุชู ู„ูŽู‡ู: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ู‚ูู„ู’ุชูŽ ู…ูŽุง ู‚ูู„ู’ุชูŽุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฃูŽู„ูŽู†ู’ุชูŽ ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุงู„ู‚ูŽูˆู’ู„ูุŸ

Lalu aku tanyakan kepadanya:

Wahai RasululLah, tadi engkau mengatakan (tentang orang itu) apa yang telah engkau katakan (bahawa dia itu seburuk-buruk orang), tetapi kemudian engkau berlembut kepadanya?

ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูŠู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽ ุดูŽุฑู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ูŽุฉู‹ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุฑูŽูƒูŽู‡ู – ุฃูŽูˆู’ ูˆูŽุฏูŽุนูŽู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู – ุงุชู‘ูู‚ูŽุงุกูŽ ููุญู’ุดูู‡ู

Wahai Aisyah, sesungguhnya kedudukan paling buruk bagi manusia di sisi Allah adalah orang yang manusia meninggalkannya atau menjauhinya, kepada menghindari kejahatannya.

[HR al-Bukhari & Muslim] #BSS

BroSyarief kongsikan beberapa manfaat dari hadits di atas:

01 Imam al-Bukhari meletakkan hadits ini di bawah bab ‘Bersikap lembut kepada manusia’ menunjukkan pengajaran utama hadits ini adalah supaya kita sentiasa bersikap lembut dan manis kepada sesama manusia. #BSS

02 Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan keburukan lelaki tersebut sebagai tanda bahawa dia memang terkenal dengan kejahatannya, dan menyebutkan kejahatan seseorang itu dibolehkan sebagai peringatan kepada orang lain.

03 Jangan melampau dan berlebihan ketika mengkritik atau menyebut keburukan orang. Lihat kepada pendek dan umumnya ungkapan Nabi sallalLaahu wa sallam tentang orang tersebut. Maka kata-kata sebegini tak termasuk dalam bab mengumpat yang dilarang. #BSS

04 Walaupun orang itu diiktiraf sebagai jahat, tetapi dia juga manusia yang berhak dilayani sebagaimana orang lain dilayani, walaupun kepada non-muslim, terutama apabila mereka dalam keadaan sangat memerlukan.

05 Apatah lagi, jika sesama muslim, maka lebih berhak untuk dipenuhi hak mereka untuk diberikan salam, dihormati, dibantu dan sebagainya; walaupun mereka biasanya dijauhi kerana sikap buruk mereka. #BSS

06 Ini membantu mengambalikan hakikat praktis Islam sebagai agama yang menganjurkan kebaikan dan sedikit sebanyak dapat membuka ruang harapan untuk mereka berubah menjadi baik kerana melihat contoh kebaikan dari orang lain.

07 Kebencian kepada kejahatan dan keburukan perbuatan atau sikap seseorang tidak menjadikan kita boleh mengabaikan hak-hak sesama manusia dan sesama muslim, kerana hak-hak itu adalah tanggungjawab dari Allah, dilakukan hanya kerana Allah dan diberi ganjaran hanya oleh Allah.

walLaahu a’lam

#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุง
#BroSyariefShares

Channel Tazkirah Harian UiTO:

Ilmu dan rasa takut kepada Allah

Ketika ilmu mengabarkan kepada mereka tentang kebenaran dan ternyata hawa nafsunya tidak menyukainya maka dia pun lebih mengutamakan selera hawa nafsunya dan mencampakkan ilmunya. Inilah bencana yang menimpa golongan orang yang berilmu!

Oleh sebab itu Abdullah bin Masโ€™ud radhiyallahuโ€™anhu berkata, โ€œBukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, akan tetapi hakekat ilmu itu adalah khas-yah/rasa takut kepada Allah.โ€ (Al-Fawaโ€™id, hal. 142).

Beliau juga mengatakan, โ€œCukuplah rasa takut kepada Allah bukti keilmuan, dan cukuplah ketertipuan diri karena kemurahan Allah sebagai bentuk kebodohan.โ€

(Al-Iman karya Ibnu Taimiyah, takhrij al-Albani, hal. 22)

Komen dan Soalan