Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Kisah Tentera Bergajah: Antara Fakta Yang Menghairankan

Kisah Tentera Bergajah: Antara Fakta Yang Menghairankan

112
0
Tempat tentera dihimpunkan

Panel: Ustaz Azril @ Abu Qais

1. Tentera bergajah yang merancang untuk melanggar Kaabah itu berasal dari Habshah. Menyeberang Laut Merah sejauh kira kira 100 km dan bergerak dari Najran ke Muzdalifah kira kira 800 km.

Ketika baginda ﷺ berusia 6-7 bulan dalam kandungan ibu baginda.

Soalan:

100KM?! Berapa bulan baru sampai mekah dengan gajah tu

Ustaz Azril @ Abu Qais:
100 km baru nak seberang laut, nak sampai ke Mekah keseluruhan kira kira 1200 km jika ikut laluan moden sekarang.. jaman dulu tak tahu la laluan nya bagaimana.. tiada catatan berapa hari sampainya.

Usaha manusia yang begitu rapi mengambil masa yang lama.. tidak dapat merubah ketetapan Allah Subhanahu wa ta’ala

13 atau 9 ekor gajah tidak dapat bergerak maju walau setapak setelah sampai di Muzdalifah

Soalan 2:
Kenapa pergi ke muzdalifah dulu padahal nak serangnyà Mekah?

Ustaz Azril @ Abu Qais:
Ianya kawasan padang yang luas untuk memuatkan 60,000 tentera dan kelengkapan.

Ada beberapa riwayat dimana gajah itu menderum

Lembah Muhassir mengikut riwayat Ibn Ishak, tempat gajah menderum (berhenti bergerak)

Soalan 3:
Ada dinyatakan sebabnya ustaz? Sebab gajah tu penat atau memang petanda ia enggan menyerang?

Ustaz Azril @ Abu Qais:
Ada sesuatu yang mengarahkan gajah supaya berhenti melangkah.

Fakta fakta yang menghairankan dalam Sirah Nabawiyyah oleh Abu Qais

Komen dan Soalan