Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Jom Sebarkan Salam

Jom Sebarkan Salam

728
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 8 Rabiulawal 1437H~

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”
[Surah an-Nisa’ 86]

#Antara adab yang dianjurkan oleh Islam ialah melazimkan ucapan salam.

#Sabda Nabi saw:
Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang bilamana kamu kerjakan, maka kamu akan saling mencintai, sebarkan salam di antara kamu(HR Muslim)

#Hal ehwal salam:

1. Mengucapkan salam itu sunat dan menjawabnya adalah wajib (HR Muslim)
2. Cara menjawab salam disesuaikan dengan salam yang diucapkan atau dijawab dengan lebih baik. (An-Nisak 86)
3. Sunat mengucapkan dan menjawab salam dengan suara yang kuat (HR al-Bukhari, al-Azkar dan Zaadul Ma’ad)
4. Sunat ucap salam kepada semua Muslim samada kenal atau tidak (HR al-Bukhari)
5. Sunat orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai dan yang lebih muda kepada yang lebih tua (HR al-Bukhari, lihat Fathul Bari)
6. Sunat ucap salam sebelum meninggalkan majlis, forum, ceramah (HR Abu Dawud)
7. Makruh mengucapkan salam sesama makmum semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung (HR al-Bukhari, Fatwa Lajnah Daimah)
8. Dilarang ucap salam kepada Yahudi dan Nasrani (HR Muslim)
9. Dianjurkan ucap salam kepada kanak-kanak (HR Muslim)

#Daripada sebut hello, good morning afternoon, night, hai, bye dan macam-macam lagi ungkapan manusia pada hari ni lebih baik ucapkan assalamualaikum. Al-Quran anjurkan kita ucapkan ucapan yang baik-baik seperti ucapan salam.

Jom sebar-sebarkan salam sesama muslim samada kenal atau tidak. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan