Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat SOALJAWAB MENGENAI KESALAHAN DALAM SOLAT / 2

SOALJAWAB MENGENAI KESALAHAN DALAM SOLAT / 2

146
0
Iklan
SOALAN
Adakah boleh menggabungkan antara doa iftitah sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam An Nawawi rahimahullah di dalam kitab Al Adzkar (1/107) iaitu disunnahkan menggabung beberapa doa istiftah dalam solat yang sendirian?
Adakah dibolehkan mengambil sebahagian sahaja doa iftitahnya (bukan bacaan penuh 1 lafaz) atau mengambil sebahagian dan digabungkan beberapa seperti  di bawah yang diajarkan guru agama:

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ

حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ.


JAWAPAN SYEIKH THTL

Boleh menggabungkan doa istiftah tersebut menurut fatwa Arab Saudi, fatwa Imam an Nawawi rahimahullah dan fatwa Dr Abdullah al Faqeeh

فإن من أهل العلم من يرى استحباب الجمع بين الأدعية المأثورة، ومن ذلك دعاء الاستفتاح، وعلى هذا القول فلا مانع من الجمع بين الصيغ الواردة في دعاء الاسفتاح في الصلاة، إلا إذا كان المصلي إماما فلا يشرع له ما يشق على المأمومين..

Di antara ulama ada yang berpendapat sunahnya menggabungkan doa dan zikir-zikir mathur, di antaranya doa istiftah. Atas dasar ini, tidak ada larangan menggabungkan beberapa bentuk kalimat doa dalam istiftah solat, hanya saja bagi imam tidak disyariatkan hal itu agar tidak memberatkan makmum.
(Fatwa Syabakah)

Komen dan Soalan