Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 15

31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 15

265
0
Iklan

Hadith 15

1. Hadith Jabir bin Samurah

15/ عن جابر بن سمرة رضي الله عنه قال:”دخلت مع اأبي على النبي صلى الله عليه وسلم فسمعته يقول :«إن من هذا الآمر لا ينقضي حتى يمضي فيهم اثنا عشر خليفة»قال:ثم تكلم بكلام خفي علي فقلت لأبي :ما قال؟ قال:«كلهم من قريش> رواه البخاري (رقم/7222) ومسلم واللفظ له (رقم/1821).

Terj:Aku bersama ayahku datang kepada Nabi saw, lalu aku mendengar beliau bersabda: “Sungguh persoalan ini tidak akan selesai sehingga berada di bawah pimpinan 12 Khalifah.” Kemudian beliau mengucapkan suatu kalimat yang tidak jelas bagiku. Kemudian aku bertanya kepada ayahku tentang apa yang diucapkan oleh beliau. Ayahku berkata bahwa Nabi saw bersabda: “semuanya dari Quraisy.”
(HR Bukhari no 7222 dan Muslim 1821)

 

قال ابن كثير :”وهذا الحديث فيه دلالة على أنه لا بد من وجود اثنا عشر خليفة عادلا وليسوا هم بأئمة الشيعة الاثني عشر فإن كثيرا من أولئك لم يكن إليهم من الأمر شيء فأما هؤلاء فإنهم يكونون من قريش يلون فيعدلون” تفسير ابن كثير (6/78)

Terj:Berkata Ibn Katsier, “maka pasti akan wujud 12 Khalifah yang adil dan yang pasti ia bukan 12 imam Syiah sebab ia tidak memenuhi kriteria yang dimaksudkan. Adapun 12 Khalifah di sisi ASWJ ialah dari Quraish. Selepas mereka menjadi Khalifah mereka melimpahkan bumi dengan keadilan.
(Tafsir Ibn Katsir, 6:7)

 

2. Hadith Jabir bin Samurah

Pendapat Qadli Iyadh (wafat 544H) berikut:

لعل المراد بالاثني عشر في هذه الأحاديث وما شابهها أنهم يكونون في مدة عزة الخلافة، وقوة الإسلام، واستقامة أموره، والاجتماع على من يقوم بالخلافة، وقد وجد هذا فيمن اجتمع عليه الناس إلى أن اضطرب أمر بني أمية ووقعت بينهم الفتنة زمن الوليد بن يزيد، فاتصلت بينهم إلى أن قامت الدولة العباسية، فاستأصلوا أمرهم.

“Barangkali maksud dua belas imam (Khalifah) di dalam hadits-hadits itu dan yang sejenis adalah, bahawa mereka itu berada dalam puncak kejayaan Khilafah, dan puncak kejayaan Islam, serta mulus dan lurusnya perjalanan Islam, serta kesepakatan orang-orang di masa itu atas kepemimpinan Khalifah tersebut. Sebab, memang ada masa di mana manusia sepakat atas kepemimpinan mereka, hingga datanglah satu masa di mana kekuasaan Bani Umayyah mulai goyah, yakni di masa al-Walid bin Yazid hingga terjadilah kegoncangan sampai akhirnya berdirilah Daulah ‘Abbasiyyah, dan mereka mengikis semua kekuasaan Bani Umayyah.”

(as-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa’, hal. 15, Maktabah Syamilah)

Imam Syuyuti (w. 911H) kemudian menyenaraikan 12 Khalifah tersebut:

1. Abu Bakar Assiddiq ra

2. Umar al-Khattab ra

3. Uthman al-Affan ra

4. Ali bin Abi Thalib ra

5. al-Hasan bin Ali ra

6. Mu’awiyah bin Abu Sufyan ra

7. Abdullah bin Zubair ra

8. Umar bin Abdul Aziz dari Bani Ummayah ra

9. al-Muhtadhi dari Bani Abbasiah rh

10. ath-Thahir dari bani Abbasiah rh

11 dan 12 masih belum muncul, manakala yang ke 12 adalah al-Mahdi.

Demikian kata Imam Syuyuti.

Komen dan Soalan