Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 14

31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 14

54
0

Syarah Kitab Nihayatul Alam, karya Prof al-Areefi Riyadh, KSA)

Hadith 14

Hadith Jabir ra,

14/ عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة فينزل عيسى ابن مريم فيقول أميرهم :تعال صل لنا .فيقول :لا إن بعضكم على بعض أمراء ,تكرمة الله هذه الأمة (رواه أحمد في المسند (3/384) ومسلم(2/193))

Terj:”Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku berjuang di atas kebenaran, mereka akan tetap ada sampai Hari Kiamat. Kemudian (penyudahnya) lalu ‘Isa bin Maryam AS turun, pemimpin mereka berkata, ‘Kemarilah, solatlah mengimami kami’. Lalu beliau (‘Isa) berkata, ‘Tidak, sesungguhnya sebahagian dari kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada umat ini”
(Sahih Muslim, kitab al-Iman, bab Nuzuulu ‘Isa bin Maryam (2:193-194)
Syarah an-Nawawi))

والمقصود هنا أيضا المهدي إمامهم في الصلاة

Maksudnya al-Mahdi adalah juga Imam solat umat Islam ketika itu.

فائدة:
صلاة عيسى عليه السلام خلف المهدي لا يعني أن المهدي أفضل من عيسى عليه السلام فقد صلى النبي محمد صلى الله عليه وسلم خلف أبي بكر رضي الله عنه في مرضه الذي مات فيه (1) وصلى خلف عبد الرحمن بن عوف (2)
فيصلي عيسى عليه السلام خلف رجل من أمة محمد صلى الله عليه وسلم ليظهر أنه نزل تابعا لمحمد صلى الله عليه وسلم حاكما بشرعة ثم بعد ذلك يقتدس المهدي بعيسى عليه السلام ويكون من ضمن جنوده
ة——————————————-
(1) رواه الترمذي صحيح
(2) رواه الشافعي في مسنده ورواه مسلم في الصحيحة

 

Terj: Fiqh Hadith Isa solat di belakang al-Mahdi
1. Solatnya Nabi Isa as di belakang al-Mahdi bukan bermaksud al-Mahdi lebih unggul dari Nabi Isa as. Ia sama kes dengan Nabi SAW pernah solat di belakang Abu Bakar ketika beliau sakit keras yang membawa kepada kewafatannya (HR Termizi, sahih).
Juga pernah solat di belakang Abdul Rahman bin Auf
(HR Muslim dan Musnad asy-Syafi’iy).
2. Solatnya Nabi Isa as di belakang imam dari umat Muhammad SAW menjadi bukti baginda turun dengan mengikuti Muhammad SAW jua, bersyariat dengan syariat Nabi Muhammad SAW.
3. al-Mahdi pada hakikatnya akan menjadi pengikut Nabi Isa as dan menjadi tenteranya.

Komen dan Soalan