Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 12 dan 13

31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 12 dan 13

23
0

1. Hadith 12

Hadith Abu Hurairah ra,
يُبايِعُ لرجلٍ بين الركنِ و المقامِ ، و لن يستحلَّ البيتَ إلا أهلُه ، فإذا استحلُّوهُ فلا تسأل عن هلكةِ العربِ ، ثم تأتي الحبشةُ فيُخرِّبونَه خرابًا لا يعمُرُ بعدَه أبدًا ، و هم الذين يستخرجون كنزَه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2743 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terj:”Seorang lelaki akan diberi bai’ah di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim (yakni Hajarul Aswad atau pintu Kaabah). Kaabah tidak pernah dikuasai orang luar melainkan oleh penduduk asalnya. Tidak akan ada yang menghalalkan (menghancurkannya Kaabah) kecuali kaum Muslimin; apabila mereka telah menghalalkannya, maka jangan ditanya tentang kehancuran bangsa Arab. Kemudian datang orang Habsyah, lalu mereka menghancurkannya sehingga Ka’bah tidak dimakmurkan lagi setelah itu untuk selamanya, kemudian merekalah yang mengeluarkan simpanannya”

HR Ahmad, al Hakim, dan Ibn Hibban, disahihkan oleh Ahmad Syakir, Syuaib al-Arnaout, Albani dalam silsilah al sahihah no 2743.

Fiqh Hadith:

Komen Ibn Hajar, Fathul Bary (3:461) ia berlaku bila di dunia ini tidak ada lagi orang beriman, kata al-Qurthubi, ia berlaku selepas peristiwa di angkatnya al-Qur’an. Lelaki yang diberi bai’ah itu umat Islam hendaklah bersabar dan lihat dulu, lihat dulu orang yang diberi ciri-ciri dan yang paling penting dia diberi bai’ah oleh majoriti umat Islam. Orang yang meruntuhkan Kaabah tu adalah dari bangsa Habsyah.

2. Hadith 13

Hadith Abu Hurairah ra,
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«كيف أنتم إذا نزل ابن مريم فيكم وإمامكم منكم»

Terj:”Bagaimanakah keadaan kamu semua ketika (‘Isa) putera Maryam (AS) turun diantara kamu, sedangkan imam kamu dari kalangan kamu sendiri”
(Sahih al-Bukhari, kitab Ahaadiitsul Anbiya’, bab Nuzuulu ‘Isa bin Maryam (VI:491), dan Sahih Muslim, kitab al-Iman bab Nuzuulu ‘Isa bin Maryam (II:193, Syarah an-Nawawi))

والمقصود بالإمام هنا المهدي محمد بن عبد الله
Adapun maksud dengan Imam dalam hadith di atas ialah al-Mahdi yakni Muhammad bin Abdullah.

Komen dan Soalan