Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 11

31.10.Hadith-hadith seputar al-Mahdi-HADITH 11

641
0
Iklan

Hadith 11

 

Dari Aisyah ra,

عن عائشة أم المؤمنين ا قالت: “عبث رسول الله في منامه، فقلنا: “يا رسول الله، صنعت شيئا في منامك لم تكن تفعله”، فقال: “العَجَبُ أن ناسا من أمتي يؤمون البيت لرجل من قريش، قد لجأ بالبيت، حتى إذا كانوا بالبيداء خُسِفَ بهم”، فقلنا: “يا رسول الله، إن الطريق قد يجمع الناس”، قال: “نعم، فيهم المستبصر والمجبور وابن السبيل، يهلكون مَهْلِكا واحدا، ويَصدُرون مصادر شتى، يبعثهم الله على نياتهم

Terj: Aishah ra nampak Nabi SAW banyak bergerak dalam tidurnya, lalu bertanya kenapa, Nabi SAW menjawab, “amat aneh, ada satu kelompok dari umatku yang datang ke Kaabah kerana ingin menangkap lelaki dari suku Quraish yang berlindung di dalamnya, ketika pasukan itu sampai di Baidha’, maka Allah SWT tenggelamkan mereka.” Ada sahabat bertanya mengenai mereka yang menyertai pasukan itu secara dipaksa atau kebetulan berada di situ’, Nabi SAW berkata, mereka akan dibenamkan juga, tapi Allah SWT akan bangkitkan berdasarkan niat niat mereka.”

HR Bukhari dan Muslim, no 2884


Ulasan Syaikh Areefi:

«والمستبصر»:اي المستبين للأمر القاصد له
«والمجبور»:أي الكاره والقهور من دون اختيار

والمقصود أن مهلك هذا الجيش مهلك واحد يخسف بهم جميعا إلا أنهم يصدرون أي يكونون يوم القيامة عن الله مصادر وأحوال متفرقة فواحد إلى الجنة وآخر إلى النار على قدر أعمالهم ونياتهم


Kosa kata:

Mustabsyeer : Tentera yang bertujuan menyerang Kaabah dan membunuh al Mahdi.

Majbur : Orang dipaksa dan kebetulan berada di tempat kejadian.

 

Maksud hadith:

Kebinasan yang ditimpakan ke atas mereka di Baidha’ (tanah lapang ) antara Madinah dan Mekah adalah menyeluruh, semua yang ada di situ akan ditelan bumi. Adapun nasib mereka saat dibangkitkan pada hari Kiamat berbeza-beza, ada yang masuk neraka dan ada yang masuk syurga berdasarkan niat mereka ketika berada di situ.

Maka dalam Bukhari Muslim ada menyebut akan suatu peristiwa walaupun keduanya tidak menyebut Mahdi akan tetapi ia suatu peristiwa yang besar di Mekah, di mana akan ada satu pasukan tentera yang memburu seorang tokoh dan ia melarikan diri ke Mekah untuk berlindung, dan pasukan yang mengejarnya akan dibenamkan di Baidha. Maka kena tunggu akan peristiwa tersebut.

Komen dan Soalan