Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 19

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 19

23
0
19. Berdoa di puncak Safa dan Marwa (tempat Sa’ie)
Dalil hadith:
روى مسلم في صحيحه عن جابر في حديثه الطويل المتقدم بعد ذكره طوافه عليه السلام بالبيت سبعا، وصلاته عند المقام ركعتين قال: ثم رجع إلى الركن فاستلمه، ثم خرج من الباب إلى الصفا، فلما دنا من الصفا قرأ: { إن الصفا والمروة من شعائر الله } أبدأ بما بدأ الله به».
فبدأ بالصفا فرقي عليه حتى رأى البيت، فاستقبل القبلة، فوحد الله وكبره وقال: «لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله أنجز وعده، ونصر عبده، وهزم الأحزاب وحده».
ثم دعا بين ذلك فقال مثل هذا ثلاث مرات، ثم نزل حتى إذا انصبت قدماه في الوادي رمل، حتى إذا صعد مشى حتى أتى المروة، فرقي عليها حتى نظر إلى البيت، فقال عليها كما قال على الصفا. ( الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1218 )
Terjemahan:
Ketika Nabi SAW berdekatan dengan Bukit Safa, beliau membaca:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ. أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ.
(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah termasuk syiar agama Allah SWT. Aku memulai sa’ie dengan apa yang didahulukan oleh Allah SWT)
Kemudian Nabi SAW mulai dengan menaiki Bukit Safa, sehingga beliau melihat Baitullah. Lalu menghadap kiblat, dan membaca kalimat tauhid dan takbir, serta membaca:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Terjemahan:
(Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, Tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, yang melaksanakan janji-Nya, membela hamba-Nya (Muhammad) dan mengalahkan golongan musuh sendirian.)
Kemudian Nabi SAW berdoa di antara Safa dan Marwah. Beliau membacanya tiga kali. Di dalam hadith tersebut dikatakan, Nabi SAW juga membaca di Marwah sebagaimana beliau SAW membaca di Safa.”
(HR Muslim no 1218 dari Jabir ra)
Syarah hadith:
Peringatan lagi untuk orang yang diberi rezeki ke Mekah untuk mengerjakan umrah atau haji, maka antara tempat mustajab berdoa ialah ketika berada di Bukit Safa, Bukit Marwah dan di antara keduanya.
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Komen dan Soalan