Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Seputar Kemunculan al-Mahdi (Rumusan)

Seputar Kemunculan al-Mahdi (Rumusan)

308
0
Iklan

RUMUSAN 13.9 Dr Muhammad al-Mubayyad,

Mawsuu’ah fil Fitan wal Malahim, Cairo

 

1. al-Mahdi diberi bai’ah selepas terjadi perselisihan beberapa emir atau sultan di Hijaz yang berakhir dengan pertumpahan darah sesama mereka.

 

2. Dua kawasan besar yang bergolak ketika kemunculan al-Mahdi, di Hijaz, Saudi Arabia sekarang dan di Syria/Iraq.

 

3. al-Mahdi akan bergerak dari Madinah dan beliau tidak terlibat dalam fitnah antara emir.

 

4. al-Mahdi bukan meminta jawatan emir, tapi dia terasa terpaksa menerima bai’ah.

 

5. Penduduk Mekah terlibat secara langsung dengan bai’ah al-Mahdi.

 

6. Kemunculan al-Mahdi terjadi ketika kemuncak perang disebabkan agama, bukan sebab lain. Muslim di waktu itu dibunuh kerana beragama Islam, bukan sebab lain. Kezaliman berleluasa dan meluasnya dosa yang kemuncak.

 

7. al-Mahdi ditabalkan atau diberi ba’iah di dalam Masjidil Haram, di tepi Kaabah. Beliau diberi sokongan kuat dari umat Islam timur. Timur itu luas, bermula dari Khurasan.

 

8. Pembaiahan al-Mahdi di kota Makkah menunjukkan ia suatu yang spontan, tanpa senjata dan diberi baiah oleh orang-orang yang tidak memiliki senjata canggih. Ini suatu keajaiban.

 

9. Tentera yang datang untuk menumpaskan al-Mahdi datang dari bumi Syria/Iraq. Penduduk Hijaz menjadi 3 puak iaitu yang menyokong, yang dipaksa menyertai dan yang berada di perjalanan. Kesemua mereka dibenam di Baida’ Madinah. Pembenaman ini adalah tanda-tanda besar Kiamat.

 

10. Tentera dibenam di Baida’ Madinah selepas Zul Hulaifah, 350km ke Mekah dan hampir kesemua mereka terbenam kecuali beberapa orang yang selamat untuk menceritakan peristiwa itu kepada orang ramai/media.

 

11. Pembenaman itu adalah bukti kuat tanda kebenaran al-Mahdi dan orang yang membaiahnya di Mekah dan dialah sebenar-benar al-Mahdi dari banyak orang yang mendakwa al-Mahdi sebelum itu.

 

12. Umat Islam kembali berada di bawah satu kepimpinan di akhir zaman, di mana mereka datang dari seluruh pelusuk bumi untuk memberi bai’ah kepada al-Mahdi atau datang untuk menyertai kerajaannya.

 

13. al-Mahdi memindahkan operasi kerajaannya berpusat di Damsyiq, Syria.

 

Tamat rumusan Dr al-Mubayyad.

Komen dan Soalan