Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 5

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 5

286
0
Iklan
Waktu Doa Mustajab
5. Berdoa ketika solat.

Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ رَفْعِهِمْ أَبْصَارَهُمْ عِنْدَ الدُّعَاءِ فِي الصَّلاَةِ إِلَى السَّمَاءِ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْ.

“Hendaklah orang-orang berhenti mengangkat pandangan mereka ke langit ketika berdoa di dalam solat atau mata mereka akan tersambar.”
(HR Muslim no 429)

Nabi saw melarang memandang ke langit ketika solat dan juga ketika berdoa di dalam solat.

 

Terdapat 7 posisi di mana kita boleh berdoa di dalam solat tanpa memandang ke langit.

7 posisi dibolehkan berdoa ketika di dalam keadaan sedang solat.

 

5.1) Selepas takbiratul ihram dikenali dengan doa iftitah, terdapat 10 hingga ke 15 versi doa iftitah.

Sila rujuk di dalam kitab fiqh sifat solat nabi seperti dari Syaikh al Albani.

 

5.2) Sebelum rukuk (hanya di dalam solat berqunut, solat witir).

 

5.3) Ketika rukuk, boleh menambah doa ketika rukuk.

Contohnya:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى

Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, pujian untuk-Mu, ampunilah aku”
(HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra)

 

5.4) Ketika i’tidal.

Doa yang makthur, antaranya dari lafaz Imam Muslim.

اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ اْلحَمْدُ مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“ Ya Allah, Tuhan kami (hanya) untuk-Mu lah (segala) puji sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh segala sesuatu sesuai Kehendak-Mu setelahnya “
(HR Muslim no 476)

 

5.5) Ketika bersujud.

Inilah saat Nabi saw banyak berdoa.

Dalil hadith:

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda (maksud):

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa ketika itu.”
(HR Muslim no. 482)

 

Antara doa yang makthur ketika bersujud, dari riwayat Imam Muslim.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Ya Allah, ampunilah diriku dari dosaku semuanya, yang kecil atau yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terlihat ataupun yang tidak terlihat. Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu dari murka-Mu, dengan maaf-Mu dari hukuman-Mu dan Aku berlindung dengan-Mu dari-Mu. Tidak terhitung pujian bagi-Mu, Engkau sebagaimana pujian-Mu atas diri-Mu.
(HR. Muslim)

 

5.6) Ketika duduk di antara dua sujud.

Doa yang biasa kita membacanya:

رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي.

“Rabbighfirlii warahmnii, wajburnii, warfa’nii, warzuqnii, wahdinii (artinya: Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah darjatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku).”
(HR. Ahmad 1: 371. Menurut pendapat Syaikh Syu’aib Al Arnauth hadith ini hasan).

Doa atau zikir yang lain boleh diamalkan:

Dari Hudzaifah ra:

رَبِّ اغْفِرْ لِي، رَبِّ اغْفِرْ لِي.

“Wahai Rabbku, ampunilah aku. Wahai Rabbku, ampunilah aku.”
(HR Ibnu Majah no. 897, menurut pendapat Syaikh al Albani, hadith ini sahih, dalam sahih sunan Ibnu Majah serta Irwa’ul Ghalil no. 335)

 

5.7) Selepas tasyahud akhir dan sebelum salam.

Dalil hadith:

Dari Mu’adz bin Jabal ra,

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Aku wasiatkan padamu wahai Mu’adz. Janganlah engkau tinggalkan untuk berdoa setiap dubur solat (akhir shalat) :
Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik. [Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].”
(HR. Abu Daud no. 1522.
Menurut pendapat Syaikh al Albani, hadith ini sahih)

Syarah hadith:

Khilaf di kalangan ahli fiqh akan maksud “dubur solat”, majoriti ahli hadith dan fatwa Arab Saudi, akhir solat ialah sebelum salam dari selepas tasyahud akhir sehingga salam.
Itu yang dimaksudkan dengan dubur solat iaitu waktu untuk berdoa.

Dalil tambahan:
Hadith Ibnu Masood ra,

ثُمَّ لْيَتَخَيَّرْ بَعْدُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ

“Kemudian terserah kepadanya memilih setelah itu (setelah tasyahud) doa yang dia kehendaki (dia sukai).”
(HR. Muslim no. 402, An Nasa’i no. 1298, Abu Daud no. 968, Ad Darimi no. 1340)

 

Fatwa dari Syaikh Ibnu Uthaimin, qadhi Unaizah Arab Saudi:
Maksud dubur solat ialah sebelum salam, ialah waktu untuk berdoa.

Jika yang dimaksudkan dubur solat itu iaitu selepas salam, maka itu waktu untuk berzikir bagi menampung kekurangan mutu solat
(Liqo’ Bab al-Maftuh)

Berdoa sebelum salam, dan berzikir selepas salam, ada di dalam Hisnul Muslim.
Sila muat turun aplikasi.

Dubur dalam terma arab tidak bermaksud kelucahan sepertimana di dalam bahasa melayu atau english, maka apabila disebut oleh orang arab, dubur solat, maksudnya adalah di penghujungnya.

Komen dan Soalan