Utama Bilik (11) Syarah Hadith 40 HADITH ARBA’IN – 22

HADITH ARBA’IN – 22

39
0

 

[MELAKSANAKAN SYARI’AT

DENGAN SEBENARNYA]

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ جَابِرْ بْنِ عَبْدِ اللهِ الأَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ اْلمَكْتُوْبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْت الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ ؟ قَالَ : نَعَمْ

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadith

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al Anshary radhiallahuanhuma: Seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, seraya berkata: Bagaimana pendapatmu jika saya melaksanakan shalat yang wajib, berpuasa Ramadhan, Menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan saya tidak tambah sedikitpun, apakah saya akan masuk surga?. Beliau bersabda: Ya.

(Riwayat Muslim)

Catatan :

1. Rasulullah saw diutuskan untuk menyelamatkan manusia dari Neraka dan memimpin mereka ke Syurga.

2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah ta’ala.

3. Amal shaleh merupakan sebab masuknya seseorang ke dalam syurga.Ajaran Islam mudah dilakukan dan dalam batas kemampuan manusia.

4. Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat serta kerinduan mereka terhadap syurga serta upaya mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana.Para sahabat sangat jujur dan ghairah untuk ke Syurga.

5. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.

 

Komen dan Soalan