Utama Bilik (46) Usul Fiqh Tujuan Usul al-Fiqh

Tujuan Usul al-Fiqh

860
0
Iklan

Soalan 1:

🔴Assalamualaikum. Mohon izin bertanya. Asal hukum sesuatu ilmu itu Harus ataupun sunat?

Secara umumnya, sebab dalam usul fiqh, asal sesuatu benda Harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya?

Atau adakah ilmu tak ada kaedah umum, terus kena bahagikan antara ilmu agama dan ilmu dunia?

Maaf kalau soalan saya mengelirukan…

Ustaz Abd Rasyid Idris:

Wkmslm.

Ada 2 perkara tu….dan 2 kaedah :

1. الأصل في الأشياء، الإباحة
2. الأصل في العبادة، التوقيف

1. Asal hukum dalam urusan (kehidupan) adalah harus.
Iaitu boleh dibuat dan boleh ditinggalkan sehingga datang dalil yang melarang.

2. Asal hukum dalam ibadah adalah tawqif (berdasarkan dalil).
Iaitu suatu perkara itu tidak boleh didakwa sebagai ibadat (khusus) dan tidak boleh dilakukan sehingga datang dalil yang menunjukkan kepadanya.

Soalan 2: Apakah perbezaan tujuan ilmu fiqh dan ilmu usul al-fiqh?

Ustaz Ahmad Azhar:

Tajuk/Skop Fiqh:
Dia membincangkan mengenai perbuatan mukallaf dari segi sabit atau tidak seseorang mukallaf itu daripada sesuatu hukum syariah

Tajuk/skop Perbincangan Ilmu Usul Fiqh:
Dua perkara:-
– iaitu dalil-dalil syara’ yang menjadi alat untuk istinbat (keluarkn hukum) dan
– hukum syariah yang mana mnjadi keputusan/hasil kepada istinbat (proses keluarkn hukum) dan ianya sabit dengan dalil-dalil.

Usul fiqh dan fiqh ni dua perkara yang berbeza tapi saling berkait

Tujuan mempelajari ilmu usul fiqh:
1) membolehkan para mujtahid melaksanakan kaedah-kaedahnya untuk mengambil hukum syaraih yang praktikal daripada dalil-dalil yang terperinci.
2) mengeluarkan hukum yang baru bagi masalah-masalah yang sampingan atau datang tiba-tiba bersandarkan kepada kaedah imam-imam dan fatwa-fatwa mereka dan lain-lain masalah yang musyabahah(dekat-dekat/hampir)
3) mengimbang tara antara pandangan fuqaha’ dan dalil-dalil mereka dalam isu yang berbeza dalam perkara ijtihadiyyah (iaitu perkara yang dalam ruang lingkup ijtihad) dan mentarjih (memilih yang kuat) antaranya dan bersandarkan kepada yang kuat pendalilannya.

Komen dan Soalan