Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer Menuju Allah SWT dengan penuh Kesabaran dan Keinsafan

Menuju Allah SWT dengan penuh Kesabaran dan Keinsafan

691
0
Iklan

Menuju Allah Dengan Penuh Kesabaran Dan Keinsafan

Ada kalanya kita terasa iman kita lemah dan merasa tidak mampu untuk mengubah apa-apa.

Namun apabila kita hidup kerana Allah SWT maka apa jua cabaran dan dugaan, kita tetap melangkah ke hadapan meranduk halangan.

Walau pun halangan, kesusahan, dugaan berada di hadapan kita, hati ini tetap cekal menghadapnya. Bukan kerana kita tidak letih, kita sangat letih tetapi keletihan tidak boleh menyebabkan kita tinggalkan tanggungjawab.

Tetapi kerana kita yakin, Allah SWT sedang menunggu kita di hadapan selama kita tetap meneruskan perjalanan!

Allah SWT berfirman:

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ

“Maka bersegeralah berlari kembali kepada Allah [ Adz-Zariyat: 50]

Kita hanyalah sang pengembara yang singgah sebentar di dunia yang fana, akan pergi apabila tiba masanya!

Komen dan Soalan