Utama Bilik (47) Huzaifah Hadis Hadith Jawapan Isu Daie ( Bahagian Satu)

Hadith Jawapan Isu Daie ( Bahagian Satu)

219
0
Iklan

Panel: Ustaz Huzaifah Hadis
Hadith Jawapan Isu Daie ( Bahagian Satu)

“Sesungguhnya Amalan Kamu Akan Dilihat oleh Kaum Kerabatmu”.

ضعيف: رواه أحمد في المسند 3/64 وسنده ضعيف لجهالة الواسطة بين سفيان وأنس.

Dhaif. Diriwayatkan Ahmad didalam Musnad Ahmad 3/64 dan sanadnya dhaif kerana “jahalah” perawi antara Sufyan dan Anas.

وله شاهد من حديث أبي أيوب الأنصاري «إن نفس المؤمن إذا تلقاها من أهل الرحمة من عباده كما يتبقون البشير من الدنيا… وإن أعمالكم تعرض على أقاربكم»

Terdapat hadith sokongan daripada hadith Abu Ayyub al-Ansari: Sesungguhnya jiwa orang mukmin apabila bertemu dengan ahli rahmah dari kalangan hambanya…… Dan sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dilihat oleh kaum kerabat kamu.

رواه الطبراني في الكبير (1/194/2) والأوسط (1/72/1-2) وعنه عن عبد الغني المقدسي في السنن (198/1) عن مسلمة بن علي عن زيد بن واقد عن مكحول عن عبد الرحمن بن سلامة عن أبي رهم السماعي عن أبي أيوب الأنصاري مرفوعا. وقال الطبراني «لم يروه عن مكحول إلا زيد وهشام تفرد به مسلمة» 2-1/72/1

Hadith ini diriwayatkan oleh Tabrani didalam al-Kabir (1/194/2) al-Awsat ( 2-1/72/1). Begitu juga diriwayatkan oleh al-Maqdisi didalam Sunan (198/1) dari jalan Maslamah bin Ali bin Zaid bin Waqid daripada Makhul daripada Abdurrahman bin Salamah daripada Abi Rahm as-Simaie dari Abu Ayub al-Ansari secara marfu’.

Imam Tabrani berkata: Tidak meriwayatkan daripada Makhul melainkan Hisyam dan Zaid.
( juga meriwayatkannya). Dalam hal ini Maslamah bersendirian dlm meriwayatkannya.

وهذا سند ضعيف جدا. فإن مسلمة يروي عن الأوزاعي والزبيدي المناطير والموضوعات». وقال الهيثمي في (مجمع الزوائد2/327) «فيه مسلمة بن علي وهو ضعيف».

Dan ini sanad yang tersangat dhaif. Ini kerana Maslamah meriwayatkannya daripada al-Auzaie dan az-Zubaidi tentang hadith-hadith ganjil dan juga hadith-hadith palsu.

Al-Haithami berkata: Didalamnya terdapat seorang perawi bernama Maslamah bin Ali dan dia seorang dhaif.

ورواه سلام الطويل عن ثور بن يزيد عن خالد معدان عن أبي رهم به. ذكره ابن حبان في الضعفاء (1/336) وقال «روى عن الثقات الموضوعات».

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Salam at-Tawil daripada Tsaur bin Yazid daripada Khalid bin Ma’dan daripada Abu Rahm. Ibnu Hibban menyebutkan didalam ad-Dhuafa'(1/336) seraya berkata: Salam at-Tawil meriwayatkan daripada perawi-perawi thiqah tentang hadith-hadith palsu.

والنصف الأول من الحديث له طريق أخرى عن عبد الرحمن بن سلامة بلفظ «إن نفس المؤمن إذا مات…» وسندها ضعيف أيضا فيها محمد بن إسماعيل بن عياش، قال أبو داود: «ليس بذاك». وقال أبو حاتم: «لم يسمع من أبيه شيئا».

Bahagian pertama daripada hadith ini juga diriwayatkan daripada jalur lain daripada Abdurrahman bin Salamah dengan lafaz ” Sesungguhnya jiwa orang mukmin apabila telah mati….) Sanadnya dhaif kerana disana terdapat perawi bernama Muhammad bin Ismail bin Iyash. Beliau seorang perawi yang dhaif. Didhaifkan oleh Abu Daud dan Abu Hatim.

Kesimpulannya kesemua hadith dhaif dan tidak boleh menyokong antara satu hadith ke hadith yang lain.

Wallahua’lam.

Komen dan Soalan