Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Bahana Kejar Dunia, Lupa Ikhlas Kepada Allah

Bahana Kejar Dunia, Lupa Ikhlas Kepada Allah

326
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

~Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1437H~

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ * أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan”[Surah Hud 15-16]

#Imam Qatadah mengatakan:

“Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari-cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai balasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dlm beribadah (yang hanya ingin mengharapkan wajah Allah/redha Allah), dia akan mendapatkan balasan di dunia juga dia akan mendapatkan balasan di akhirat.” (Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, tafsir surah Hud ayat 15-16)

#Imam as-Tsauri berkata, dari Mughirah, dari Abul ‘Aliyah, dari Ubay bin Ka’ab r.a, beliau mengatakan:

بَشِّرْ هَذِهَ الأُمَّةُ بِالسِّنَاءِ وَالرِّفْعَةِ وَالدِّيْنِ وَالتَّمْكِيْنِ فِي الأَرْضِ فَمَنْ عَمِلَ مِنْهُمْ عَمَلَ الآخِرَةِ لِلدُّنْيا لَمْ يَكُنْ لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيْبٍ

“Berilah khabar gembira pada umat ini dengan kemuliaan, kedudukan, agama dan kekuatan di muka bumi. Barangsiapa dari umat ini yang melakukan amalan akhirat untuk meraih dunia, maka di akhirat dia tidak mendapatkan walau satu bahagian pun (ganjaran pahala)” (HR Ahmad. Hadis hasan)

♡Beramallah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan untuk memperolehi redha Allah serta ganjaran terhebat di akhirat kelak. Jangan sesekali melakukan perbuatan makruf untuk mengaut kesenangan dunia dan kebahagiaan sementara. Nanti akan menyesal yang tiada kesudahan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan