Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Pengenalan Usul Tafsir: Apa itu berhala?

Pengenalan Usul Tafsir: Apa itu berhala?

1287
0
Iklan

Pengenalan Usul Tafsir: Apa itu berhala?

Pengenalan yang paling mudah untuk mengetahui apakah maksud berhala ialah kita tanya sendiri kepada orang kafir. Semasa kita belajar dahulu, guru-guru kita ajar kepada kita suatu kesilapan besar dalam tafsir “berhala.” Mereka kata berhala adalah Tuhan orang kafir. Inilah kesilapan besar yang menyebabkan kita jadi keliru tentang tawassul. Seperti yang telah Ayahaji mengajar sebelum ini, bila kita tanya orang kafir, “Adakah berhala itu Tuhan awak?” Mereka akan menjawab, “Bukan.”

Ayahaji: Apa yang awak sembah?

Orang kafir: Dewa-dewa, Buddha.

Ayahaji: Siapa Tuhan awak?

Orang kafir: Allah SWT (atau Tuhan yang satu).

Ayahaji: Allah SWT itukah yang mencipta langit dan bumi serta kita semua?

Orang kafir: Ya

Ayahaji: Allah SWT itukah yang tengok akan apa kita tengah bercakap ini?

Orang kafir: Ya.

Ayahaji: Allah SWT itu tahukah apa yang ada dalam hati kita?

Orang kafir: Ya.

Ini semua bermaksud tauhid Allah SWT sebagai Rabb atau Tuhan mereka itu sama dengan kita. Disebabkan itulah mereka kata agama semua sama sahaja di mana mereka hendak menyembah Tuhan yang satu. Agama kita sahaja yang lain. Bila mereka berkata begitu, jangan kita mengiakannya, itu bermaksud kita mengiktirafkan agama mereka, lalu kita pula jadi kufur. Perlu kita jawab yang agama kita nampak macam sama tetapi Islam dengan semua agama lain adalah tidak sama.

1. Orang Islam berdoa terus kepada Allah SWT sedangkan semua agama lain guna perantaraan.

2. Orang Islam puja Allah SWT sahaja.

Tetapi orang agama lain puja perantaraan mereka seperti:
Orang Hindu puja dewa-dewa
Orang Buddha puja Buddha
Orang Sikh puja Guru Nanak
Orang Kristian puja Nabi Isa AS
Orang Syiah puja Ahli Bait
Habib puja Nabi Muhammad SAW serta wali
Ahli sufi puja Nabi Muhammad SAW serta wali

Jadinya, tidak sama.

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? [Yunus: 31]

Ayat di atas adalah apa musyrikin Mekah kata kepada Allah SWT. Begitu jugalah musyrikin-musyrikin sekarang.

فَذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ

Maka yang demikian berkuasa memberi rezeki pada kamu ialah Allah Rabb kamu, Tuhan kamu yang sebenarnya. Maka tidak ada lagilah selepas kebenaran itu Allah sahaja Tuhan kamu melainkan semuanya sesat. [Yunus: 32]

Macamana mereka semua terpesong mengaku Allah SWT Tuhan tetapi dalam masa yang sama mereka puja seperti senarai ini, di mana:

1. Orang Kristian puja Nabi Isa AS
2. Orang Hindu puja dewa-dewa
3. Orang Buddhist puja buddha
4. Orang Sikh puja Guru Nanak
5. Ahli sufi puja Nabi Muhammad SAW, wali-wali, malaikat.
6. Orang Syiah puja Ahli Bait
7. Habib puja Nabi Muhammad SAW, wali-wali, Habib Nuh dan lain-lain?

Apakah sebenarnya berhala ini? Agama Kristian ada dua jenis:

1. Roman Katolik
2. Protestant.

Roman Katolik adalah mereka yang puja berhala Nabi Isa AS, Siti Mariam dan malaikat. Di gereja mereka banyak lagi patung-patung wali-wali termasuk Alhalawiyun yakni dua belas sahabat-sahabat Nabi Isa AS dan mereka ada juga salib. Salib adalah simbolik kepada Nabi Isa AS. Salib mungkin ada patung Nabi Isa AS atau palang sahaja sebab itu mereka cium salib, buat loket dan lain-lain.

Protestant pula tidak puja berhala. Mereka mengkafirkan Roman Katolik kerana sembah berhala. Tetapi mereka ada gambar-gambar Nabi Isa AS, Siti Mariam, para sahabat Nabi Isa AS, wali-wali dan malaikat-malaikat.

Kedua-dua jenis Kristian ini sesat. Satu ada berhala dan satu lagi tiada berhala.

Agama Hindu dan Buddha ada berhala-berhala. Bezanya, orang Hindu puja berhala malaikat-malaikat seperti, Murugan, yang mempunyai sifat-sifat malaikat Jibril AS, Ganisha, yang mempunyai sifat-sifat malaikat Mikail AS. Maka dewa-dewa Hindu adalah simbolik kepada para malaikat.

Agama Buddha pula memuja tok cha-tok cha. Lebih-lebih lagi tok cha keramat yang sudah mati iaitu tok guru.

Orang Sikh pula puja tok guru mereka. Tok Guru Nanak ada sepuluh orang.

Mereka tiada berhala-berhala dalam kuil dan tidak menyerupai Hindu dan Buddha tetapi sama seperti agama Kristian Protestant iaitu ada gambar-gambar tok guru mereka.

Jadi kafir-kafir ini ada dua jenis pemujaan. Semua puja tok guru, wali, malaikat tetapi satu ada patung dan satu lagi tidak ada patung tetapi digantikan dengan gambar. Jadi, apakah maksud berhala itu? Berhala bermaksud perantaraan. Perantaraan ini adalah apa-apa yang dipuja atau diminta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apakah menyembah berhala berbeza dengan memuja gambar? Semua mereka ini buat perantaraan belaka. Semua memang kita tahu kafir. Jadi apa maksud memuja patung dan memuja gambar? Apa mengelirukan sedikit adalah mereka percaya kepada Allah SWT atau Tuhan yang satu. Bab ini nanti Ayah Aji akan memberikan huraiannya.

Tajuk sekarang adalah apakah perbezaan memuja patung dan memuja gambar? Adakah ia sama atau tidak sama? Ya, ia sama. Perbezaannya hanya cara, walhal, matlamatnya adalah sama.

Sinopsis

Roman Katolik, Hindu, Buddha sembah dan puja berhala sebagai tempat mereka fokus hajat mereka kepada malaikat, nabi, wali dan tok guru mereka. Protestant Kristian, Sikh puja dan sembah gambar nabi, wali, malaikat dan tok guru mereka. Semua mereka berperantaraan dengan orang yang mereka puja supaya dapat fokus pada hajat. Semua kafir-kafir ini hanya berkehendakan hajat dunia mereka sahaja. Mereka:

Hendak murah rezeki
Hendak jadi orang baik.
Hendak sihat tubuh badan
Hendak umur panjang.

Tentang Allah SWT atau Tuhan yang satu mereka tidak puja, ibadat, zikir dan berdoa. Ayahaji biasanya akan tanya mereka apakah ibadat mereka buat untuk Allah SWT atau Tuhan yang satu yang mereka mengaku walhal Allah SWT dengar, melihat dan tahu apa dalam hati mereka? Bila soalan ini ditanya ternampak di wajah-wajah mereka kehairanan sebab mereka tidak pernah beribadat terus kepada Allah SWT untuk apa-apa hajat.
Contohnya:

Ayahaji: Awak letak limau, buah, ayam pada patung awak. Kenapa awak tidak letak limau, buah, ayam untuk Allah SWT? Soalan beginipun mereka hairan.

Akhirnya mereka berkata: Yalah, saya tidak pernah buat.

Ayahaji: Awak puja perantaraan untuk awak berdoa hajat awak kepada Allah SWT tetapi awak tidak pernah puja Allah SWT yang awak mengaku Dia Tuhan awak. Awak rasa betulkah begitu?

Ayahaji akan tanya mana-mana orang kafir di mana sahaja berjumpa dengan harapan mereka dapat berfikir dan memeluk Islam.

Apakah maksud berhala sebenarnya yang boleh kita buat kesimpulan?

Tumpuan orang kafir dalam hal ibadat, tumpuan mereka untuk berhajat bukan kepada Allah SWT tetapi pada perantara mereka sahaja. Perantara ini adalah sekutu bagi Allah SWT dan syirik kepada Allah SWT. Jadinya inilah maksud berhala:

1. Tumpuan atau tempat hendak fokus hajat mereka kepada perantara mereka.

2. Ibadat-ibadat, zikir-zikir karut dalam bahasa masing-masing adalah hanya untuk perantara mereka.

3. Patung atau gambar yang simbolik itu adalah pujaan mereka sahaja.

4. Hajat minta adalah melalui pujaan mereka.

Maka timbul lagi bid’ah lain seperti meletakkan makanan dan pakaian pada patung-patung dengan tujuan untuk memberi makan, pakai, serta bodek perantara-perantara ini.

Orang Cina bakar duit kertas, rumah bangalow kertas, kereta kertas untuk bodek tok nenek mereka supaya sampai hajat kepada Allah SWT. Mereka berkata, ada tok nenek mereka yang ahli Syurga, bila berjumpa dengan Allah SWT dalam Syurga, boleh sampaikan hajat mereka kepada Allah SWT. Mereka anggap Allah SWT seperti manusia. Oleh itu, kalau kita tidak tahu kenapa orang kafir itu sesat, kita tidak akan tahu akidah kita mungkin seperti mereka.

Seperti kata Omar Al-Khattab RA bahawa akan terurai akidah-akidah umat Islam selama mana mereka tidak tahu apa itu Jahiliah. Bab Jahiliah akan kita belajar lain kali.

Tetapi kata-katanya juga bermaksud selama kita tidak tahu akidah rosak orang kafir maka, kita sendiri tidak tahu akidah kita benar atau salah. Bila kita tahu mereka yang kafir itu bukan kerana mereka tidak percaya kepada Allah SWT adalah Tuhan tetapi sebenarnya akidah mereka telah rosak tentang Allah SWT sebagai Tuhan.

Inilah sebabnya Ayahaji belajar usul tafsir dahulu daripada Maulana Nik Ahmad Paya Purnama, Kota Bharu, Kelantan. Ayahaji belajar seorang diri sahaja dengan guru Ayahaji selama enam bulan, enam kali seminggu, tiga jam sehari. Banyaklah ayat al-Quran yang guru baca kepada Ayahaji daripada Tafsir Jalalain, Ibn Kathir, Kurtubi, Ilusi, Abbasi, Tobari dan lain-lain lebih kurang dalam 20 jenis kitab tafsir. Ayahaji belajar untuk menghuraikan satu-satu ayat. Dialah yang suruh Ayahaji, selepas belajar satu-satu bab kufur orang kafir daripada Al-Quran, untuk bertanya sendiri kepada orang kafir.

Bila Ayahaji bertanya dan jawapan mereka sama seperti Al-Quran ini maka tahulah Ayahaji jika kita tidak belajar tafsir Al-Quran ini, mudah condong pada syirik. Mereka menggunakan berhala, patung atau gambar yang mereka puja dengan tujuan hendak fokus pada roh orang mati yang mereka puja sama ada mereka buat berhala, macam orang Hindu atau Buddha, atau mereka hanya buat gambar. Kedua-duanya serupa sahaja di mana semuanya bertujuan untuk bodek orang yang mereka puja supaya buat kerja untuk mereka iaitu sampaikan hajat mereka kepada Allah SWT. Itulah maksud berhala.

Orang-orang kafir senang sahaja kita hendak kenal sebab kita sudah tahu mereka kafir. Yang kelirunya ialah orang yang kata mereka beragama Islam. Kita ambil point di atas. Kita yang mengaku Islam tidak ada sembah patung. Tetapi, bagaimana pula dengan gambar-gambar seperti gambar-gambar tok guru? Kumpulan mana yang guna gambar-gambar tok guru? Bila kita pergi ke rumah mereka, ada gambar-gambar tok guru atau wali. Ada pula gambar-gambar diletakkan di kedai-kedai atau pejabat-pejabat.

Tandanya begini. Kita tanya, “Kenapa awak letak gambar Wali Songgo ini atau Tok Kenali? Awak tidak boleh letak gambar ini. Awak patut simpan sahaja.”

Mereka akan kata, “Kami tidah boleh simpan. Kami letak gambar ini untuk ambil berkat.”

Itulah maksud akidah tauhid mereka ada penyakit.

Seumpama orang Syiah. Jika ada sesiapa yang ada berkawan dengan orang Syiah, patut pergi ke rumah mereka. Pelajar akan mendapati bahawa gambar Nabi Muhammad SAW, Ali RA, Husin RA dan dua belas imam mereka dipamerkan di ruang tamu rumah mereka.

Habib-habib pun sama. Ada gambar-gambar wali ada di rumah mereka. Patung dan gambar sama sahaja. Ada orang letak gambar Tok Kenali dalam dompet mereka. Bila tanya kenapa letak gambar Tok Kenali di situ? Mereka menjawab kerana hendak mendapatkan berkat atau mahu duit sentiasa penuh dalam dompet. Itulah berhala Tok Kenali yang mereka puja.

Apa beza puja dan puji? Puja adalah perkataan orang Hindu. Orang Hindu puja dewa-dewa mereka dengan siram air susu pada berhala, letak bunga, letak madu. Orang Cina tambah lagi dengan letak kepala babi. Tujuan pemujaan itu adalah untuk membodek roh orang yang sudah mati atau malaikat yang mereka puja. Tujuan bodek adalah supaya mereka buat kerja untuk orang yang memuja, yakni supaya sampai hajat orang yang puja itu kepada Allah SWT. Kita puja juga Tuhan kita dengan berzikir serta beribadat kepada Allah SWT. Pemujaan kita dan mereka berbeza sebab kita buat hanya dengan hadis sahih Nabi kita SAW sahaja.

Orang-orang kafir dalam bab pemujaan kepada nabi, wali dan malaikat bermulanya begini:

I. Mereka memberi pangkat pada roh orang mati itu.

Orang Kristian beri pangkat kepada Nabi Isa AS sebagai anak Tuhan. Mereka beri sifat kepada Nabi Isa AS kononnya boleh memberi berkat, sembuh penyakit, ampun dosa, sempurna hajat dan lain-lain. Mereka reka ibadat untuk Nabi Isa AS. Mereka pun beribadat kepada Nabi Isa AS.

Orang Hindu pula memberi pangkat pada Murugan, Ganisha, Karala, dan lain-lain dengan tugas itu dan ini. Mereka reka ibadat-ibadat pada dewa-dewa ini. Mereka buat ibadat berdasarkan apa yang mereka reka. Penganut Buddha, Sikh dan lain-lain pun sama.

Apakah perbuatan seorang suami yang telah kematian isterinya tetapi masih lagi beri salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum yaa Fauziah, assalamu’alaikum cinta hati hamba,” itu termasuk dalam pemujaan berhala? Bukan, itu bukan sembah berhala. Itu hanyalah seru orang sudah mati atau makhluk yang ghaib. Menyeru pada yang ghaib selain Allah SWT adalah perbuatan kufur.

Berkenaan berhala

مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Surat Yusuf 40]

Bab 1
Apa yang kamu sembah selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk menghampirkan diri sedekat-dekatnya kepada Allah SWT [Az-Zumar: 3]

Melainkan hanya nama-nama yang kamu berikan iaitu kamu berikan pangkat dan tugas serta menentukan cara beribadat.

Kamu dan tok guru-guru kamu, iaitu apa yang Allah SWT tidak turunkan atau perintah terhadapnya yakni tawassul, atau sebarang bukti daripada kitab atau wahyu.

Bab 2
Sesungguhnya keputusan kamu buat itu hanya kepada Allah SWT sahaja.

Bab 3
Allah SWT telah perintahkan kepada kamu; jangan sekali-kali kamu puja, ibadat, zikir dan berdoa melainkan hanya kepada Allah SWT sahaja.

Bab 4
Yang demikian itu agama atau akidah tauhid yang teguh, akan tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

Kekeliruan bab tawassul inilah punca utama kafirnya orang Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain. Macamana pula habib kata boleh?

Orang Syiah memberi pangkat kepada Ahli Bait iaitu Ali, Hasan, Husin RA sebagai alahissalam atau maksum, sama seperti pangkat para nabi dan malaikat. Mereka memberi tugas kepada Ahli Bait itu dan ini. Mereka mencipta ibadat untuk roh orang mati yang mereka puja. Upacara hari jadi dan hari mati, kesemuanya direka untuk Ahli Bait. Upacara mereka termasuk pukul-pukul badan sampai berdarah-darah. Mereka mencipta selawat-selawat kepada nabi dan para Ahli Bait.

Habib pula memberi tugas baru kepada Nabi kita SAW untuk mengajar mereka wirid-wirid baru dan ibadat-ibadat serta syariat-syariat kerana Nabi SAW boleh datang kepada mereka waktu ibadat ini. Mereka mendakwa Nabi SAW mengajar bid’ah baru yang wajib diikuti. Mereka memberi pangkat kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani sebagai Sultan Wali. Mereka juga memberi pangkat kepada Habib Nuh, pangkat itu dan ini di mana beliau juga boleh datang jumpa mereka. Maulud dan tarikat Ahmadiah datang daripada ajaran Nabi SAW yang baru. Kalau hendak jumpa Nabi SAW dan wali, bacalah wirid-wirid yang baru ini dan mereka akan datang. Yang peliknya tiada para sahabat Nabi SAW yang datang, cuma Syeikh Abdul Kadir dan Nabi SAW serta habib Nuh yang hadir. Dengan bacaaan wirid-wirid baru yang tertentu ini, wali-wali yang masih lagi hidup boleh berinteraksi dengan wali-wali yang telah mati. Ada persamaan atau tidak? Ya, sama.

Sekarang ini ada pula yang guna simbol capal untuk letak pada baju dan kopiah, ada simbol capal yang digantung dalam kereta di mana simbol ini hampir sama dengan salib agama Kristian. Capal itu adalah simbolik bagi nabi Muhammad SAW di mana ianya sama seperti salib bagi orang Kristian yang menjadi simbol kepada Nabi Isa AS. Kesimpulannya, mereka sama-sama sesat.

Pelajar semua, bila kita belajar usul tafsir begini baru kita dapat kenal siapa ahli tauhid dan siapa ahli syirik; siapa ahli sunnah dan siapa ahli bid’ah.

Wallahua’lam.

Komen dan Soalan