Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Tafsir Surah Az-Zalzalah – Tafsir Ayat Pertama dan Kedua

Tafsir Surah Az-Zalzalah – Tafsir Ayat Pertama dan Kedua

9705
0
Iklan

Tafsir Surah Az-Zalzalah

Maksud: Kegoncangan

Surah ke: 99 (akan tetapi kronologi penurunan ialah ke – 93)

Bilangan ayat: 8

Kategori: Madaniyyah

36 kalimat, 158 huruf.

Seperti biasa dalam method belajar Al-Quran, ada baiknya kita ketahui kaitan surah ini ( Az-zalzalah ) dengan sebelumnya.

Secara umum, Surah Al-Bayyinah sebelum ini disebut dua jenis manusia:

شَرُّ البَرِيَّةِ dan خَيرُ البَرِيَّةِ

Dalam surah ini kita akan melihat bagaimana mereka akan dibahagikan, isu yang mereka ingkari.

3 “pertanyaan” orang yang ingkar dalam surah ini ialah :

1. Mereka hairan, bagaimanakah dunia boleh hancur dan berakhir setelah wujud sekian lama?

2. Mungkin kah segala yang kita lakukan di dunia ini akan dapat dicatat dengan terperinci?

3. Apakah ada pertolongan Allah di hari akhirat nanti?

Tafsir Ayat Pertama

Ayat pertama dari surah ini memberitahu kita bagaimana keadaan dunia ini apabila Hari Kiamat tiba.

إِذا زُلزِلَتِ الأَرضُ زِلزالَها

“Apabila bumi digoncangkan dengan segoncang-goncangnya”,

Kita boleh lihat bagaimana kalimah زلزل – Zalzala diulangi sebanyak dua kali dalam ayat ini.

Kalimah Zalzala bermaksud : Gempa-bumi

Tetapi dari segi bahasa, ia bermaksud :

“Terjatuh dan tergelincir”

إِذا زُلزِلَتِ الأَرضُ,

Bermaksud yang bumi waktu itu sedang bergegar dengan kuat, menjadi tidak stabil untuk manusia dan apa-apa sahaja yang di atasnya.

Ini akan terjadi pada Hari Kiamat nanti.

Bagaimana sifat gegaran itu..?

Allah telah berfirman di dalam Surah [ Al-Hajj : 1 ]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat)”.

Bahkan kesan kepada mereka dalam ayat seterusnya:

وَتَرَى النّاسَ سُكارىٰ وَما هُم بِسُكارىٰ

“dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk sama sekali”.

Demikian dalil-dalil lain agar kita mampu merasai “kesan” gegaran tersebut untuk lebih insaf ( gegar belum lagi, tetapi orang beriman boleh merasai gegar dalam hati, Insya Allah )

زِلزالَها

“gegaran-nya”

Ada tambahan dhomir ‘nya’ dalam kalimah itu..

Penambahan dhomir ‘ha’ (هَا) di hujung kalimah زِلزالَها merujuk kepada bumi,

yang tempat kita tinggal dan rasa senang duduk di atasnya.

Tafsir Ayat Ke-2:

Apakah yang akan terjadi kepada bumi?

وَأَخرَجَتِ الأَرضُ أَثقالَها

“dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya”,

أَخرَجَ

Mengeluarkan sesuatu.

أَثقالَها

Beban-bebannya

Ini sama seperti Surah [ Al Inshiqaq: 4 ]

وَأَلقَت ما فيها وَتَخَلَّت

“Dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong”

Pada masa ini, bumi akan mengeluarkan bongkah-bongkah emas, benda-benda yang bernilai tetapi manusia tidak lagi fikir tentang perkara tersebut.

Bahkan ada 3 golongan yang akan mengakui dosa mereka.

Apabila peristiwa dahsyat ni berlaku ( zilzal – kemudian bumi keluarkan bongkah emas / harta )

3 golongan yang akan mengakui dosa mereka:

( Hadis Riwayat Muslim mengenai ayat ini )

  1. Orang yang memutuskan silaturahim.
  2. Pencuri ( sehingga kerana ini dia dipotong tangan ).

( dalam tambahan riwayat yang lain ).

  1. Mereka yang membunuh

Hadis tersebut bukan gurauan, dalam sudut lain kejadian dan pengakuan tersebut menunjukkan salah satu dosa.

“putus silaturrahim adalah perkara yang dahsyat”

( setanding pencuri dan pembunuh )

Maka selepas ini bila baca surah ini, ingat bahawa antara dosa utama dalam kisah surah ini ialah,

“putuskan silaturrahim”.

Ibrah dan Kesimpulan

1. Surah Al-Zalzalah dimulakan dengan amaran yang keras, bermula AYAT PERTAMA lagi. Sebagai ingatan agar kita jangan lengah untuk bersedia.

2. Meskipun gegaran sebenar belum berlaku, orang beriman tetap akan mengambil pengajaran kerana “gegaran” hati takutkan azab Allah SWT.

3. Dalam hadis di sebalik peristiwa kiamat dapat juga kita ketahui bahawa, dosa memutuskan silaturrahim itu amat besar. Sedangkan itulah dosa yang kita selalu terlepas pandang.

 

Wallahu a’lam.

Komen dan Soalan