Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Tanggungjawab Dan Amanah

Tanggungjawab Dan Amanah

2325
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 13 Safar 1437H~

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”[Surah al-Ahzab 72]

#Disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan: “Ketika Adam Alaihissalam di pertanggungjawapkan dengan amanah itu dan selepas beliau sanggup menerimanya, Allah menjelaskan maksud amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka ia akan mendapat ganjaran. Sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.

#Ingatlah bahawa kepemimpinan dan kekuasaan adalah amanah yang berat dan berbahaya. Sesiapa yang diberi amanah dan tanggungjawab hendaklah dia benar-benar melaksanakannya dan jangan bersifat tipu dan khianat. Jika dia tunaikan dengan jujur dan benar-benar bertangungjawab terhadap rakyatnya maka dia akan mendapat keutamaan yang besar iaitu naungan Allah pada hari kiamat kelak.

#Dari Abu Zar r.a, dia berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kamu tidak memberiku jawatan?” Lalu baginda memegang bahuku dengan tangannya, kemudian bersabda:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْىٌ وَنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِى عَلَيْهِ فِيهَا

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau adalah orang yang lemah. Dan kekuasaan itu adalah amanah, dan kekuasaan tersebut pada hari kiamat menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkan kekuasaan tersebut dengan haknya dan melaksanakan kewajipan pada kekuasaannya itu” (HR Muslim)

Berwaspadalah, kerana jawatan, kekuasaan, amanah boleh membawa kita ke Syurga, juga boleh menyebabkan di merana sengsara di dalam Neraka

🐊Ust naim
Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2254.

Dari Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya, “Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun kecil. Walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudara mu.”

Komen dan Soalan