Utama Tazkirah Admin Mengenal Kehebatan Memuji Allah

Mengenal Kehebatan Memuji Allah

500
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian๐Ÿ”Š

~Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1437H~

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”[Surah al-Fatihah 2]

#Berkata al-Alusi: “AL-HAMD [ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ] menurut pendapat yang masyhur bermaksud puji-pujian dengan lisan terhadap kebaikan.

#Ibnu Abbas, Imam at-Thabari, Abu Hayyan dan Ibn ‘Athiyyah berpendapat AL-HAMD membawa makna syukur.

#Terdapat beberapa kelebihan mengamalkan lafaz AL-HAMD (puji-pujian):

1. Daripada Abu Sa’id al-Khudri, sabda Nabi saw:

“Apabila seseorang hamba berkata Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin (ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†), Allah berfirman: “HambaKu telah memujiKu” (HR Muslim, at-Tirmizi dan Abu Dawud)

2. Berkata Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba yang memujiNya ketika menjamah makanan dan memujiNya ketika menghirup minuman” (HR Muslim)

3. Sabda Nabi saw: “Tidaklah seseorang hamba yang mengucapkan “Alhamdulillah” ketika mendapat nikmat daripada Allah melainkan apa yang DIA beri akan menjadi lebih baik daripada apa yang dia ambil” (HR Ibnu Majah)

4. “Alhamdulillah” adalah kata-kata dan ucapan pujian penghuni syurga (Rujuk Surah Fathir ayat 34, Surah al-A’raf ayat 43 dan Surah az-Zumar ayat 43)

โ™กBanyakkan memuji Allah atas segala nikmat yang telah kita kecapi dan mentaati segala kehendakNya moga-moga kita tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang bersyukurโ™ก

๐ŸŠUst naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link ๐Ÿ‘† dan klik join)

Komen dan Soalan