Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran ♡Halal Menjana Minda Pintar ♡

♡Halal Menjana Minda Pintar ♡

17
0
KONGSI

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”
[Surah al-Baqarah 172]

#Makan atau memberi orang lain makan mestilah daripada sumber yang 100% halal. Ini merupakan perintah Allah swt dan hukumnya wajib serta perlu diutamakan.

#Makanan yang halal merupakan vitamin pintar yang asli dan tulen yang dapat menjana akal dan akhlak.

#Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka dia akan terjerumus ke dalam perkara yang diharamkan” (HR al-Bukhari)

#Kalam Allah dan amaran Rasulullah saw ini menerangkan kepada kita tentang kepentingan memilih yang halal dan baik serta memastikan sumbernya juga halal.

#Halal bukan hanya pada makanan. Pastikan juga alat kosmetik, bedak, sabun, syampu, ubat gigi, bahan-bahan masakan, pinggan mangkuk, berus-berus, losyen-losyen, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya mesti bersih, suci dan halal.

♡Halal menjana minda yang pintar dan akhlak yang terpuji serta kesihatan yang berpanjangan. Insyaallah!!♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan