Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Nota 9 Kelas Tafsir – Surah Adh-Dhuha (Ayat 3)

Nota 9 Kelas Tafsir – Surah Adh-Dhuha (Ayat 3)

1128
0
Iklan

Bismillah

Alhamdulilllah selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya, syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Mafhum hadis Nabi saw, “2 nikmat yang biasa manusia terlupa: kesihatan/masa lapang”

Insya Allah, kita akan masuk perbincangan ayat ke-3, tapi ada eloknya kita lihat (ulang kaji nota lepas):

“Apakah isyarat yang Allah hendak nyatakan pada sumpahannya??”

Tiada dalil yang khusus, akan tetapi, ulama tafsir simpulkan:

1. Allah mulakan sesuatu kenyataan dengan dahulukan sumpahan adalah untuk menarik perhatian manusia.

2. Isyarat dari Allah untuk menunjukkan perkara yang Allah nyatakan selepas sumpahan adalah perkara yang besar atau penting.

Jadi apakah yang Allah hendak tarik perhatian kita dengan sesuatu yg besar ini?

Maka sambung ayat ke-3 dari Surah Adh Dhuha ini:

Ayat Ketiga: (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Ruj: Terjemahan Al Quran, Tafsir Pimpinan Ar Rahman

Rupa-rupanya, Allah hendak TEGASKAN bahawa Dia tidak meninggalkan Rasulullah.. Sepertimana TUDUHAN wanita musyrik terhadap Baginda saw. Maka ayat ini memujuk Nabi saw “JANGAN BERSEDIH”

Ayat ini menjelaskan tentang Allah lah yang memberikan hikmah (kebijaksanaan) dan kekuatan yang Allah berikan kepada Nabi Musa, atas sebab: Nabi Musa sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik untuk Allah swt.

Mungkin persoalan biasa:

Apakah Rasul saw pun boleh bersedih?
J: Rasulullah saw manusia macam kita. Saat bapa saudara Rasul (Abu Talib) dan isteri (Khadijah ra) meninggal dunia, ia di panggil A’mul Huzni (Tahun Kesedihan)
Ini hujah berdasarkan sirah.

Tapi mungkin ada yang akan bertanya juga:
Betul ke Rasulullah bersedih..??

Sebenarnya, adalah normal jika ada timbul perasaan sedih kepada “Pejuang Agama Allah”

Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 2 : 154 dan 155

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

Ayat ini tentang “Pejuang”.. Dan lihat ayat seterusnya:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Point kita di sini: Ciri-ciri ujian kepada manusia:

1. Perasaan takut

2. Lapar (walaupun ada makanan depan mata, tapi mungkin tidak boleh makan sebab sakit mulut , darah tinggi , kencing manis dll)

3. Kekurangan dari harta / jiwa: kecurian, meninggal dan lain-lain.
Maka Rasulullah saw juga melalui 3 ujian ini.

Dari ayat ini sekarang, kita terima sifat takut /sedih adalah fitrah dalam diri manusia kerana ia ujian dari Allah.

Persoalan atau ilmu penting petang ini:

S: Bagaimana kita mahu atasi perasaan sedih/takut ini sehingga merasakan Allah bersama kita selalu?

Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 41 : 30

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
“Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka TETAP TEGUH di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

Dalam maksud lain, lihat dalam Al Quran, ayat tersebut mengajar kita untuk “ISTIQAMAH”

Pertama ~
Tatanazzalu a’laihimul Malaikat:
“Malaikat akan berulang-alik kepada hamba Allah yang istiqamah”

Kedua ~ Dan mengatakan
Alla takhafu wala tahzanu:
“Jangan la kamu bimbang (takut) dan jangan sedih”

Ketiga ~
Wa absyiru bil jannah:
“Memberikan khabar gembira (Syurga) kepada orang yg Istiqamah

Tidak kurang juga bagi Salaf, mengatakan saat ini berlaku apabila seseorang hamba Allah yang istiqamah sedang melalui sakaratul maut. Datang malaikat kepadanya memberikan berita Syurga supaya dia mati dalam keadaan yang baik (husnul khotimah).

Malaikat yang memujuk orang yang istiqamah, agar jangan takut dan sedih.

Bayangkan jika seseorang tengah bersedih / takut.. Tiba-tiba ada orang terdekat (mak, ayah, isteri, kawan) pujuk maka kita akan sedikit tenang.

Bagi yang istiqamah, jauh lebih baik..Malaikat yang pujuk!

Bila diri selama mana telah belajar istiqamah dalam iman, tiada takut atau sedih lagi menghadap ujian walaupun maut.

Firman Allah dalam surah yg lain:

Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 3 : 139

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

Firman Allah dalam surah yg lain:

Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 9 : 40
“La tahzan..innallaha ma’ana…”
Janganlah ada kesedihan bersama kita…(jika kita beriman kepada Allah).

Demi masa, manusia rugi kecuali (dengan turutan)
– beriman
– amal soleh
– pesan kebenaran
– SABAR

Sabar paling tinggi ialah untuk istiqamah jadi hamba Allah.

Kesimpulan pengajaran ayat 3:

1. Takut dan sedih adalah perkara normal / fitrah manusia. Yang penting ialah bagaimana kita mengatasinya MESTI la kembali kepada ajaran Allah.

2. Ubat paling besar untuk mengendalikan perasaan takut / sedih ialah ISTIQAMAH (bila jatuh..bangun semula!).

3. Allah bersama sama orang yang beriman. Maka jagalah iman kita, in sya Allah selama itu Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya yang beriman : Ma wadda a’ka robbuka wama qala.

Semoga kita semua semakin dekat dengan ayat ketiga dari Surah Dhuha ini.

Mungkin sebelum ini kita biasa baca ayat ini, tetapi lepas tadabbur ayat ini jauh lebih terkesan hati kita bila merasakan Allah “tidak pernah tinggalkan hambaNya yang beriman”.

Bila-bila berdua, mahupun keseorangan ingatlah, Ma wadda a’ka robbuka wama qala.
“Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu)”

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (3:38)”

Allahu’aklam.

Komen dan Soalan