Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 97

Nota Fiqh Wanita 97

285
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Adakah hadith dibawah ini sahih?

“Aku jamin rumah didasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.”
(HR Abu Daud)

Jawapan

Takhrij:

“أنا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقا، وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيت في أعلى الجنة لمن حسَّن خُلُقَه “رواه أبو داود، في كتاب: الأدب، باب:في حسن الخلق، رقم
الحديث: (4800).

Albani, hasan, sahih abu daud

 

Soalan 2

Sahihkah Syeikh, hadith darah istihadah keluar dari pembuluh darah riwayat Tirmidzi?

Jawapan

أن فاطمةَ بنتَ أَبِي حُبَيْشٍ كانت تُسْتَحَاضُ، فسأَلَتِ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم فقال : ذلك عِرْقٌ، ولَيْسَتْ بالحَيْضَةِ، فإذا أَقْبَلَتِ الحَيْضَةُ، فدَعِي الصلاةَ، وإذا أَدْبَرَتْ فاغتَسِلِي وصَلِّي .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 320

Ada dalam Bukhari Muslim dan kitab sunan yg 6
Terj:
Nabi bersabda pada Fatimah binti Abi hubaish tentang darah istihadhah yang dialaminya, nabi saw menjelaskan:
Darah istihadhah itu adalah darah yang keluar dari urat dan bukanlah haid. Apabila datang haid, maka tinggalkan salat. Apabila haid sudah putus (dan berganti darah istihadhah) maka cucilah darah istihadhah itu dan salatlah.

 

Soalan 3

Kenapa air kencing bayi lelaki bila terkena pakaian kita ,kita hanya percikkan air.Manakala untuk bayi perempuan perlu dicuci?

Jawapan

Pendapat Imam nawawi dalam syarah Muslim
a- Bayi laki-laki lebih sering dikendong dan di dokong oleh org, maka seringnya kencingnya ditemukan sehingga diringankan hukumnyua, cukup diperciki dan tidak dicuci.

b- Bayi laki-laki tidak kencing di satu tempat saja, namun ia kencing merata-rata. Hal ini berbeda dengan kencing bayi perempuan.
di atas kesulitan tsb maka dipermudahkan utk bayi lelaki
Ini ketika belum ada lagi kain lampin dan disposable diapers.
Dalam mazhab Hanafi dan Maliki, najis bayi lelaki dan perempuan dihukumkan sama. Wajib dibersihkan, yakni dialirkan air. Percik untuk bayi lelaki adalah dalam mazhab syafi’iy dan hanbali sahaja.

 

Soalan 4

Bagaimana  kiraan tempoh nifas bagi perempuan yang lahirkan baby kembar? Saya baca tempoh nifas dikira selepas kelahiran baby yang kedua?

Jawapan

Fatwa saudi, syaikh bin othaimin, risalah fi ad-dima’ attibbiyah linnisa’, berkata, mazhab syafi’iy menetapkan maksima haidh ialah 60 hari. Ia dihitung selepas kelahiran bayi kedua.
Manakala syaikhul Islam Ibn taymiyah tidak ada batas maksima dan minima. Jika kering, maka habislah nifas.

 

Soalan 5

Orang perempuan yang keluar darah istihadah boleh solat,puasa sunat boleh berjimak dengan suami. Tapi yang saya faham darah istihadah ini darah penyakit. Apakah tidak bahaya berjimak dengan suami kerana dikhuatiri suami dapat penyakit?

Jawapan

Darah yang kotor ialah haid bukan darah istihadhah.
Lihat AQ 2:222 (haid adalah darah kotoran)
Ulamak berbeda pendapat mengenai hubungan seks ketika isteri istihadhah; jumhur, boleh kecuali hanabilah.
Kata syaikh Uthaimin, ia dikembalikan kpd wanita istihadhah, jika dia sakit dan tidak bersedia utk jima’, maka suami hendaklah menahan diri, dalil:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

“Tidak boleh berbuat mudharat dan hal yang menimbulkan mudharat.” (Sunan Ibnu Majah, no.2341)

 

Soalan 6

Syeikh ,adakah hadith ,Allah melaknat orang yang mengacu senjata tajam pada kawan dia?

Jawapan

Hadith abu Hurayrah
حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ عَمْرٌو حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَشَارَ إِلَى أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّى يَدَعَهُ وَإِنْ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيهِ وَأُمِّهِ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

Barang siapa yang mengacukan senjata kepada saudaranya, maka malaikat akan melaknatinya hingga ia menurunkannya kembali. Walaupun dia saudara sebapak atau saudara seibu. [HR. Muslim No.4741].

 

Soalan 7

Apakah maksud hadith dari al-Daraqutni ,hadith mengenai jangan kahwini perempuan cantik beracun?

Sahihkah hadith ni Syeikh?

Jawapan

Tidak ada hadith seperti ini.
Yang ada cuma petua ulamak antaranya dalam fiqh syafi’ii:

وتكره بارعة الجمال لانها إما أن تزهو، أي تتكبر، لجمالها، أو تمتد الاعين إليها

Makruh hukumnya menikahi wanita yang cantik beracun karena dua pertimbangan:
Pertama, biasanya wanita yang terlalu cantik itu memiliki sifat sombong karena kecantikannya
Kedua, terlalu mata yang melirik kepadanya” [Hasyiyah I’anah al Thalibin 3/313]

 

Soalan 8

Betul ke kalau tidak mencukur bulu yang ada ditubuh kita macam bulu ketiak lebih 40 hari,akan menjadi tempat syaitan bergayut?

Jawapan

Hadits Anas bin Malik radhiallahu ’anhu berkata:

ﻭﻗﺖ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﻗﺺ ﺍﻟﺸﺎﺭﺏ ، ﻭﺗﻘﻠﻴﻢ‎ ‎ﺍﻷﻇﺎﻓﺮ ، ﻭﻧﺘﻒ ﺍﻹﺑﻂ ، ﻭﺣﻠﻖ ﺍﻟﻌﺎﻧﺔ ﺃﻻ‎ ‎ﻳﺘﺮﻙ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻳﻮﻣﺎً ) ﺭﻭﺍﻩ‎ ‎ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ 10/284 ﻭ ﻣﺴﻠﻢ 1/222(

“Kami diberi (ketentuan) waktu dalam mencukur kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur rambut sekitar kemaluan. Agar tidak melebihi dari empat puluh hari.”
(HR. Bukhari, 10/284 dan Muslim, 1/222)

Adapun tempat setan bergayut kepada bulu tu tidak ditemui dalam semua kitab sunan.

“siapa yg berdusta atas nama Nabi, sila tempat tempat dalam neraka”
al-hadith. Itu namanya Ziyadah atau tambahan perawi. Ia merosakkan hadith sahih

 

Soalan 9

Syeikh jika perempuan pandang lelaki untuk kali pertama adalah dikira harus juga? Kali ke 2 dan selanjutnya bagaimana hukumnya?

Jawapan

Fatwa saudi, syaikh uthaimin, hukum wanita melihat lelaki ada dua:
1. Dengan syahwat, maka sama dgn lelaki.

Dalil
إن اللهَ كتب على ابنِ آدمَ حظَّه من الزنا ، أدرك ذلك لا محالةَ ، فزنا العينِ النظرُ ، وزنا اللسانِ المنطقُ ، والنفسُ تتمنى وتشتهي ، والفرجُ يصدقُ ذلك كلَّه أو يكذبُه

“sesungguhnya Allah telah menakdirkan bahwa pada setiap anak Adam memiliki bagian dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Zinanya mata adalah penglihatan, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan nafsu (zina hati) adalah berkeinginan dan berangan-angan, dan kemaluanlah yang membenarkan atau mengingkarinya”
(HR. Al Bukhari 6243).

2. Tanpa syahwat, tidak mengapa

3. Yang lebih utama:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya”
( AQ An Nuur 24:31)

 

Soalan 10

Adakah perbezaan antara hukum fiqh dengan usyul Fiqh?

Jawapan

Hukum fiqh = ilmu amali dari dalil-dalil syarak
Usyul fiqh = ilmu alat atau metod utk mengeluarkan hukum fiqh.

Maka, ilmu fiqh adalah produk, usyul fiqh adalah metod nak keluarkan hukum fiqh.
Bagi ahli fiqh, org yang pakar dalam hukum, kena belajar usyul fiqh dulu.

Usyul Fiqh.

Cara nak memahami perbuatan Rasulullah saw (أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)
dari kitab Usyul fiqh ahli Hadith oleh zakariya al Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA
* usyul ini membedah implikasi fiqh atau syariat disebalik tindakan dan amalan Nabi saw, ada yg mengatakan semua perbuatan Nabi adalah syariat dan ada yg mengatakan ada yg bersifat syariat dan bukan syariat. dalam usyul ini kita akan memaparkan 14 kaedah sub-usyul atau Kaedah sunnah disebalik perbuatan Nabi tsb

A. Kaedah pertama

Perbuatan khusus tidak thabit kecuali dengan dalil

(القاعدة الأولى : الخصوصية لا تثبت إلا بدليل)

B. Kaedah kedua

Tidak disyariatkan melakukan sesuatu amalan Nabi yang beliau tidak berterusan dilakukan beliau dalam Ibadat

(القاعدة الثانية : لا يشرع المداومة على ما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات )
الأصل في العبادات المنع ، فما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات لا يشرع المداومة عليه ، كعدممداومته على فعل النوافل جماعة

Hukum asal dlm ibadat ialah tegahan. maka sesuatu amalan/ibadat yang tidak berterusan diamalkan oleh baginda, tidak disyariatkan kepada umatnya untuk melakukan secara berterusan. misalnya Nabi tidak berterusan melakukan solat sunat berjamaah melainkan sekali sekala sahaja.

Dalilnya:

عن أنس بن مالك أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته له فأكل منه ثم قال قوموا فلأصل لكم قال أنس فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس فنضحته بماء فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم وصففت أنا واليتيم وراءه والعجوز من ورائنا فصلى لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين ثم انصرف

“Dari Anas bin Malik ia berkata bahwasanya neneknya (yang bernama) Mulaikah mengundang Nabi saw untuk memakan makanan yang telah dibuatnya untuk Nabi saw. Maka Nabi pun memakannya kemudian beliau berkata, ‘Marilah sholat aku akan mengimami kalian.’ Anas berkata, ‘Maka akupun mengambil sebuah tikar milik kami yang sudah menghitam karena telah lama dipakai lalu akupun memercikkan air pada tidak tersebut.’ Rasulullah saw berdiri (untuk sholat) dan aku bersama seorang anak yatim berdiri satu shaf di belakang beliau dan orang yang tua (yaitu nenek beliau) di belakang kami. Lalu Rasulullah saw sholat dua rakaat kemudian beliau berpaling (selesai dari sholat).” (أخرجه البخاري ( 380 ) ومسلم ( 658 ) )

Rumusan syaikhul Islam (Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyah, ms 81):

1. Boleh melakukan solat sunat secara berjamaah, asalkan tidak dijadikan upacara rutin (misalnya solat Hajat erdana, pen)
2. Boleh melakukan secara berjamaah, jika seseorang merasai susah atau tidak khusyuk, cuma tidak boleh dilakukan secara berterusan. (qiamullail berjamaah, pen)
3. Hukum umum, solat sunat lebih utama di rumah dan lebih utama secara individu atau solo

Bila kita faham usyul kedua ini, maka kita faham amalan masyarakat mengadakan majlis solat hajat perdana spm adalah perbuatan bid’ah kerana ia dilakukan secara berterusan dan saban tahun.

 

Soalan 11

Syeikh, adakah hadith perempuan telanjang semasa tawaf dalam hadith muslim itu dalam riwayat muslim dan siapa perempuan itu?

Jawapan

Tafsir Ibn Katsier, al-A’raaf ayat 31

{ يَابَنِيۤ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَٱشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُوۤاْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ }

هذه الآية الكريمة رد على المشركين فيما كانوا يعتمدونه؛ من الطواف بالبيت عراة؛ كما رواه مسلم والنسائي وابن جرير، واللفظ له من حديث شعبة عن سلمة بن كهيل عن مسلم البطين عن سعيد بن جبير عن ابن عباس: قال: كانوا يطوفون بالبيت عراة، الرجال والنساء، الرجال بالنهار، والنساء بالليل، وكانت المرأة تقول:

اليومَ يبدو بعضُه أو كلُّه وما بدا منه فلا أُحِلُّه

terj:
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al A’raf: 31)
kata Ibn katsir, ayat ni membantah tradisi musyrikin khususnya arab jahiliyah termasuk quraish yg melakukan ritual haji, tawaf dengan telanjang. Hadith riwayat Muslim, anNasa’iy dan Ibn Jareer, ini lafaz Ibn jarir bahawa dari Ibn Abbas, yg berkata, “dulu, kaum musyrik lelaki dan perempuan melakukan tawaf dlm keadaan bogel, lelaki disiangnya, manakala perempuan disebelah malamnya….hingga seterusnya.

Rumusan: Tawaf dlm keadaan bogel ni bukan seorang perempuan, tapi kebanyakannya. Itu adalah manasik haji org musyrikin dulu, sblm Islam, selepas fathul Makkah, Nabi saw umumkan, haji cara bogel ni diharamkan.

 

Soalan 12

Jawapan

عَنْ أَنَس رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ :«إِنَّ مِنْ اقْتِرَاب السَّاعَة أَنْ يُرَى الْهِلاَل لِلَيْلَة فَيُقَالُ : لِلَيلَتَينِ، وَأَنْ يَظْهَر مَوتُ الْفَجْأة، وَأَنْ تُتَّخَذ الْمَسَاجِد طُرُقاً

Ertinya: Dari Anas رضي الله عنه, bahwa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Sesungguhnya bahagian dari tanda dekatnya Hari Kiamat adalah bahwa Bulan terlihat dalam satu malam seperti untuk dua malam (– maksudnya:Lebih besar dari biasanya, pen–), dan banyak terjadi mati mendadak, dan masjid dijadikan tempat lewat.”  

Ini bukan merujuk kpd fenomena “supermoon”, tapi cepatnya masa. Anak bulan itu nampak cepat membesar. Bulan malam pertama itu seolah-olah hilal malam kedua.

 

Soalan 13

Adakah sahih kisah jibril masukkan tanah dalam mulut firaun ketika firaun hampir tenggelam sebab takut dia mengucap dan Allah ampunkan dia?

Jawapan

Sahih

ورواه أحمد وابن حبان بلفظ: إن جبريل كان يدس في فم فرعون الطين، مخافة أن يقول: لا إله إلا الله. وصحح إسناده أحمد شاكر، وحسين أسد
terj:
Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan selut, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illalLah.
HR Ahmad, sahih sanad ahmad syakir, Ibn Hibban, sahih kata Husin Asad

Jibril bertindak atas perintah Allah. Dalil:
“Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”
(AQ 10:90) .

Tafsir: Bila firaun melafazkan syahadah, Allah perintah Jibril menyumbat mualoosi,tafsir aloosi.

 

Soalan 14

Syeikh,adakah terdapat hadis sahih menyatakan syaitan tidak dapat menyerupai Nabi saw?

Jawapan

مَنْ رَآنِى فِى الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِى فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِى

“Siapa saja yang melihatku dalam mimpi, maka ia benar telah melihatku karena setan tidak mungkin menyerupai diriku.”
(HR. Muslim no. 2266, perawi akhir abu Hurayrah ra)

 

 

Komen dan Soalan