Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 94

Nota Fiqh Wanita 94

376
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Adakah muktamad larangan berniaga di dalam masjid atau ada qaul mazhab yang membolehkan? Misalnya sebahagian keuntungan diinfakkan ke sekolah tahfiz yang attached dengan mainbuilding masjid, bolehkah berbuat demikian?

Jawapan

Ia tidak muktamad, mazhab hanafi antara mazhab yg paling advance dalam fiqh mu’amalat berbanding mazhab yg lain membolehkannya dgn beberapa syarat:
1. Ia menjual barangan yg amat diperlukan oleh penduduk sekitar, misalnya kitab2 yg digunakan untuk pengajian di mesjid tsb.
2. Ia bernilai kecil, nilai bisness itu tidak berskala besar
3. Ia berada di luar kawasan ruangan solat
4. Ia dipantau oleh AJK mesjid

 

Soalan 2

a. Ucapkan salam sebelum berpisah adalah sunnah?

b. Sekiranya untuk berdakwah, kita beri salam (Assalamualaikum) kepada non-muslim, adakah boleh?

Jawapan

Imam Nawawi dlam riadhus solihin kata sunnah, dan dia tulis bab khas berjudul “Bab sunnahnya mengucapkan salam ketika meninggalkan majlis dan berpisah dengan rakan-rakan.”

Kata Imam Nawawi, hukumnya haram, dalilnya:

لَا تَبْدَءُوا الْيَهُود وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ ،

“Janganlah kamu memulai mengucapkan salam kepada Yahudi dan Nasrani. ” (HR. al- Muslim dari Abu Hurairah)
Jika audience bercampur dgn muslim, maka dibolehkan, jika non-muslim 100% kafir, maka tidak dibolehkan kerana salam mengandungi doa, keberkatan, keselamatan dunia dan akhirat. mana mungkin mereka berhak mendapat doa dan berkat sedangkan mereka masih kufur?

 

Soalan 3

Dalam hadis ada mengatakan antara 3 ciri untuk merasakan kelazatan iman adalah mencintai seseorang didasari kerana cinta kepada Allah. Apakah maksudnya?

Jawapan

Maksud menyintai seseorang di dasari kerana Allah:
( أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما )= Mencintai
Seseorang, yang dia tidak mencintai orang tersebut kecuali karena Allah dan
mengasihi seseorang bukan kerana sebab keduniaan, kerabat atau alumni, tapi kerana Allah. Inilah persahabatan sejati.

 

Soalan 4

Sahihkah hadis ini?
” Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. , dia bersabda,’Barang siapa yg melihat (mengintip) ke dalam rumah suatu kaum tanpa seizin penghuninya, maka telah halal bagi mrk memukul matanya.”

Jawapan

Sahih. Bukhari muslim, dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

“لَوْ أَنَّ امْرَأً اِطْلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ فَخَذَفَتْهُ بِحُصَاةٍ فَفَقَأَتْ عَيْنُهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ”

“Sekiranya ada seseorang yang mengintip rumahmu tanpa izin, lalu engkau melemparnya dengan batu hingga tercungkil matanya, maka tiada dosa atasmu”.
[Hadits riwayat Al Bukhari dan Muslim].

Fiqh hadith:
Haramnya mengintai-intai rumah orang, jika tuan rumah menghukum maka tuan rumah tidak dikenakan hukum Qisas.

 

Soalan 5

Adakah sahih hadith dibawah ini Syeikh?

At-Thabrani meriwayatkan dari Hasan bin ‘Ali Kwh, beliau berkata kepada Mu’awiyah bin Khadij “Wahai Mu’awiyah bin Khadij, hati-hatilah dari membenci kami, karena sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda :
“Tiada seseorangpun yang membenci dan menghasud kami kecuali akan dihalau dari Al-Haudh dengan cambuk dari api”.

Jawapan

15008 وعن الحسن بن علي أنه قال : يا معاوية بن خديج ، إياك وبغضنا ; فإن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال : ” لا يبغضنا ولا يحسدنا أحد إلا ذيد عن الحوض يوم القيامة بسياط من نار ” .
رواه الطبراني في الأوسط ، وفيه عبد الله بن عمرو الواقفي ، وهو كذاب
al-Haithami dlm Majma’ no 15008, palsu, kerana perawi pendusta, abdullah bin amru al-waqi’iy.

 

Soalan 6

Sampai hari keberapa dikira mati syahid disebabkan mati melahirkan anak.

Jawapan

Kena lihat dalil hadith dulu, dan start faham dari situ:
شهداء أمتي إذاً لقليل ، القتل في سبيل الله عز وجل شهادة ، والطاعون شهادة ، والغرق شهادة ، والبطن شهادة ، والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة
“orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit. Orang yang mati berjihad di jalan Allah, syahid, orang yang mati karena ta’un, syahid. Orang yang mati lemas, syahid. Orang yang mati karena komplikasi perut (kanser usus), syahid. Dan wanita yang mati karena nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju surga dengan tali pusarnya. (HR. Ahmad, no 15998. Syaikh Syuaib Al-Arnauth: Sahih li Ghairih).

Syarah: wanita yg mati kerana proses kehamilan, baik kerana keguguran, semasa delivery, pasca delivery, semuanya syahid, kerana keumuman bahasa arab di atas, mati kerana nifas.

Hadith itu berkata, mati kerana nifas. Yakni mati kerana kelahiran baby, baik mati kerana gugur, sebab bahasa arab ni nifas ni cover juga gugur, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, nifas kan sampai 60 hari.

Syahid kerana kelahiran:
1. jika mati kerana gugur janin
2. mati semasa melahirkan dalam labor room
3. mati dalam masa pantang

 

Soalan 7

Sheikh,adakah perlu islamisation of knowledge? Gagasan Syed Naquib Al Attas

Jawapan

Islamisasi Ilmu ni bermula di zaman Khalifah al-Ma’mun bin Harun al-Rashid, era dinasti Abbasiah yang mendirikan Baitul Hikmah di Baghdad utk islamisasikan ilmu dari Greek, Rome dan Farsi, hingga masuklah pelbagai ilmu ke dalam tamaddun Islam termasuk falsafah, kesufian dan kebatinan.
Adapun gerakan islamisasi ilmu ni dicetuskan semula oleh Prof dr Ismail raji al-faruqi, yg menetap di USA dan dia mengasaskan IIIT di chicago utk meneruskan usaha islamisasi ilmu.
Ianya perlu sebab:

1. Barat mendahului dan memimpin tamaddun
2. Ujudnya dualisma pendidikan dalam negara OIC: pendidikan sekuler ala barat dan pendidikan tradisional keagamaan.
Maka utk sintesis kedua aliran ini, maka perlunya islamization of knowledge,
IPTA terbaik yg melakukan sintesis tsb ialah UIAM, USIM

 

Soalan 8

a. Apakah sahih kisah dibawah ini? Jugak disebut dalam manhaj haraki.
b. Jika sahih, seolah2nya tidak boleh tahaluf dengan kafir sekiranya ade laba kuasa utk diberi pada kafir. Mohon pencerahan Sheikh.

Dialog Rasulullah s.a.w dengan Bani Amir bin Sokso’ah

Datang Rasulullah kepada Bani Amir bin Sokso’ah maka diseru mereka supaya beriman kepada Allah dan meminta mereka supaya melindungi baginda, maka berkata salah seorang daripada mereka bernama Buhairah bin Faras,:

” Demi Allah jika kita melindungi pemuda Quraisy ini kita akan dapat mengalahkan Arab seluruhnya (hasil pengamatan nya kepada ketokohan baginda) lalu dia bertanya Rasulullah: jika sekiranya kami berbai’ah dengan kamu untuk memimpin kami kemudian Allah memenangkan kamu keatas sesiapa yang menentang kamu, adakah bagi kami bahagian pemerintahan selepas kamu..”

Jawab Rasulullah dengan tegas: ” Pemerintahan hak Allah, Dia berhak untuk meletakannya di mana saja yang Dia suka”

Lantas dibalas terus oleh Buhairah: Adakah patut kami mendedahkan leher-leher kami ( sanggup mati) berdepan dengan Arab demi mempertahankan engkau tetapi apabila engkau dimenangkan Allah maka pemerintahan selepas itu diserahkan kepada selain kTahalluf tidak berhajat dengan tawaran kamu ini maka mereka enggan menerimanya…” (seerah Nabawiyyah:Ibn Hisyam )

Jawapan

Sahih, ada dalam Raheeq makhtum
وأتى إلى بني عامر بن صعصعة
، فدعاهم إلى الله، وعرض عليهم نفسه، فقال بحيرة بن فراس (رجل منهم) : والله لو أني أخذت هذا الفتى من قريش لأكلت به العرب، ثم قال: أرأيت إن نحن بايعناك على أمرك، ثم أظهرك الله على من خالفك أيكون لنا الأمر من بعدك؟ قال: الأمر إلى الله، يضعه حيث يشاء،
ada dalam seerah Ibn Hisham
ada dalam seerah Ibn Katsir.

Fiqh seerah:
Fiqh tahalluf adalah isu ijtihad. Maksudnya, pemimpin dan majlis syura yg boleh mementukan strategi tahaluf utk menarik maslahah dan menolak mafsadat kpd Islam dan umatnya.

 

Soalan 9

Apa ganjaran bagi seorang muazzin? Adakah hadith mengenai nya?

Jawapan

إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sesungguhnya muadzin adalah orang yang paling panjang lehernya di hari kiamat nanti. (HR. Muslim No. 387)

Fiqh hadith:
Panjang leher tu majaz bukan zahir teks spt zirafah. dalam majaz arab, panjang leher ialah menjadi pemimpin di hari mahsyar. Juga maksudnya, orang yang paling banyak pahala di hari kiamat kelak, (Baghawi, syarah sunnah, 2:277)

 

Soalan 10

Hadith yg tak boleh pisahkan induk haiwan dgn anaknya sahih yer?

Jawapan

من فرَّق بين والدةٍ و ولدِها فرَّق اللهُ بينه و بين أَحِبَّتِه يومَ القيامةِ
الراوي : أبو أيوب الأنصاري | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 6412 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Terjemahnya:
Barangsiapa yang memisahkan anak dan induknya, maka Allah akan memisahkan dirinya dengan orang yang dia kasihi pada hari kiamat nanti.” HR abu daud, Termizi, dia mendhaifkan *hasan gharib), disahihkan oleh albani, sahih aljaami’ kerana banyak syawahid, no 6412, dhaif di sisi Mutaqaddimin.

 

Soalan 11

Dalam usul 12 (usul 20 ISHAB) ada disebut terma Bid’ah tarkiyah..boleh sheikh bagi beberapa contoh? selain contoh tak nak kahwin utk dekatkan diri pada Allah..

Jawapan

Bid’ah Tarkiyah (bid’ah dengan meninggalkan sesuatu), yaitu setiap orang yang meninggalkan sesuatu dari perkara agama atau perkara yang mubah (boleh) dalam rangka beribadah (dengan niat untuk beribadah) seperti meninggalkan menikah, atau meninggalkan memakan daging (menyerupai vegetarian) dalam rangka beribadah. (Al-Qaulul Mufiid Fi Adilatit Tauhid, Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab al-Whusoby : 182)

 

Soalan 12

Mohon penjelasan mengenai azab kubur sebelum kita di hisab di akhirat. Azab kubur adalah kiamat kecilkan?

Jawapan

Dalilnya mutawatir, akidah ahli sunnah, akidah salaf, beriman dgn azab kubur

وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

“Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang. Pada hari terjadinya kiamat (dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”. [AQ Al Mu`min: 45-46]

Hadith

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu dari azab kubur, saya berlindung kepada-Mu DenganAzabKubur Masih Ad Dajjal, saya berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang.” [HR Al Bukhari (832) dan Muslim (589) dari Aisyah ra]
kena baca kitab akidah, spt akidah tohawiyah

 

Soalan 13

Bolehkah jika berhadas besar(lelaki, perempuan)memegang dan membaca Quran ?

Jawapan

Pertama: Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca alQur’an tanpa wudhu’ dan tanpa menyentuh musyhaf, namun berwudhu’ itu lebih afdhal (Imam Syaraf anNawawi, alMajmu’ Jld 2, ms 76)

Kedua: Orang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa dari musyhaf. Khilaf fiqhi, jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegahnya berdasarkan dalil Qur’ani alWaqi’ah:78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Para pentahqeeq (penilai semula) terdiri dari pentarjih hadis dan ahli tafsir alQur’an berpendapat orang berhadas kecil dan besar boleh membawa, menyentuh dan membaca alQur’an. Antaranya ialah Imam alHafidz asySyawkani (nailool Awthor, Jld 1), Imam alHafiz Ibn Hajar (Fathul Baari, Jld 1) mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu alQur’an yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah alWaqi’ah yg secara mutlak merujuk kepada Malaikat, kerana ayat 11-16 (S Abasa) dan ayat alBBacaDanSentuhQuran kuatkan tafsiran ayat 79 (S Waqi’ah) itu adalah Malaikat. Dari pengkaji hadis pula mendapati hadis-hadis yg menegah orang hadas menyentuh alQur’an ada cacatnya.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum fiqih dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad,as-ilatu thalatah Haulaha al Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini.

Hukum pertengahan ialah Makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa musyhaf.

 

Soalan 14

Ada pendapat, “AllahuAkbar” jadikan 34x , ada asal pendapat ni, boleh sharekan dalilnya?
Adakah sunnah kalau ikut pendapat tersebut?

Jawapan

Sunnah, dalil:

معقبات لا يخيب قائلهن أو فاعلهن دبر كل صلاة مكتوبة ثلاث وثلاثون تسبيحة وثلاث وثلاثون تحميدة وأربع وثلاثون تكبيرة

“Ada beberapa amalan penyerta yang barangsiapa mengucapkannya atau melakukannya setelah usai shalat wajib maka dirinya tidak akan merugi, yaitu bertasbih sebanyak 33x, bertahmid sebanyak 33x, dan bertakbir sebanyak 34x.” (HR. Muslim no. 596).
lihat hashiah/syarah Hisnul Muslim, ms 145

 

Soalan 15

Sahihkah hadith dibawah Syeikh?

Berdua-duaan lah dengan ALLAH pada selepas asar sehingga terbenam matahari kerana waktu itu adalah kemuncak hari arafah dimana segala doa dimakbulkan ALLAH dan pintu langit terbuka seluas luasnya “

Jawapan

Tidak ditemui dalam mana2 kitab sunan, yang sahih, tidak ditentukan waktunya, dalil:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi no. 3585, albani sahih)

 

Soalan 16

Ittaqu firasatul mukmin, fainnahu yanzuru binurillah, sahihkah hadith ni sheikh?

Jawapan

” اتقوا فراسة المؤمن فإنه ينظر بنور الله “
(“Hati- hatilah dengan firasat orang yang beriman, karena dia melihat dengan cahaya Allah.)
رواه الترمذي ( 3127 ) من حديث أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – ، وإسناده ضعيف ، فيه عطية بن سعيد العوفي ضعَّفه أحمد وأبو زرعة
HR Termidzi, no 3127, beliau mendhaifkannya kerana perawi ‘Athiyah bin said al-‘Awfa
versi sahih:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لله عبادا يعرفون الناس بالتوسم
حديث أنس – رضي الله عنه – قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم :” إن لله عباداً يعرفون الناس بالتوسم ” ، رواه الطبراني في ” الأوسط ” ( 3 / 207 ) ، وابن جرير الطبري في ” التفسير ” ( 14 / 46 ) .
قال الهيثمي : رواه البزار والطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Artinya:
“Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang mereka mengetahui manusia dengan tanda-tanda”
HR Tabrani dan Ibn Jarir Tobari, diklaskan hasan oleh al-Haithami dan al-albani

 

Soalan 17

a. Kerajaan Islam silam ada memberi dana untuk gereja dan rumah ibadat zimmi kerana mereka membayar jizyah. Boleh bagi rujukan ini syeikh?

Jawapan

Ref:
“Ketika masa pemerintahan sultan sulaiman (othmaniah), dinding wailing wall yahudi runtuh. sultan sulaiman memerintahkan ia segera di perbaiki dan kekal sampai sekarang dengan dana negara.
Hussayn, Abdul-Latif, ‘Tasamuh al-Gharb Ma’l-Muslimeen,’ ms. 67
the Archbishop of Rifardashir and leader of all the bishops of Persia, Pope Geoff III, Pope untuk parsi, memberitahu:
orang arab yg bangkit menjadi kuasa terunggul dunia tidak pernah mengganggu agama kristian, malah memberi simpati dan membantu dgn dana dan sedekah kpd gereja, padri dan penganut kristian.”
Thomas Arnold, , ‘Invitation To Islam,’ ms. 102
Mazhab hanafi, membolehkan kontraktor Islam membina gereja:

ولو آجر نفسه ليعمل في الكنيسة ويعمرها لا بأس به لأنه لا معصية في عين العمل

Terjemahnya;
“Sekiranya mengupahkan dirinya supaya bekerja [membina] gereja, maka itu tidak mengapa. Ini kerana, tiada maksiat pada kerja itu” [Hashiah Ibn Abidin, Radd al-Mukhtar, 6/931]

 

Soalan 18

Ada seorang muslim menjalankan kerja2 printing baju. Ada orang kristian buat tempahan baju untuk program gereja (tulisan pada baju adalah quote ayat bible). Apakah hukum mengambil tempahan tersebut?

Jawapan

Print Tshirt utk church  di larang keras, dalilnya:
“dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” AQ al-maidah ayat 2
” Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku” al-Kaafirun ayat 6.

Maksudnya kita tolak dengan baik dan beritahu stand kita dalam isu agama.

 

Soalan 19

Ada contractor buat kerja pembaikian gereja datang ke kedai muslim untuk membeli alat2 utk tujuan baiki gereja. Apakah hukum menjual bagi muslim itu?

Jawapan

Pembekal muslim membekalkan barangan binaan kpd syarikat baikpulih church
Hukumnya boleh, sebab pembekal dia boleh membekalkan kepada siapa sahaja tanpa perlu merisiknya.
Dalil:
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama ” al-Mumtahinan ayat 8

 

Soalan 20

Berkenaan muamalah dengan non muslim di sarawak

Ketua Menteri mendapat permintaan golongan kristian untuk membina gereja atau menyumbang kepada program2 gereja. Apakah hukum menyumbang? Ketua menteri adalah orang islam.

Jawapan

Hukumnya boleh. alasannya kerana :
1. memenuhi kontrak sosial,
2. status negara Malaysia bukan islamic state sepenuhnya,
3. status warganegara yg sama utk semua, tidak ada muslim dan zimmiyin spt zaman dulu
4. semua rakyat sama rata membayar cukai pendapatan atau income tax, maka agihan percukaian adalah berdasarkan sistem dan dasar kewangan negeri.
5. dalam Islam, hubungan dgn ahlil kitab adalah kuat,
a. boleh nikah kawin dgn perempuan kristian yg suci
b. boleh makan sembelihan ahlil kitab
c. boleh memberi daging korban dan zakat kpd kitabiah
d. kerajaan Islam silam ada memberi dana untuk gereja dan rumah ibadat zimmi kerana mereka membayar jizyah

Komen dan Soalan