Utama UiTO Bicara THTL Waktu Mustajab Berdoa : ketika Sujud

Waktu Mustajab Berdoa : ketika Sujud

34
0
KONGSI
Gambar Bersujud - DP BBM Keren

 

Walaupun sudah dijelaskan dalam siri #5 , pengarang ( Dr Ammar Yasir Qadhi , Madina ) menjelaskan sekali lagi untuk menguatkan hujah beliau.

 

Dalil Hadith :


أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

“ Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhan-nya adalah ketika sujud , maka perbanyaklah do’a ketika itu  ”

( HR Muslim no. 482 , dari Abu Hurairah )


Kata Ibn Othaimin ( Fatwa Nur ‘ala Darb ) ketika mensyarah hadith ini , ia bermaksud berulang-ulang dan tidak boleh terlalu lama pada sujud terakhir .  Thuma’ninahnya kena sama untuk semua gerakan .

 

Dalil Hadith :
كَانَ رُكُوعُ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَسُجُودُهُ وَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ وَبَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ قَرِيبًا مِنَ السَّوَاءِ

“ Ruku’ , sujud , bangkit dari ruku’ (i’tidal) , dan duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi SAW , semuanya hampir sama (lama dan thuma’ninahnya) ”

( HR Bukhari no. 801 dan Muslim no. 471 dari al-Barra’ bin Azib ra )


Juga dilarang membaca AQ ketika sujud.

 

Dalil Hadith :

وَإِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِى الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

“ Ketahuilah, aku dilarang untuk membaca al-Qur’an dalam keadaan ruku’ atau sujud . Adapun ruku’ maka agungkanlah Rabb azza wa jalla , sedangkan sujud , maka berusahalah bersungguh-sungguh dalam doa , sehingga layak dikabulkan untukmu ”

( HR Muslim no. 479 dari Ibn Abbas ra )


Namun jika ayat Al-Quran itu berunsur doa seperti ini :

 

 رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“ Ya Tuhan kami , berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka ”

( Aq Al-Baqarah 2 : 201 )

Maka dibolehkan dibaca ketika rukuk dan sujud.

Komen dan Soalan