Utama UiTO Bicara THTL Waktu Mustajab Berdoa : Ketika Membaca Al-Fatihah

Waktu Mustajab Berdoa : Ketika Membaca Al-Fatihah

1059
0
Iklan

 

 

Dalil Hadith :

 

Sebuah hadith Qudsi dari jalur Abu Hurayrah ra ,


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول : قال الله تعالى :
( قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال العبد : الحمد لله رب العالمين ، قال الله تعالى : حمدني عبدي ، وإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله تعالى : أثنى علي عبدي ، وإذا قال : مالك يوم الدين ، قال : مجدني عبدي ، وقال مرة : فوض إلي عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : اهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم ، غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل )

Terj :

Allah Ta’ala berfirman : “ Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian , untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya.”
(Rasulullah meneruskan):
“Bila hamba membaca Alhamdulillahirabbil’alamiin, Allah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku memuji-Ku’. Bila hamba membaca Arrahmaanirrahiim, Allah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku menyanjung-Ku’. Bila hamba membaca Malikiyawmiddiin, Allah Ta’ala menyahut, ‘Hamba-Ku memuliakan-Ku. Bila hamba membaca Iyyaakana’budu Waiyyaakanasta’iin, (Allah menyahut): ‘Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya.’ Bila hamba membaca Ihdinashiraathal mustaqiim Shiraathaldzina an’amta’alaihim ghairilmaghdhuubi ’alaihim waladhdhaaliin, (Allah menyahut): ‘Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya ”

( HR Muslim no 395 )

Fiqh ayat :
1. Fokus kepada maksud dalam surah al-Fatihah ketika anda membacanya.

2. Ikhlas setulusnya ketika membaca al-Fatihah.

Maka ketika anda membaca surah al-Fatihah dalam solat , bacalah dengan khusyu’ dan tawadhuk kerana Allah sedang menjawab bacaan anda.

Rujukan Syaikh Abu Ammar Yusof qadhi , du’a silahul mukmin , madinah.



Komen dan Soalan