Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 89

Nota Fiqh Wanita 89

267
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Kawan saya keguguran dan janin berusia 3 bulan setengah. Janin telah cukup sifatnya. Minta panduan dan nasihat cara untuk kebumikan janin tersebut, samada kebumi macam bayi atau bagaimana?

Jawapan

Fatwa Imam Ahmad

قال الإمام أحمد رحمه الله : ” إذا أتى له أربعة أشهر غُسّل وصلي عليه ، وهذا قول سعيد بن المسيب ، وابن سيرين ، وإسحاق ، وصلى ابن عمر على ابن لابنته ولد ميتاً “

Imam Ahmad ibn hanbal rh mengatakan, ‘Jika janin telah berusia 4 bulan, dia dimandikan dan disalati. Ini merupakan pendapat Said bin Musayib, Ibnu Sirin, dan Ishaq bin Rahuyah. Ibnu Umar menyalati cucunya yang terakhir dalam keadaan telah meninggal.’ (al-Mughni, 2/393).
Bayi bawah 4 bulan tidak disolati

 

Soalan 2

a. Dengan keadaan di syria sedang bergolak adakah kita di Malaysia perlu buat qunut nazilah tiap solat 5 waktu?

b. Bolehkah qunut nazilah diganti dengan qunut solat subuh?

Jawapan

a. Qunut nazilah utk syria

Qunut nazilah=qunut utk melaknat sesuatu kaum yg menzalimi umat Islam
dalam kes syria, ia adalah perang saudara antara kerajaan parti Baath ke atas pemberontak bersenjata dari pelbagai aliran dan mazhab termasuk ikhwan, isis dan kurdish. Maka malaysia tidak dapat menentukan siapa yg patut dilaknat dalam konflik berdarah tsb. maka bila pemerintah malaysia pun tidak menyatakan pihak mana yg benar, maka rakyat Malaysia tidak perlu melakukan qunut tsb.

b. Mengganti qunut nazilah dgn qunut subuh

Jawab: memang itulah yg dilakukan oleh mazhab lain, mereka telah menghentikan qunut subuh kerana ia sebenarnya qunut nazilah, yakni qunut yg dibaca bila uat islam di zalimi musuh dan umat islam tidak mampu membalas secara military. hanya sanya mazhab syafi’iy yg mengekalkan qunut subuh sbg tambahan kpd solat subuh dan menyifatkan ia sbg sunat yg berat, sapa yg tertinggal kena sujud sahwi.

 

Soalan 3

Rasulullah kata, peniaga yang jujur dan amanah akan masuk syurga bersama orang-orang yang benar membenarkan agama, orang yang mati syahid dan para nabi. Adakah betul dari hadis?

Jawapan

Hadith businessman yang jujur
التَّاجرُ الصَّدوقُ الأمينُ معَ النَّبيِّينَ والصِّدِّيقينَ والشُّهداءِ
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 1209 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
Peniaga yang jujur dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid dan para solihin. dhaif, albani, dhaif Termidzi no 1209

 

Soalan 4

Baca surah Al-ikhlas akan mendapat pahala sebanding membaca 1/3 Al-Quran ATAU baca surah Al-ikhlas sebanyak 3 kali bersamaan kita dah baca 30 juz Al-quran.
Sahih tak dua di atas tu? Atau ada hadis yang lain lagi, berkenaan perkara yang sama?

Jawapan

Baca surah al-ikhlas setara dengan 1/3 AQ
Apakah dengan membaca surah ikhlas menyamai sepertiga AQ atau mencukupi dgn membaca 3 kali menyamai nilai membaca 1 al-Qur’an?

Maksud 1/3 ialah nilainya menyamai sepertiga alQuran kerana ia adalah tawhid. Tawhid itu sepertiga Islam atau AQ.
Apakah ia mampu mengganti 1/3 alQur’an? Tidak, kerana kaedah fiqh: kaedah: “Sesuatu yang bernilai sama, belum tentu dapat menggantikan.” demikian kata syaikh ibn Othaimin dalam tafsir juz amma, surah al-ikhlas

 

Soalan 5

a. Apakah maksud semua ibadah untuk diri kita kecuali puasa?

b. Bab seluruh amalan anak adam adalah kaffarah untuk dirinya, boleh jelaskan yang ini syeikh?

Jawapan

Puasa untukKu
Matan hadith qudsi:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: Allah ‘azza wa jalla berkata:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

“Seluruh amalan anak keturunan Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.” HR Al Bukhari (1904) dan Muslim (1151)
Tafsir: dr Soleh al-fawzan ksa
Dijelas oleh hadith Ahmad:

كل عمل ابن آدم له كفارة إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به

“Seluruh amalan anak keturunan Adam adalah kafarah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya dengan itu.” [HR Ahmad (10026). Hadits sahih]
fiqh hadith:
1. bahwasanya puasa tidak dimasuki oleh kesyirikan, berbeda dengan amalan-amalan lainnya.
2. puasa itu tidak dimasuki kesyirikan karena kaum musyrikin mekah tidak pernah mendekatkan diri-diri mereka kepada berhala-berhala mereka dengan berpuasa
Fatwa dr soleh al0fawzan

b. Maksudnya, pada hari kiamat, kita menzalimi seseorang, maka kena kifarat, pahalanya kena bayar. Tapi pahala puasa Allah kunci, ia tak dapat dituntut oleh org yg kita zalimi. Maksudnya akaun puasa ni macam swiss akaun, tak boleh diguna oleh kita. Sebab itu Allah simpan khusus , kata dr soleh al-fawzan.

 

Soalan 6

Syeikh, adakah hadis ni sahih?
“Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur bersainglah malaikat dan syetan.Malaikat berdoa ”Ya Allah akhiri orang ini dengan kebaikan”. Sedangkan syetan berkata ”Akhiri orang ini dengan kejahatan”. Maka jika ia tadinya berzikir kepada Allah Ta’ala kemudian tidur, bermalamlah malaikat menjaganya” (Riwayat Ibnus Sunni).

Jawapan

Takhrij hadith apabila seseorang hendak tidur

إذا أوى الرجلُ إلى فراشِه ابتدره ملَكٌ وشيطانٌ ، فيقولُ الملَكُ : اختمْ بخيرٍ ، ويقولُ الشيطانُ : اختِمْ بشرٍّ ، فإن ذكر اللهَ ثم نام بات الملَكُ يكلؤُه
“Apabila manusia berbaring di pembaringannya (akan tidur), malaikat dan setan segera menghampirinya. Malaikat membisikkan, “Akhiri (malam-mu) dengan kebaikan”, sedangkan setan membisikan, “Akhiri (malam-mu) dengan keburukan”. Apabila dia berdzikir menyebut nama Allah kemudian tidur, maka malaikat melindungi dia di malam itu.”
HR ibn sunni, al-haakim danal-bukhari dalam adabul mufrad
sahih menurut al-hakim, dan ibn hibban
hasan menurut al-hafiz
dhaif menurut albani
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب

الصفحة أو الرقم: 346 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

 

Soalan 7

Sheikh, Kadar fidyah meninggalkan puasa di sebabkan menyusukan bayi ialah memberi makan mengikut bilangan hari yang di tinggalkan. Berapakah nilai fidyah tersebut?

Jawapan

Nilai fidyah
1 cupak=1/4 gantang baghdad=RM 1.80
jika dalam bentuk meals atau makanan , RM5.00 atau Rm6.00, makanan simple utk org miskin + sirap

 

Soalan 8

Pakcik saya meninggal beberapa bulan yang lepas. Selepas kebumi mayat, makcik saya arahkan kami semua buat ‘solat hadiah’untuk arwah. Adakah betul amalan ini Syeikh?
Setahu saya kita boleh berdoa buat arwah diampunkan dosa. Saya tak buat sebab tidak tahu nak baca niat apa. Selepas tu kami diarah lagi untuk berzikir lailahaillah 70000 untuk arwah lepas dari siksa kubur.

Jawapan

Solat sunat hadiah kpd mayyit
Tidak thabit, yg thabit atau disyariatkan ialah solat jenazah sahaja. Sesiapa yang kata adanya solat sunat hadiah selain solat jenazah, kena bawa dalil. Hadit yang dinyatakan tersebut, tidak ada dalam semua kitab sunan.

Terbaik buat mayyat
Berdoa, dalil:
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman (al-Hasyr ayat 10)
-Doa anaknya sendiri
HR BuhariMuslim (anak yang soleh yang berdoa untuknya)

Kirim amalan tak ada, sebab semua amalan terputus
(Apabila seorang mati putuslah amalnya) HR bukhari Muslim
Matan penuh:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)

 

Soalan 9

Mohon penjelasan  adakah betul kaedah ini. Mengenai cukur rambut anak kemudian timbang rambut  untuk mendapatkan berat dalam gram. Setelah itu dapatkan  harga emas mengikut berat, jumah itu digunakan untuk sedekah.

Jawapan

Cukur semua dan timbang perak bukan gold.

Seperti sabda Nabi pada Fatimah:

ﺍﺣﻠﻘﻲ ﺭﺃﺳﻪ ﻭﺗﺼﺪﻗﻲ ﺑﺰﻧﺔ ﺷﻌﺮﻩ
ﻓﻀﺔ
“Cukur rambutnya, dan bersedekahlah dengan perak seberat rambut itu.” [Tirmidzi]

 

Soalan 10

Bacaan yassin malam nisfu Syaaban. Semalam banyak masjid yang mengadakan program bacaan yassin. Adakah hadith sahih berkaitan dengan amalan bacaan yassin dan puasa sunat.
Mohon pencerahan dari Syeikh.

Jawapan

Semua dhaif

 

Soalan 11

Betulkah orang tua cakap kalau kita sakit Allah hendak uji kita untuk ampunkan dosa kita. Ada hadis mengenai ini, Syeikh?

Jawapan

Sakit akan terhapus dosa2
Dalil hadith

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” [HR. Bukhari dan Muslim]

 

Soalan 12

Bilakah keadaan yang sesuai untuk lakukan solat hormat waktu?

Jawapan

Solat Hormat waktu
Tidak ujud istilah solat hormat waktu

Istilah yang betul ialah solat dalam keadaan yang kritikal misalnya terkepung oleh musuh.
Cth: si fulan dikejar musuh, kemudian dia bersembunyi dalam sebuah tempat yg sempit dan mereka mengepung tempat tersebut. Lalu dia tak dapat keluar mencari air dan utk buang air.

Ini isu life n death. Dalam keadaan terkepung, tiba-tiba masuk waktu solat. maka apa nak buat?

Madzhab syafi’iy: solat dalam keadaan yg ada, bila suasana aman, kena qadha semua solat yg dilakukan secara dharurat tadi. Ini kerana solat dalam keadaan takut yg amat sangat adalah meraikan waktu solat sahaja.

Madzhab hanbali, solat dalam keadaan tsb adalah sah tak perlu qadha, solat tanpa wuduk dan pakaian bersih

Yang rajih: Ikut madzhab hanbali kerana solat hormat waktu dan solat qadha tidak ujud dalam zaman salaf.
Dalil:

حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّهَا اسْتَعَارَتْ مِنْ أَسْمَاءَ قِلَادَةً فَهَلَكَتْ فَبَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا فَوَجَدَهَا فَأَدْرَكَتْهُمْ الصَّلَاةُ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَصَلَّوْا فَشَكَوْا ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ لِعَائِشَةَ جَزَاكِ اللَّهُ خَيْرًا فَوَاللَّهِ مَا نَزَلَ بِكِ أَمْرٌ تَكْرَهِينَهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ ذَلِكِ لَكِ وَلِلْمُسْلِمِينَ فِيهِ خَيْرًا
terj:
dari ‘Aisyah bahwa ia meminjam kalung kepada Asma’ lalu hilang. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk mencarinya hingga kalung itu pun ditemukan. Lalu datanglah waktu shalat sementara mereka tidak memiliki air, namun mereka tetap melaksanakannya. Setelah itu mereka mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, hingga turunlah ayat tayamum. Usaid bin Al Hudlair lalu berkata kepada ‘Aisyah, “Semoga Allah membalasmu dengan segala kebaikan. Sungguh demi Allah, tidaklah terjadi suatu peristiwa menimpa anda yang anda tidak sukai kecuali Allah menjadikannya untuk anda dan Kaum Muslimin sebagai kebaikan.” (HR Bukhari no 324.lidwa)

 

Soalan 13

Haruskan seorang wanita itu mengenakan pewangi yang sederhana baunya untuk menutupi bau peluh tubuh. ( ketika melakukan axtiviti luar) malu berbau badan di khalayak ramai?

Jawapan

Parfum perempuan

إن طيب الرجال ما خفي لونه وظهر ريحه ، وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه

“Wewangian seorang laki-laki adalah yang tidak jelas warnanya tapi tampak bau harumnya. Sedangkan wewangian perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak.” (HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman, no.7564; hadits hasan. Lihat: abu malik kamal, Fiqh Sunnah lin Nisa’, hlm. 387) maka wanita boleh pakai parfum

 

Soalan 14

Betulkah dosa ibubapa,datuk,nenek boleh akibatkan suatu perkara tak elok pada anak/cucu?

Jawapan

Dosa yang dilakukan ibubapa, datuk dan nenek akan menimpa kpd anak cucu?
Hukum asal, dosa ni sendirian berhad, sendiri buat sendiri tanggung, anak2 tak ada kaitan, begitu juga dosa anak yang sudah mukalaf.

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
“[Surah al-An’aam : 164].

Namun, hadith kepimpinan umum:

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan itu..” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Maka kalau ibubapa berbuat dosa, maka anak2 akan follow, sebab anak akan ikut kepimpinan familynya. Itu sahaja impak yg paling ketara.

 

Soalan 15

Apakah hukum kerjakan umrah berulangkali dalam satu perjalanan ke Mekah? Ada yang kerjakan 2 atau 3 kali dalam sehari.

Jawapan

Umrah berulangkali dengan satu pakej umrah

Hukum asal, satu trip ke saudi, cuma 1 umrah sahaja.Dalilnya, Nabi saw datang umrah ke mekah 4 kali, baginda buat umrah 1 kali sahaja pada setiap perjalanan tsb dan para sahabat madinah yg mengiringi Nabi semuanya umrah satu kali sahaja. Itu yg asal.

Maka bagaimana datangnya umrah berulang kali ni? Bila umat Islam dari jauh datang dengan unta dari tempat yang jauh spt Iraq, India, Nusantara dengan kapal laut. Maka kerana susahnya perjalanan dan tak mungkin lagi perjalanan itu diulangi, maka keluarlah idea umrah banyak kali dalam satu perjalanan kerana sulitnya safar tersebut. Maka jumhur kecuali Maliki, berpendapat boleh melakukan banyak kali umrah ketika berada di Mekah. (Al- Jaziri, al-Fiqh ala al-Madzahib, 1:684)

Isunya, apakah perjalanan Nabi dan org madinah dulu senang?
Jawabnya tidak, ia adalah perjalanan sejauh 400KM, padang pasir, perjalanan unta adalah selama 18 hari. 18 hari perjalanan dgn unta 400 kM, tapi Nabi dan salaf tetap lakukan sekali umrah sahaja. tapi dibandingkan perjalanan unta dari Iraq dan india, maka adala logiknya di situ.
Kembali di zaman ✈️✈️✈️, umrah dari KLIA-JED cuma 8 jam++ sahaja, maka hendaklah kembali kpd hukum asal, satu trip, satu umrah sahaja. WA

 

Soalan 16

Apakah hukum seorang ustazah bersalam dengan anak murid lelakinya yang autisme (umur 13 tahun)?
Adakah sama seperti hukum bersalaman dengan anak murid lelakinya yang lain?

Jawapan

Ustazah bersalam dgn student 13 thn autisme

Hukum salam antara lelaki dan perempuan ajnabi (bukan family)
di dunia arab hijaz, pusat salafiyah, mmg tak ada isu salam antara lelaki dan perempuan, usahkan nak salam, hendak tengok wajah pun tidak boleh…zaman salaf sama juga, tiada berlakunya salam antara lelaki dan perempuan kerana dunia lelaki dan perempuan dipisahkan secara total.
Di eropah, khususnya andalusia dan nusantara, indonesia dan malaysia timbul isu salam. ini kerana wanita tidak diam di dalam rumah spt wanita hijaz, wanita memenuhi mall, kerjaya, busines, ladang dan parlimen. Maka muncullah isu salam kerana kepentingan muamalat. Wanita mewakili syarikat dan organisasi akan bersalam, wanita menjadi wakil rakyat perlu bersalam dgn anak kawasannya.

Maka hukumnya adalah khilaf. Jumhur 4 mazhab, melarang atau haram jika ada dua unsur:

1. Wanita yg usianya muda. cantik
2. Ada perasaan atau aura yg kuat dan salam itu akan menambah perasaan seksualiti.
– Kecuali Hanafi, ada perbedzaan usia dan tidak ada unsur syahwat, maka dibolehkan. (al Mausu’ah al Fiqhiyah juz II hal 13949 – 13950))

Dr Yusoff al-Qardhawi juga berpendapat demikian. antara syarat qardhawi:

1. aman dari syahwat dan ftnah. jika salam itu tidak disertai rasa syahwat, maka boleh
2. ia sekadar suatu keperluan mendesak. (Fatwa mu’asirat)

Rumusan:
Salam antara guru dengan student 13 tahun..
1. jika aman dari syahwat
2. ianya suatu keperluan mendesak

maka ia harus.

Komen dan Soalan