Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 85

Nota Fiqh Wanita 85

357
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Tulang akikah atau korban harus ditanam ke?

Jawapan

Status tulang haiwan korban
Boleh sahaja dibuang dalam trash (tong sampah) kerana semua sampah adalah trash
Tidak ada nas yang kata tulang haiwan korban kena tanam. kalau duduk di flat, kondo, kat mana nak tanam? Maka apa yang bercanggah dengan akal dan ia menyusahkan manusia, adalah tidak sahih. kerana agama tidak dijadikan utk menyusahkan manusia

 

Soalan 2

Apabila si suami telah gagal memberi nafkah zahir hampir 3 bulan, si isteri terpaksa mengambil keputusan untuk keluar bekerja demi menyara anak2. Oleh sebab itu si isteri sudah mula tawar hati untuk taat kepada suaminya dengan erti kata lain enggan/tidak ikhlas menjaga makan pakai si suami lagi..
Apakah solusinya sheikh?
Perlukah si isteri mohon untuk bercerai?
Tetapi si suami amat rapat dengan anak2 seperti tidak dapat berjauhan langsung dengan ayah mereka.

Jawapan

Suami gagal memberi nafkah zahir
Dalam lafaz taklik, jika suami gagal memberi nafkah selama 4 bulan, maka jika suami mengadu kpd mahkamah syariah dan membayar kos RM10, maka jatuh talak 1. Kalau nak buat kes mahkamah boleh, tapi yang utama selesai dulu demi anak-anak kenapa suami gagal memberi nafkah.

 

Soalan 3

Rakan sekerja isteri ketiga, tetapi isteri kedua tetapkan syarat waktu malam hanya di rumah isteri pertama dan kedua. Isteri ketiga hanya boleh jumpa jam 10 pagi. Ada penyelesaian yang boleh dicadangkan?

Jawapan

Hak giliran di tentukan oleh Madu #2
Tidak patut berlaku, kenapa madu no 3 kena patuh kpd madu no 2, sedangkan dia hanya kena patuh kpd suami shj. sbg madu no3, anda kena tahu hak2 anda. hak mendapat giliran dan nafkah

 

Soalan 4

Mohon pencerahan kesahihan hadis di bawah.

Dalam sebuah hadith, Nabi SAW memuji para sahabatnya daripada kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah SWT ketika mendengar surah ar-Rahman. Ketika para sahabat hanya terdiam mendengarkan surah ini, Baginda SAW bersabda:-

“Aku pernah membaca surah ar-Rahman kepada para jin. Reaksi mereka jauh lebih baik berbanding kamu semua. Setiapkali aku membaca:- ‘Maka yang mana satukah antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan wahai umat manusia dan jin?’

Mereka berkata:- ‘Tiada satu pun antara nikmat-nikmat-Mu wahai Tuhan kami yang kami dustakan, maka bagi-Mu sahajalah segala pujian.’” (HR at-Tirmizi)

Jawapan

Takhrij/tahqiq hadith surah ar-rahman
خرجَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ على أَصحابِهِ، فقرأَ عليهم سورةَ الرَّحمنِ من أوَّلِها إلى آخرِها فسَكَتوا فقالَ: لقد قرأتُها على الجنِّ ليلةَ الجنِّ فَكانوا أحسَنَ مردودًا منكم، كنتُ كلَّما أتيتُ على قولِهِ فَبِأيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ قالوا: لا بشَيءٍ من نِعَمِكَ ربَّنا نُكَذِّبُ فلَكَ الحمدُ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3291 | خلاصة حكم المحدث : حسن
status, hasan menurut al-albani, dhaif menurut imam Termidzi
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3291 | خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من حديث الوليد بن مسلم عن زهير بن محمد

 

Soalan 5

Adakah dibenarkan  2 lelaki yang bukan mahram masuk ke dalam rumah wanita yang dikenalinya dengan kehadiran seorang lagi perempuan kawan tuan rumah sedangkan suami tiada di rumah?

Jawapan

Lelaki bukan mahram masuk rumah tanpa suami

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَوَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّابِإِذْنِهِ وَمَا أَنْفَقَتْ مِنْ نَفَقَةٍ عَنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّهُيُؤَدَّى إِلَيْهِ شَطْرُهُ

Dari abu hurairahr.a bahwa Rasulullah saw bersabda, Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia tidak boleh mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa izin darinya. Dan jika ia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami mendapat setengah pahalanya. (HR. Bukhori No. 1595

Kalau aman dari fitnah, misalnya mekanik nak servis aircond ke, tak ada masalah, call hubby dgn HP dulu, ini zaman smartfon

 

Soalan 6

Sahih ke hadith dibawah ini Syeikh?

Hadis Nabi SAW :
Dari safiah binti huyay, bahawa syaitan itu berjalan dlm tubuh anak adam melalui pembuluh darah.

Jawapan

Takhrij hadith safiyah setan masuk dalam pembuluh darah
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
“Sesungguhnya setan itu dapat berjalan pada tubuh anak Adam melalui pembuluh darah.” (HR. Al-Bukhari, Kitab Al-Ahkam no.7171 dan Muslim, Kitab As-Salam no. 2175

 

Soalan 7

Apakah rujukan yang betul untuk hadith di bawah:

Daripada Abdullah Ibnu Omar ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): MUSLIM ialah orang yang (jika) selamat sejahtera muslimin lain daripada gangguan lidah dan tangannya. MUHAJIR ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang olih Allah. (HR Bukhari dan Muslim)At-Turmudzi dan An-Nasaai menambah: MUKMIN ialah orang yang (jika) aman tenteram manusia lainnya terhadap darah dan harta mereka. Al-Baihaqy menambah pula: MUJAHID ialah orang yang melawan (hawa) nafsunya dalam mentaati Allah.

Jawapan

Takhrij hadits, muslim, mukmin, muhajir dan mujaahid

عَنْ عَبْدُ اللهِ بِنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلاَّمَ: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ (متَّفَقٌ عَلَيْهِ). وَزَادَ التُّرْمُذِى وَالنَّساَئِ: وَالْمُؤْمِنُ مَنْ أَمِنَهُ النَّاسُ عَلَى دِمَائِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ. وَزَادَ الْبَيْهَقِي: وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسِهِ فِى طَاعَةِ اللهِ
الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6484
sahih Bukhari no 6484
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2627 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
sunan at-Termidzi, no 2657 hasan sahih
Fiqh hadith islam, iman, hijrah dan jihad
Nabi saw menjelaskan ada empat golongan manusia
1. muslim= orang yang (jika) selamat sejahtera muslimin lainnya daripada (gangguan) lidah dan tangannya
2. mukmin= orang yang (jika) aman tenteram manusia lainnya terhadap darah dan harta mereka.
3. muhajir= org yg berhijrah orang meninggalkan apa yang dilarang olih Allah.
4. mujahid= orang yang melawan hawa nafsunya dalam mentaati Allah.

 

Soalan 8

Apa status hadith ni dan kalau sahih boleh jelaskan maksudnya sekali Syeikh?

Dari Abdullah bin umar r.huma meriwayatkan,Rasulullah saw bersabda,”tidaklah
seorang hamba menelan satu tegukan yang lebih utama (lebih disukai)disisi Allah ‘Azza wa jalla daripada satu tegukan kemarahan yang ia telan(tahan) semata-mata karena mengharap keridhaan Allah swt
(HR Ahmad)

Jawapan

Tahqiq hadits Ibn Umar pasal telan marah

ما تجرَّعَ عبدٌ جَرعةً أفضلَ عندَ اللَّهِ عزَّ وجلَّ، من جَرعةِ غيظٍ ، يَكْظِمُها لوجهِ اللَّهِ تعالى
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 733 | خلاصة حكم المحدث : على شرط الشيخين
Sahih, atas syarat syaikhain (Bukhari Muslim, al-Wad’iy, al-sahih alMusnad, no 733
fiqh hadith:
Ia dalam bab menahan marah, kena lihat syarah matan arba’in anNawawi hadith no 16 (Hadits Ke-16 Arba`in anNawawiyyah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ [رواه البخاري]

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Janganlah engkau marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau: “Janganlah engkau marah”.
(HR. al-Bukhari)

 

Soalan 9

Apakah hukum perkahwinan bagi pasangan yang terlanjur?
Contoh situasi siperempuan itu mengandung 4 bulan dan dipaksa kawin dengan lelaki yang bukan sepatutnya bertanggungjawab?

Jawapan

Kes pak sanggup, lelaki di paksa kawin dgn perempuan zina.
Perkahwinan tersebut sah menurut mazhab syafi’iy, tapi dia tidak boleh bersetubuh sehingga selepas bersalin. Bayi tidak boleh dibinkan kpdnya (Rawdah at-Tolibin, 7/113)

 

Soalan 10

Syeikh hadith dibawah ini sahih tak?

Dari Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ

“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah diam di rumah-rumah mereka.” (Musnad Ahmad, no. 26542)

Jawapan

Takhrij hadith Ummu salamah ra
عن أم سلمة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ ) . رواه أحمد (26002) وحسَّنه الألباني في “صحيح الترغيب” (341)
Hadith di hasankan oleh syaikh albani, sahih atTargheeb, no 341

 

Soalan 11

Adakah jatuh atau apakah hukumnya apabila seorang suami mengaku pada ramai perempuan yg dirinya duda anak 2 yaitu bujang duda la. Sedangkan dia dengan isterinya tak pernah becerai dan isterinya mengetahuinya dari mulut perempuan2 itu. Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan

Suami mengaku bujang atau duda, status perkahwinannya
Talak jatuh dengan dua cara: lafaz sarih (jelas) dan lafaz kinayah atau samar2.
Lafaz kinayah memerlukan niat. Maka jika suami itu mengaku bujang atau duda dgn niat ingin menceraikan isterinya yg sedia ada, maka jatuh talaq. Maka isteri kena meminta pengakuan dari suaminya, apa maksud kinayahnya itu.

 

Soalan 12

Macamana pembahagian harta atas 1 tanah untuk 9 adik bradik?

Apakah boleh di bahagi sebagai harta sepencarian dahulu sebelum dibahagi kepada waris?

Jawapan

a) Pembahagian pesaka 1 tanah / 9 adik beradik boleh gunakan faraid calculator kat google.

b) Harta sepencarian di Malaysia, mmg ada clause “harta sepencarian”. Ini kena failkan kes dan kena lantik peguam syar’iy.

 

Soalan 13

Apa hukumnya bedah katak utk tujuan pembelajaran?

Jawapan

Hukum bedah katak untuk kajian sains makmal
Harus, sebab pembelajaran, dalilnya:
“Dia-lah (Allah) yang menjadikan segala apa yang ada di bumi untukmu”. AQ2:29
Manusia ni boss dunia, maka terpulanglah kepadanya, asalkan bukan utk menzalimi haiwan tanpa tujuan.

 

Soalan 14

Apakah hukumnya mengaminkan kata kata org bkn Islam. Kesnya saya spontan sebut Amin ketika kawan saya yg bkn Islam mengucapkan sesuatu.

Jawapan

Aminkan kata2 (doa) non-muslim
Tidak ada persyarikatan dalam ibadah antara kita dan non-muslim, dalilnya
“dan doa (ibadah ) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.” (AQ, al-ra’d: 14)
Tidak perlu kita mengaminkan doa mereka kerana doa mereka tidak sampai.
Soalan 14

Hukum wanita baca doa dikhalayak awam dan dalam majlis tu ada kaum lelaki..bolehkah lelaki di majlis itu mengaminkan doa yang dibaca oleh wanita tersebut?

Jawapan

Doa ibadah. Ibadah kena tunggu dalil. Doa jamaiy dan dikemudi oleh perempuan adalah bid’ah tidak ada nas yg menyokong amalan doa begitu. bid’ah adalah sesat.

 

Soalan 15

Adakah perlu tambah rakaat solat jika kita hanya sempat mengikut imam ketika imam ruku’ pada rakaat yg pertama?

Jawapan

Masbuk sempat rukuk pd rakaat pertama. Jika sempat rukuk pada rakaat pertama dengan sempurna, maka dapatlah rakaatnya…dalil:
مَنْ أَدْرَكَ الرُّكُوعَ فَقَدْ أَدْرَكَ الرَّكْعَةَ
Dari Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Siapa yang mendapatkan ruku’ (bersama imam) maka dia telah mendapatkan satu rakaat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Soalan 16

Sheikh, apakah hukum iqamah khususnya bg solat jemaah yg imam dan makmumnya wanita sahaja?

Jawapan

Hukum Iqamah bagi solat berjamaah wanita dua org sahaja
Boleh menurut syaikh albani dalam Al-Ikhtiyarat Al-Fiqhiyah lil Imam Al-Albani, hlm. 78, Dar Al-Ghad Al-Jadid, Mesir, 1427 H. antara dalilnya dari ‘Aisyah ra, bahwa dulu beliau melakukan azan dan iqamah, kemudian mengimami jemaah wanita. Beliau berdiri di tengah saf wanita. (HR. Al-Baihaqi; dinilai jayyid oleh Al-Albani)
Syarat: ia khusus utk wanita bukan melaungkan azan utk lelaki

 

Soalan 17

Apa pendapat mengenai statement di atas? Bagi saya, panggilan “Anak Syurga” itu ibarat doa supaya anak tergolong jadi ahli syurga.

Jawapan

Memanggil anak-anak dgn panggilan anak-anak syurga
Tidak boleh, sebab syurga neraka adalah ilmu di sisi Allah sahaja. Ia sama dgn sikap bani Israel yg menamakan diri mereka anak2 Tuhan. Dalil:
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri” AQ 6:59

 

Soalan 18

Apakah syarat2 rukun qauli (Al fatihah)

Apa doa/sunnah yang di amalkan Nabi Muhammad s.a.w selepas solat dhuha?

Jawapan

a. Syarat rukun qauli
Syarat rukun qauli ialah mesti dilafazkan memadai dengan telinga sendiri yg mendengarnya

b. Doa/sunnah selepas solat dhuha
tak der yg khusus..bisa saja membaca sebarang doa yg makthur

 

Soalan 19

Apakah hukum lupa membaca al-fatihah selepas doa istifah,terus baca surah lain,bila teringat salah tertib bacaan,dia baca semula al-fatihah.

Jawapan

Lupa baca al-fatihah
Kena sujud sahwi bila melakukan kesalahan tertib

 

Soalan 20

Boleh kah solat tahajjud dan witir setiap hari dalam rakaat yang sama secara berterusan?

Jawapan

Tahajjud dan witir setiap hari dalam bilangan rakaat yg sama secara berterusan
BOLEH , dalilnya:

عن عائشةَ رضي الله عنها أَنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يا أيُّها النّاسُ خُذُوا مِن الأعمالِ مَا تُطِيقُونَ ، فإنّ اللهَ لاَ يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا ، وإنّ أَحَبَّ الأعمالِ إلى الله ما دام وإِنْ قَلَّ
– متفق عليه

Dari ‘Aisyah ra, bahawa Rasulullaah SAW telah bersabda: “Wahai sekalian manusia, lakukanlah dari amal-amal kamu sekadar mana yang kamu mampu (untuk melakukannya) kerana sesungguhnya Allah tidak berasa jemu (terhadap amalan kamu) sehinggalah kamu berasa jemu (melakukannya). Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” muttafaq alaih

 

Komen dan Soalan