Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 84

Nota Fiqh Wanita 84

283
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Syeikh, Adakah sahih hadis ni?

SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DALAM SOLAT KITA..RAMAI SEKALI ORANG YANG MEMBACANYA DGN TERGESA-GESA TANPA HENTI DAN SEAKAN-AKAN INGIN CEPAT MENYELESAIKAN SOLATNYA.PADAHAL DI SAAT KITA SELESAI MEMBACA SATU AYAT DARIPADA SURAH AL-FATIHAH TERSEBUT, اَللّهُ SWT MENJAWAB SETIAP UCAPAN KITA.DALAM SEBUAH HADITH QUDSI اَللّهُ SUBHANAHU WATA’ALA BER-FIRMAN:

“AKU MEMBAHAGI SOLAT MENJADI DUA BAHAGIAN UNTUK AKU DAN UNTUK HAMBA-KU.”

■ ARTINYA, TIGA AYAT DI ATAS IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAAKA NASTA’IIN ADALAH HAK ALLAH, DAN TIGA AYAT KE BWHNYA ADALAH URUSAN HAMBA-NYA.

■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “ALHAMDULILLAHI­ROBBIL ‘AALAMIIN”.اَللّه
ُ MENJAWAB:

“HAMBA-KU TELAH MEMUJI-KU.”

■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “AR-ROHMAANIR-ROHIIM”, اَللّهُ
MENJAWAB:

“HAMBA-KU TELAH MENGAGUNGKAN-K­U.”

■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “MAALIKI YAUMIDDIIN”, اَللّهُ MENJAWAB:

“HAMBA-KU MEMUJA-KU.”

■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “IYYAAKA NA’ BUDU WA IYYAAKA NASTA’IIN”, اَللّهُ SWT MENJAWAB:

“INILAH PERJANJIAN ANTARA AKU DAN HAMBA-KU.”

■ KETIKA KITA MENGUCAPKAN “IHDINAS SIROOTHAL MUSTAQIIM, SIRAATHALLADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUUBI ‘ALAIHIM WALADDHOOLLIIN.”­ اَللّهُ MENJAWAB:

“INILAH PERJANJIAN ANTARA AKU DAN HAMBA-KU. AKAN KU PENUHI YANG IA MINTA.” (HR. MUSLIM DAN AT-TIRMIDZI).

■ BERHENTILAH SEJENAK SETELAH MEMBACA SETIAP SATU AYAT. RASAKANLAH JAWAPAN INDAH DARIPADA اَللّهُ KERANA اَللّهُ SWT SEDANG MENJAWAB UCAPAN KITA.

■ SELANJUTNYA KITA UCAPKAN “AAMIIN” DENGAN UCAPAN YANG LEMBUT,

SEBAB MALAIKAT PUN SEDANG MENGUCAPKAN HAL YANG SAMA DENGAN KITA.

■ BARANGSIAPA YANG UCAPAN “AAMIIN-NYA” BERSAMAAN DENGAN PARA MALAIKAT,

MAKA اَللّهُ SWT AKAN MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADANYA.”
(HR. BUKHARI, MUSLIM, ABU DAWUD)

JIKA ARTIKEL INI BERMANAFAAT SILA SAMPAIKAN KPD SAHABAT2 KITA WALAUPUN SATU AYAT

SABDA RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:

“SESIAPA YANG MENYAMPAIKAN SATU ILMU DAN ORANG MEMBACA SERTA MENGAMALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI PAHALA WALAUPUN DIA SUDAH TIADA.”
(HR. MUSLIM)

Jawapan

a. Allah menjawab dalam solat kita
Sahih,
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw:

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى – وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى – فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ ».
“Allah Ta’ala berfirman: Aku membagi salat (maksudnya: Al Fatihah) menjadi dua bagian, yaitu antara diri-Ku dan hamba-Ku dua bagian dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta. Jika hamba mengucapkan ’alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji hanya milik Allah)’, Allah Ta’ala berfirman: Hamba-Ku telah memuji-Ku. Ketika hamba tersebut mengucapkan ‘ar rahmanir rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)’, Allah Ta’ala berfirman: Hamba-Ku telah menyanjung-Ku. Ketika hamba tersebut mengucapkan ‘maaliki yaumiddiin (Yang Menguasai hari pembalasan)’, Allah berfirman: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku. Beliau berkata sesekali: Hamba-Ku telah memberi kuasa penuh pada-Ku. Jika ia mengucapkan ‘iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in (hanya kepada-Mu kami menyebah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)’, Allah berfirman: Ini antara-Ku dan hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa yang ia minta. Jika ia mengucapkan ‘ihdiinash shiroothol mustaqiim, shirootolladzina an’amta ‘alaihim, ghoiril magdhuubi ‘alaihim wa laaddhoollin’ (tunjukkanlah pada kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan jalan orang yang sesat), Allah berfirman: Ini untuk hamba-Ku, bagi hamba-Ku apa yang ia minta.” (HR. Muslim no. 395).
b. Bacaan amin bersamaan dgn bacaan malaikat

إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Apabila imam mengucapkan ‘âmîn’ maka ucapkanlah ‘âmîn’, karena siapa yang ucapan âmînnya bersamaan dengan ucapan âmîn para malaikat maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. HR Bukhari 111

c. Hadith sampaikan ilmu
SABDA RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:

“SESIAPA YANG MENYAMPAIKAN SATU ILMU DAN ORANG MEMBACA SERTA MENGAMALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI PAHALA WALAUPUN DIA SUDAH TIADA.”

(HR. MUSLIM)

Hadith seperti ini tidak ujud, rekaan saja. yang ada versi Ibn Majah

عن معاذ بن أنس , أنّ النّبـيّ صلّى الله عليه وسلّم قال : ” من علّم علما, فله أجر من عمل به , لا ينقص من أجر العامل”
Dari Mu’adz bin Anas ra bahwa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa mengajarkan ilmu, maka baginya pahala seperti orang yang mengamalkan ilmu nya dan tidak akan mengurangi pahala orang yang melakukan amal tersebut.” [Hasan : HR Ibnu Majah no 240. Dihasankan al-Albani]

 

Soalan 2

Apakah dagu termasuk wajah atau aurat?

Jawapan

Ia isu khilaf pada memahami maksud wajah.
والوجه عند العرب ما حصلت به المواجهة
”Wajah dalam bahasa arab adalah anggota badan untuk saling berhadap-hadapan.” (Al-Majmu’, 1:364)
Dr wahbah zuhaili dalam fiqh Islami, menyatakan dagu masih wajah wanita, maka ia bukan aurat.

 

Soalan 3

Hamba abdi atau sahaya didalam quran dinyatakan halal ditiduri. Macamana boleh tidak terpakai.Mengenali atau mengetahui konsep penghujahan terpakai atau terpadam sesuatu ayat Quran?

Jawapan

Kelangsungan hukum perempuan hamba
Dalil kehalalan menyetubuhi perempuan hamba:
“dan orang yang memelihara kemaluannya. Kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak terceIa” [AQ 23:5-6]

Hukum ini tidak dimansuhkan sampai Nabi wafat. Tidak ada ayat lain yang memansuhkan hukumnya. kenapa? sebab pada masa dulu, ia adalah hukum yang standard dipakai oleh semua bangsa. Sama dgn perhambaan (slavery). Cuma jika manusia atau PBB sepakat menghapuskannya, maka Islam menerimanya dan memansuhkan pada amalan. Maka hukum perhambaan dikekalkan dalam AQ secara standby mode. Jika satu dunia kembali mengamalkan sistem perhambaan, maka Islam sudah ada hukum utk memandu umat Islam.

 

Soalan 4

Dajjal ,yakjuj makjuj, adalah binatang atau hanya kiasan kepada pemerintahan kuasa-kuasa besar jahat musuh islam seperti kerajaan syiah, USA dan lain-lain lagi?

Jawapan

Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj hanya kiasan (majazi) atau real/hakikat
hadith 10 tanda besar Kiamat.
Dari Hudzaifah bin Asid ra, sabda Nabi saw

إِنَّ السَّاعَةَ لاَ تَكُوْنُ حَتَّـى تَكُوْنَ عَشْـرُ آيَاتٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيْرَةِ الْعَرَبِ، وَالدُّخَانُ، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ اْلأَرْضِ، وَيَأْجُوْجُ وَمَأْجُوْجُ، وَطُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قُعْرَةِ عَدَنٍ تَرْحَلُ النَّاسَ.

“Sesungguhnya Kiamat tidak akan terjadi hingga ada sepuluh tanda (sebelumnya): khasf di timur, khasf di barat, khasf di Jazirah Arab, asap, Dajjal, binatang bumi, Ya’-juj dan Ma’-juj, terbitnya matahari dari barat, dan api yang keluar dari jurang ‘Adn yang menggiring manusia.” HR Muslim

Menurut ahli hadith, ia bukan kiasan, tetapi real. Adapun sebahagian manusia mengatakan 10 tanda kiamat yg besar ini sebagai kiasan atau metafora adalah hak dia utk menulis dan berteori.
Akan dibahaskan dgn detail di bilik 49 nanti…10 Tanda besar Kiamat

 

Soalan 5

Solat dhuha bukan untuk membuka pintu rezeki, sepertimana yang seringkali war-warkan.Adakah ini benar? Apakah kelebihan solat dhuha?

Jawapan

Solat Dhuha dan kaitan dgn pintu rezki
Hadith dalil yg menyebabkan manusia keliru:
Hadis dari Uqbah bin Amir ra, Rasulullah ‎saw bersabda,

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَا ابْنَ آدَمَ اكْفِنِى أَوَّلَ النَّهَارِ بِأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ أَكْفِكَ بِهِنَّ آخِرَ يَوْمِكَ

Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai ‎anak adam, laksanakan untukKu 4 rakaat di awal siang, Aku akan cukupi ‎dirimu dengan salat itu di akhir harimu.” (HR. Ahmad 17390, dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Targhib wat Tarhib no. 666 dan Syuaib al-Arnauth).‎ kata al-sindi ketika syarah hadith ini, maksud Allah akan cukupkan diri org yg solat 4 rakaat di awal siang itu bermaksud yg luas, cukup dgn penjagaan, rahmat, dijauhi dari merbahaya, dosa…

Dari hadith ni manusia anggap, solat dhuha akan membuka pintu rezki. yg sebenarnya kemungkina juga 4 rakaat itu adalah solat qabliah subuh dan solat subuh. Secara umum, solat ni untuk akhirat dan cara mendekatkan diri kepada Allah,

لَا يُحَافِظُ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى إِلا أَوَّابٌ، وَهِيَ صَلَاةُ الْأَوَّابِينَ

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada yang menjaga salat Dhuha kecuali para Awwabin” beliau mengatakan: “Salat Dhuha adalah salatnya para Awwabin”(HR. Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya no. 1224, Hakim dalam Mustadrak 1182 dan dihasankan al-A’dzami)

Apa jua solat, baik fardhu dan sunat, semuanya utk mendekatkan diri kpd Allah, manakala nak kaya, nak cari rezki, mesti dgn hukum alam, atau sunatullah, sapa yg kerja kuat, maka dia akan dapat lebih habuan. tak ada di sana, sapa yg kuat solatnya akan jadi jutawan. itu tak betul. WA

 

Soalan 6

Adakah Majlis khatam Quran amalan atau bid’ah?
(selalu dibuat oleh pengantin prempuan ketika mjlis berinai atau parents buat mjlis meraikan anak -anak kecil yang khatam)

Jawapan

Majlis walimah khatam AQ sempena majlis berinai
Tidak ada dari sunnah akan amalan ini melainkan ia cuma adat sahaja. boleh melakukannya asalkan tidak beranggapan ia dari sunnah.

« مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُو رَدٌّ »
“Barangsiapa mengadakan suatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, maka perkara itu tertolak.”
(Muttafaqun ‘alaihi)
fatwa saudi, Fatawa Al Lajnah Ad Da’imah; 02/ Al Aqidah 2/488

 

Soalan 7

Benarkah solat dalam gelap itu makhruh ?

Jawapan

Hukum solat di tempat yg gelap
Hukumnya mubah atau harus sbmgn fatwa syaikh al-Othaimiin, qadhi Unaizah, KSA

أنا لا أعرف هذا الحديث، وعلى من أتى به أن يتحقق منه، والصلاة في الظلام في عهد النبي صلى الله عليه وسلم كانت هي الأصل؛ لأن مساجد النبي صلى الله عليه وسلم في ذلك الوقت ليس فيها مصابيح، كما قالت عائشة – رضي الله عنها – “والبيوت يومئذ ليس فيها مصابيح..

Aku tidak pernah mengetahui hadis ini (hadis yg melarang salat dalam gelap). Karena itu, siapa saja yang membawakan hadis ini, wajib menjelaskan status keabsahannya. Sedangkan salat di kegelapan di zaman Nabi saw itu yang umumnya terjadi. Karena masjid Nabi saw ketika itu belum ada lampu, sebagaimana keterangan A’isyah ra,

وَالبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
“Rumah-rumah ketika itu (di madina) belum ada lampunya.” (HR. Bukhari 382)

 

Soalan 8

Adakah sunnah nabi menggerak-gerakkan jari dari awal hingga habis duduk tahiyat atau sekadar mengikut mazhab maliki atau pandangan ulama seperti Nashiruddin Al albani yang mana paling rajih.

Jawapan

Polemik gerak jari ketika duduk tahiyat
Khilaf muktabar, majoriti tidak menggerakkan jari, manakala maliki, albani, syaikh masyhur hasan salman, muridnya berkata menggerakka jari (tahrik). lajnah fatwa saudi arabia, melakukan kompromi kepada khilaf tsb sbg berikut:
1. angkat tanpa menggerakkan adalah yg paling sahih
2. saat diangkat ialah ketika tasyahud
3. jika ingin menggoyang, ketika berdoa sebelum salam
*fatwa lajnah daimah Ksa, 5:368

Pendapat dr Uzar, formula solat sempurna, pendapat yg rajih dan jumhur ialah tidak menggerakkan. Jika anda menetap dalam negara yg mana mereka tidak menggerakkan, maka lebih baik dijauhi amalan menggerakkan kerana mereka akan membencinya

 

Soalan 9

Adakah maksud “isytihad sama erti dengan khilaf ke?

Jawapan

Maksud “isytihad”….sama erti dgn khilaf?
Rasanya Ijtihad=khilaf, maka soalannya: apakah Ijtihad sama erti dengan khilaf.
Jawab:
Ijtihad=ulamak bertaraf mujtahid berusaha keras mencari kebenaran atau mengeluarkan hukum
khilaf=tidak ada sependapat dalam isu dan hukum di kalangan mujtahid
mujtahid=ulamak yg mencapai suatu tahap keilmuan di mana dia mampu mengeluarkan hukum2 syarak
rumusan:
bila mujtahid tidak bersependapat dalam hukum, maka hukum itu menjadi khilaf (diperselisihkan)

cth: hukum menyentuh isteri, apakah membatalkan wuduk
ia hukum khilaf, kerana mujtahid berbeda pendapat
Hanafi=tidak batal secara mutlak, sentuh isteri tidak batal
Syafi’iy=batal secara mutlak
Maliki,Hanabilah=batal, jika sentuh dgn ghairah; tidak batal jika tidak ada rasa ghairah

Nas yg khilaf, ayat alQur’an…jika kamu menyentuh perempuan. Kalimah yg khilaf ialah sentuh wanita tu apa maksudnya.

 

Komen dan Soalan