Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 158: Adab Memelihara Sunnah

Hadis 158: Adab Memelihara Sunnah

241
0
Iklan

Panel: Cikgu Rahim

Bab Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

158. Ketiga: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Semua ummatku itu dapat memasuki syurga, melainkan orang yang enggan – tidak suka.”

Beliau ditanya: “Siapakah orang yang enggan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab:

“Barangsiapa yang taat kepadaku, maka ia dapat memasuki syurga dan barangsiapa yang bermaksiat padaku – menyalahi ajaranku, maka dialah orang yang benar-benar enggan.” (Riwayat Bukhari)

158» الثَّالثُ: عَنْ أَبي هريرةَ رضي الله عنه: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((كُلُّ أُمَّتِي يَدخُلُونَ الجَنَّةَ إلا مَنْ أبَى)). قيلَ: وَمَنْ يَأبَى يَا رَسُول الله؟ قَالَ: ((مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أبَى)). رواه البخاري.
في هذا الحديث: أعظم بشارة للطائعين من هذه الأمة، وأن كُلّهم يدخلون الجنة إلا من عصى الله ورسوله واتَّبع شهواته وهواه، قال الله تعالى: {فَأَمَّا مَن طَغَى * وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى * وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى} [النازعات: 37- 41].

فَاَمَّا مَنْ طَغٰى ۙ

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), –
[QS. An-Nazi’at: Ayat 37]

وَاٰثَرَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا ۙ

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, –
[QS. An-Nazi’at: Ayat 38]

فَاِنَّ الْجَحِيْمَ هِيَ الْمَأْوٰى ؕ

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
[QS. An-Nazi’at: Ayat 39]

وَاَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ وَ نَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوٰى ۙ

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, [QS. An-Nazi’at: Ayat 40]

فَاِنَّ الْجَـنَّةَ هِيَ الْمَأْوٰى ؕ

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
[QS. An-Nazi’at: Ayat 41]

Komen dan Soalan