Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Benarkah Simati Boleh Berhubung Dengan Orang Hidup?

Benarkah Simati Boleh Berhubung Dengan Orang Hidup?

340
0
Iklan

Soalan:
🔴Assalamualaikum..
Benarkah (dari Ibn. Qayyim) orang yang sudah meninggal boleh berhubung dengan kita dalam mimpi?

Mohd Khairul Izuan:
Ada dalam kitab al-Ruh karangan Ibn Qayyim tapi kitab tu (tanpa tahqiq) tak boleh djadikan rujukan sebab hujah-hujah banyak dari mimpi-mimpi.

Dan mimpi tak boleh djadikan hujah.

Jawapan Utz Fawwaz Johari:
Sekiranya orang mati boleh berhubung dengan orang hidup, nescaya pemuda dalam surah Yasin (yang dibunuh kerana berdakwah menyuruh kaumnya mengikut jalan para rasul) akan terus berdakwah berhubung dengan kaumnya walaupun telah mati.

Tetapi dia tidak melakukan sedemikian.

Surah Ya Seen, Verse 26:

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui –

Komen dan Soalan