Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadis 49-50: Qadar, Dan Hadits Dua Genggaman Adalah Benar

Hadis 49-50: Qadar, Dan Hadits Dua Genggaman Adalah Benar

516
0
Iklan

Susunan: Ustaz Adli Khalim

#SilsilahShahihah: Hadits 49: Qadar, dan hadits dua genggaman adalah benar

Ketika Allah menciptakan Adam, Dia menepuk bahu kanan Adam, lalu keluarlah keturunan yang putih seperti debu yang berterbangan. Setelah itu, Dia menepuk bahu kirinya, lalu keluarlah keturunan yang hitam pekat seperti arang. Dia berfirman kepada yang ada di sebelah kanannya: “Ke syurga, dan Aku tidak peduli.” Dan Dia berfirman kepada yang ada di sebelah kirinya: “Ke neraka, dan Aku tidak peduli.”

خلق الله آدم حين خلقه فضرب كتفه اليمنى، فأخرج ذرية بيضاء كأنهم الذر، وضرب كتفه اليسرى، فأخرج ذرية سوداء كأنهم الحمم، فقال للذي في يمينه: “إلى الجنة ولا أبالي”، وقال للذي في كتفه اليسرى: “إلى النار ولا أبالي”

Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibn `Asakir.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Penjelasannya sebagaimana telah disebutkan dalam perbahasan hadits 48.

#SilsilahShahihah: Hadits 50: Qadar, dan hadits dua genggaman adalah benar

Allah Tabarak wa Ta`ala menggenggam satu genggaman dengan tangan kanan-Nya lalu berfirman: “Ini untuk ini (syurga) dan Aku tidak peduli.” Lalu Dia menggenggam satu genggaman dengan tangan-Nya yang lain, dan berfirman: “Ini untuk ini (neraka) dan Aku tidak peduli.”

إن الله تبارك وتعالى قبض قبضة بيمينه، فقال: “هذه لهذه ولا أبالي”، وقبض قبضة أخرى، يعني: بيده الأخرى، فقال: “هذه لهذه ولا أبالي”

Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Penjelasannya sebagaimana telah disebutkan dalam perbahasan hadits 48.

Maaf, nak habiskan bab ni. Semua riwayat yang Al-Albani bawakan hampir sama, seolah-olah beliau hanya nak tunjukkan kekuatan hadits dengan jalur yang pelbagai.

Komen dan Soalan